10 Tips Pertama Kali ke Pulau Perhentian

61



Hi Korang!


Okay, siapa dekat sini ada plan untuk pergi ke Pulau Perhentian? Iday nak kongsikan tips untuk pertama kali ke Pulau Perhentian. Iday harap tips ini berguna kepada mereka yang merancang untuk ke Pulau Perhentian terutama yang pertama kali datang ke Pulau Perhentian.


1 |  Pilih area pulau yang bersesuaian.

Untuk pengetahuan semua, Pulau Perhentian ini ada beberapa bahagian dan amatlah penting apabila memilih tempat penginapan. Boleh tengok peta bawah.




Sorry, iday tak jumpa map yang sesuai. Tapi yang ni pon boleh. Okay dari map ni korang boleh tengok ada area Fisherman, Long Beach, Coral Bay. Setiap chalet dekat Pulau Perhentian ada kelebihan masing-masing. 

Contohnya kalau korang jenis lepak malam, nak tengok pertunjukan api , korang boleh stay dekat area Long Beach. Kalau korang nak tengok sunset boleh stay dekat area Coral Bay, kalau nak duduk kawasan kampung and makan murah boleh stay dekat Fisherman Village and boleh tengok masjid baru dekat Pulau Perhentian ni

Kalau nak stay dekat Fisherman Village, korang boleh stay dekat Sealife Inn. Before ni iday stay sana and serius harga makanan jauh berbeza lagi murah dengan area Long Beach, maybe sebab kawasan kampung ikut harga orang sana. 

Whatsapp Enquiry :  +60142128764 (Encik Nazir)



2 | Jika naik flight, make sure ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan

Iday rasa ramai yang buat silap kan, pergi booking flight ke Lapangan Terbang dekat Terengganu. Yelaa, Diorang semua ingat yang Pulau Perhentian kan terletak di Terengganu so kena turun flight kat sana. 



Sebenarnya kalau nak ke Pulau Perhentian, korang kena naik bot dekat Jeti Kuala Besut. Kalau dari Terenganu, kena drive and ambil masa lebih kurang 2 jam ke jeti Kuala Besut. Kalau teksi? Lebih dari Rm100. So, jangan buat silap ni ye :)


Cantik Airport dekat Kuala Terengganu ni Hehehe :)



3 | Kena tahu jadual bot sebelum booking flight or bus supaya tak tunggu lama or tergesa-gesa

Untuk pengetahuan korang, bot ke Pulau Perhentian adalah dari pukul 9 pagi-4.30 petang. Biasanya diorang akan berlepas bila bot dah penuh dengan penumpang. Kalau balik ke jeti, ada 3 waktu iaitu 8 pagi, 12 tengahari dan 4 petang. Tapi kalau korang punya trip diuruskan oleh ejen, diorang dah bagitau korang siap-siap tentang waktu bot ni.



Sebelum ni, iday ke Pulau Perhentian, iday sampai lebih pukul 1 dan bergerak ke Pulau Perhentian pukul 2. Perjalanan pulang pula diuruskan oleh En.Nazir iaitu pemilik Sealife Inn.

Korang kena tahu, waktu jadual bot supaya korang boleh budget masa dan tidak terlepas bas or kapal terbang untuk pulang. 

4 | Pemilihan pakej yang sesuai

Kalau korang check online, sebenarnya pelbagai pakej yang ada kalau korang hendak ke Pulau Perhentian. Tetapi kena pandai memilih pakej especially adakah harga berbaloi dengan pakej yang ditawarkan. 

Masa iday pilih pakej untuk ke Pulau Perhentian, iday check dengan ejen iday :

+ Berapa checkpoint untuk pakej snorkeling dan dimana checkpoint itu (makesure ada shark checkpoint Hehe)
+ Siapa akan handle kalau iday perlu perkhidmatan bot melawat sekitar pulau. Make sure ejen akan tolong kita. Hari tu Iday ada sewa bot untuk ke Kincir Angin. Kalau ejen yang handle, dia boleh dapat harga diskaun dengan pemandu bot.



+ Ada perkhidmatan sewa waterproof camera and berapa?
+ Adakah pakej termasuk makan? makan ape? kalau without makan, harga pakej boleh kurang? (sebab iday plan nak makan dekat kedai di area kampung, so iday taknak makanan yang disediakan oleh chalet/hotel)

Memang bunyi banyak songeh, tapi kena lah plan betul-betul. Hehe 

Iday pilih Sealife Inn, and serius puas hati dengan pakej yang disediakan. Siap ada BBQ lagi. Kalau korang nak pergi bersama kawan-kawan, ida recommend sangat Sealife Inn sebab dia ada bilik untuk 3 orang, 6 orang dan 10 orang.





Website : http://perhentiansealifeinn.com/
Whatsapp Enquiry :  +60142128764 (Encik Nazir)


Instagram : https://instagram.com/sealifeinn/


5 | Jangan lupa bawa Selipar! Kasut boleh bawa jika ada plan nak jungle trekking



Kalau korang tiada plan untuk jungle trekking, iday syorkan pakai selipar or croc. Tapi kalau plan nak panjat tangga Kincir Angin tu, korang boleh bawa kasut. 

