Viv's Boutique Cafe, TTDI | Food Review

0

Another food review! Yeayy. 

Okay, tahu. semua mood holiday lagi kan. seronok cuti 4 hari. malas nak masuk kerja. Sama la macam iday. Hehehe

Kali ni iday nak story sikit tentang 1 cafe yang baru-baru lagi iday pergi. Mana iday tahu kedai ni? Actually sekarang iday guna 1 application untuk tahu kedai-kedai,cafe-cafe, restaurants yang best. 


Nama application ni adalah Open Snap. Nanti iday story lebih detail tentang app tu. Sekarang kita nak sembang pasal makanan. Hehehe



Viv's Boutique Cafe ni actually serve Asian Fusion, semua jenis makanan asian ada. So banyaklah pilihan untuk korang. Kalau nampak dari depan kedai macam cafe mewah, tapi sebenarnya harga makanan berpatutan dengan rasa dan kualiti. Hehehe Dekorasi cafe pon simple dan cantik.










Elegant je nampak diorang punya dekorasi. Tetiba rasa macam tengah lepak dekat rumah. Hehe So, sekarang iday nak senaraikan antara makanan feveret iday dekat sini. Yang paling iday suka, diorang punya Mushroom Soup. Iday and Islam, dua-dua suka makan apa jenis mushroom. Mushroom yang paling iday suka , shitake. Serius sedap!




Jadi, bila pertama kali iday rasa Viv's Boutique Cafe punya mushroom soup, iday dapat rasa shitake mushroom, pekat tapi sedap. SEDAP!! Kalau korang nak taw, mushroom soup dekat sini adalah kombinasi beberapa jenis mushroom iaitu Shitake, Oyster, Buno Shimeiji dan Button Mushroom. Patutla sedap kan. Cicah pulak dengan bread stick. Thumbs up! Hehehe

Harga satu hidangan adalah RM15.80. Walaupon hanya soup, tetapi mengenyangkan. Sampai licin iday makan hari tu. Hehehe




Iday sangat syorkan pada sesiapa yang suka salmon, patut rasa hidangan ni iaitu Mango Injection Salmon. Kombinasi Salmon yang dipanggang bersama mango sauce. Ni first iday cuba, before ni kalau masak or makan pon salmon bersama lemon. 




Hidangan grilled Salmon bersama mango sauce serta mashed potato dan salad berharga RM35. Berbaloi sebenarnya dengan rasa sedap salmon dan mango. Iday yang tak berapa gemar makan salmon, boleh habiskan. Hehehe


Ribs! Hidangan short ribs ni special sebab menggunakan BBQ sauce yang khas homemade di Viv's Boutique Cafe. Iday rasa diorang perap ribs ni then grilled. Bila korang gigit ribs ni, sauce bbq tu akan keluar dari cebisan daging yang korang gigit. Sedap wey! Hehehe


Saje nak bagi zoom dekat-dekat. Bagi korang terliur. Hehehe Harga setiap hidangan adalah RM38 dan disediakan bersama mashed potato dan salad. 


Siapa suka salad? Bagi iday salad dekat Viv's Boutique Cafe sedikit berbeza dari mana-mana tempat iday review sebelum ni sebab salad disini diletakkan mango citrus dressing. Hidangan sedap ni boleh diorder dengan harga RM14.90 . Oh, ada bread crumbs! Tak pernah taw bread crumbs sedap kalau makan dengan salad. Korang patut try :)



Iday sebenarnya tak sangka dekat Viv's Boutique Cafe ada Bento Set. Hahaha Padahal nama pon kedai Asian fusion kan. Islam's faveret la ni. Dia bukan letak nasi putih camtu je, actually macam nasi goreng biasa, so ada perasa. Sedap :)



Then, ayam pulak dimasak dengan sauce homemade yang sedap, ada vege tempura and mixed salad and teriyaki sauce. Kalau nak sesuatu yang sedap dang mengenyangkan, iday syorkan bento set ni. Lepas habis makan, jangan lupa makan slice of fruit yang diletakkan sekali bersama bento set. Hidangan ni cuma RM18.90.




Nak cuba kelainan dalam masakan udang? Boleh cuba Tapas Prawn Ballon. Masa mula-mula iday tengok, iday memang dah suka, sebab iday memang suka sangat makan udang. Bagi iday, hidangan ni unik. Belum pernah iday try hidangan macam ni. 


Udang tu dipanggang kemudian diletakkan bersama vege yang digaul dengan dressing sauce home made special , lime juice dan papadom. Iday perah lime juic terlebih dahulu dan gaul, kemudian makan dengan papadom. Sedap, rasa masam-masam. lagi best makan bersama udang tu. 

Harga setiap hidangan adalah RM18.50. Cara unik untuk makan hidangan udang. Hehehe


Sebenarnya banyak lagi hidangan yang sedap, tapi yang iday share ni , antara yang paling iday suka. Tapi Mushroom Soup tu memang win la. Kena belajar cara nak buat ni. Hahaha

Iday pon suka dessert kat sini, especially Chocolate Aquarium. Portion besar so boleh share. Kalau makan dengan husband, boleh romantic main suap-suap. Hikhik. 




Hidangan ni sebenarnya kek coklat and topping ice cream vanilla, kemudian ditaburkan denga love letter waffle stick. Sedap! Gebu sangat kek coklat tu. Hehehe 1 hidangan besar ni RM17.90. 




Kat sini pon ada jual macam-macam minuman, ade mix fruit juice,ice cappucino, minuman coffee and banyak choices la. Hehehe



Ermmm. Sedap! :)






Overall, iday memang puas hati dengan makanan and layanan dekat sini. Untuk pengetahuan korang, owner dia melayu and masih muda. Iday takde la tanya single ke idok. Hahaha 

So, korang boleh sendiri datang. Iday ada share maklumat tentang cafe ni kat bawah :

Viv's Boutique Cafe & Restaurant 


No. 16, Ground Floor, 
jalan Wan Kadir 1 
Taman Tun Dr Ismail, 
60000 Kuala Lumpur

Contact Number: 03-77337911
-------------------------------------------------------------------------------


Oh iday nak share tentang apps Open Snap tu. Actually korang boleh check website diorang kat sini : http://www.opensnap.com/ . 



Kalau kat Google Play lak macam ni : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.openrice.snap . 



Rakyat Malaysia ni ada satu masalah untuk cari tempat makan. So, dengan ada nya app ni, actually bantu korang untuk pilih tempat makan best dan berdekatan. Siap boleh pilih kategori, nak makan Malaysian cuisine ke, Indian cuisine ke. Or korang nak try tempat baru ke, semua boleh check tengok. 


Korang pon boleh share okay, macam iday kan selalu try makan dekat tempat best-best. So, iday rasa iday patut share untuk korang. Sharing is Caring kan. Hehehe

1. Pilih gambar makanan or terus je snap gambar makanan. 


2. Iday paling seronok app ni banyak emoji comel-comel. 



3. Lepas pilih, masukkan segala detail tentang gambar tu like location, nama makanan, or rate taste dia. 




Dah banyak iday post gambar makanan. Hehehehe Nampak sangat aku ni kuat makan. Hahaha 









Nanti iday nak share tentang curry mee dekat balai bomba bukit jalil tu. Serius sedap. Okayla, iday memang galakkan sangat korang pakai apps ni. Mudah dan banyak bantu korang cari tempat makan best. Hehehehe :)




Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)