Bila korang snorkeling, korang takkan pakai apa-apa, menyesal tak bawak croc hari tu sebab kaki ida luka kena terumbu karang hari tu.


Berkilauan kaki aku. free-free je nak hadap terumbu karang tu. Hahaha

Iday pula lupa bawa selipar and terpaksa beli selipar dekat sana. Kalau beli area Long Beach atau tempat tumpuan tourist, agak mahal. Kalau korang beli dekat kedai runcit area Fisherman Village, dapat murah. Hehe

6 | Pemilihan bag dan pakaian yang sesuai

Jangan bawa bag yang ada roda semua tu ye, susah nanti nak angkut masuk bot. 



Hehehe Pakaian pon penting, sila bawa baju yang bersesuaian. Kalau kawasan kampung, memang dilarang sama sekali memakai pakaian yang menjolok mata. Bikini Bikini, No No! Haha




Bawa bag kedap udara supaya bila atas bot, korang boleh letak barang berharga seperti wallet or phone dalam bag tu. 

7 | Bawa duit or wallet semasa snorkeling.Oh sila bawa cash yang cukup bila ke Pulau Perhentian

Kenapa bawa duir or wallet? Semasa snorkeling, bila waktu lunch, diorang akan berhenti makan di kedai dekat Fisherman Village. 



Masa iday berhenti makanan hari tu, ada beberapa pelancong yang terpaksa pinjam duit dengan guide sebab tak bawa duit.  Kecuali korang punya pakej memang ada lunch sekali, so jangan risau. Tapi apa-apa, kena confirm dengan ejen.





Sebab tu iday pilih untuk stay dekat Fisherman Village, supaya time diorang stop waktu lunch, iday boleh balik ke bilik untuk solat and ke toilet or ambil duit Hehe

Make sure bawa cash yang mencukupi sebab dekat Pulau Perhentian tiada mesin atm. 


8 | Waterproof Camere, sewa atau sendiri


Serius, kalau datang ke Pulau Perhentian dan ada pakej untuk snorkeling, mesti ada waterproof camera atau sewa dekat chalet kalau available. Rugi kalau tak abadikan dalam bentuk gambar especially kalau part korang snorkeling dengan shark or penyu or ikan nemo.


Alhamdulillah, masa dekat Pulau Perhentian hari tu, sewa dengan chalet and siap ada bantuan ambil gambar dari guide. So, korang boleh tanya ejen dengan waterproof camera ni. 





Islam tengah kejar penyu. Hahahaha

Gambar-gambar macam ni la nanti nak tunjuk dekat kawan-kawan. Kenangan gitu :)

8 | Pakej bersama makanan atau tidak?


Iday nasihatkan korang, kalau stay dekat Fisherman Village, jangan ambil pakej makanan. Sebab bila sebut tentang kampung nelayan, banyak kedai-kedai makan yang ada and murah. Mana taw dapat kurangkan harga pakej. Hehehe


Tempat lain iday tak sure,  tapi kalau kat Pulau ni, Fisherman Village je yang offer makanan murah. Bayangkan burger kat sini RM3 je. Malam tu, iday lepak dekat Long Beach, burger harga RM15. Rasa lebih kurang je. 


Oh, dekat Fisherman Village ada jual ABC terbaik! Iday suka sebab ABC yang klasik dulu-dulu, takde pewarna yang macam-macam. Lupa pulak nak ambil gambar. Hahaha


9 | Tudung Inner untuk Snorkeling


Iday sarankan pada wanita-wanita betudung, bawa lah inner untuk snorkeling. Hahaha Hari tu iday pakai Bawal and sangat tak bagi kerjasama. Asal pakai goggles, tudung ke belakang. Siot je. Haha




10 | Check la tips usual bila pergi pantai or pulau macam pakai sunblock, bawa baju ape semua. Hehehe Dah malas la ni nak bagi tips. Haha Tapi semoga berguna untuk mereka yang pertama kali nak ke Pulau Perhentian.





Oh iday lupa nak mention, jangan gatal nak plan cuti ke Pulau Perhentian semasa musim tengkujuh. Untuk pengetahuan korang, mana-mana chalet or hotel akan cuti selama 3 bulan semasa musim tengkujuh. Jangan nanti mentang-mentang Air Asia buat promo, korang pergi booking flight. So, contact ejen dulu baru booking flight okay!



Sesiapa nak plan ke Pulau Perhentian bersama rakan-rakan dan inginkan pakej yang murah especially diorang ada special price untuk student, boleh la stay dekat SealifeInn ye. Serius berbaloi-baloi. Bilik luas ada aircond and staff diorang baik-baik. 




Website : http://perhentiansealifeinn.com/
Whatsapp Enquiry :  +60142128764 (Encik Nazir)


Instagram : https://instagram.com/sealifeinn/




Artikel lain tentang Pulau Perhentian

Pakej Sealife Inn Pulau Perhentian Review




Terima kasih kerana membaca 10 tips pertama kali ke Pulau Perhentian. Kalau ada tips lain boleh kongsikan di ruangan komen dibawah and kalau rasa tips ni berguna, boleh share! :)



Tags

Post a Comment

61Comments
  1. thank youuu, ada plan nak ke pulau perhentian jugak :D first timer!

    ReplyDelete
  2. Informasi yang menarik dan berguna untuk perancangan BERCUTI di sana nanti. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, share tips untuk kesenangan semua orang :)

      Delete
  3. thanks miss iday.. beri informasi yg berguna utk ke pulau perhentian, sgt membantu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, share tips untuk kesenangan semua orang :)

      terima kasih sudi baca & komen! :)

      Delete
  4. Akak nak tanya, price untuk ferry dari jetty kuala besut ke pulau berapa ye?

    ReplyDelete
  5. saya nak tanya, nak cakap apa dekat pakcik bot tu eh kalau nak turun dekat tempat macam awak tu ? terima kasih ^^

    ReplyDelete
  6. terbaek.
    bookmarked ur blog for perhentian trip.

    errr... ejen apakah yang iday calling malling?
    meh share meh.

    kalau p sendiri payah ke?

    ReplyDelete
  7. molek sekali! Thanks for the info!

    ReplyDelete
  8. Nak tanya area kat perhentian kecil secure tak ? Sesuai tak bagi girl group holiday kat sana ?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum. sy nak p perhentian awal bulan 4 ni. sealife inn dkt ke dgn fisherman village? sbb kami mabil package yg takda makanan. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ☺. Aah, sealife inn ni memang dkt fisherman village, jangan risau, bnyk kedai makan and murah :)

      Delete
  10. kalau turun airport kota bharu, kalau naik teksi ke jeti brapa rm tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap ida RM50, nanti boleh double check dengan ejen :)

      Delete
  11. Kalau pregnant awal2 trimester, ok ke naik bot ke perhentian..macam bahaya je

    ReplyDelete
  12. شكرا Very useful tips.I/Allah akn ke sn

    ReplyDelete
  13. hi , nak tanya miss tahu tak about scuba di perhentian island ? terima kasih :)

    ReplyDelete
  14. salam..nk tanya la..korang p ikut pakej ke??just book bilik??

    ReplyDelete
  15. Terima kasih! Kawan-kawan dan saya akan ke Perhentian Kecil hujung minggu ni.

    ReplyDelete
  16. hi kalau dari airport nak ke pulau tu berapa lama ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari airport terengganu, almost 2 jam. kalau kb, ida tak sure tapi memang dekat :)

      Delete
  17. terima kasih atas maklumat cik

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum....
    Sy nk tnye, ejen ap yg cik iday pkai ye? Bayaran ejen tu mcm mne plk?

    ReplyDelete
  19. Salam yeker nabis sy x naik flight me teregganu...so klu kat kota bharu ker jetty jauh x..klu naik taxi kene berape rm

    ReplyDelete
  20. Best nyer tq share pengalama rasa nk plan ke sana plak hihihi...tq

    ReplyDelete
  21. Road to pulau perhentian...!! hahaha tq tuk tip ni.. tpi syng la sbb time atas bas otw ke kuala besut baru terbaca ni.. tpi nasib baik jgak sbb semua tip ni buat semua kecuali tip selipar croc je..sbb sy bwak selipar jepun je..hihi
    apepon terbaik miss iday

    ReplyDelete
  22. Salam, hi miss iday, boleh tahu tak, fishermen village ni dgn long beach jauh ke?? Kalau malam2 nak lepak long beach naik apa? Ke kat fisherman village pun ada activities waktu malam??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 😊

      Kalau nak pergi long beach kena naik bot, tapi biasanya boleh berurusan dengan ejen, long beach ni malam ada pertunjukan api. Kalau dekat fishermen village, masa pergi dulu, xde aktiviti sangat, cuma makan-makan je. Tapi sekarang dah ada lot kedai baru sbb ada tengok page ejen tu. Hehe awak nak stay fishermen village ke nanti?

      Delete
  23. Salam.. terima kasih kongsi tips.. saya nak tanya kalau dari KL nak ke pulau perhentian mcam mana ye? kalau drive kena smapai mana? Ada tak perkhidmatan feri dekat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam :)

      Ada 3 cara :

      1. Naik kereta dan parking di jeti besut, tak silap ida rm10/malam
      2. Naik bas ekspress hingga jeti besut
      3. Naik flight ke airport kb, then naik teksi ket jeti

      Kat situ takde feri, dari jeti besut akan naik bot ke Pulau Perhentian :)

      Boleh contact ejen ni for more detail : +60142128764 (Encik Nazir)

      Delete
  24. Salam...hi miss iday.nak tanye.saya ada terbaca satu laman web yg menyatakan lepas pada bulan october tak digalakkan utk ke pulau perhentian disebabkan faktor cuaca.saya baru plan nak pergi
    hujung minggu ni.

    ReplyDelete
  25. Salam...hi miss iday.saya baru plan nak ke pulau perhentian hujung minggu ni.tapi saya ada terbaca satu laman web yang menyatakan lepas pada bulan october tak digalakkan utk kesana disebabkan faktor cuaca.boleh mintak pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Suhaimi, ye kalau october hingga december memang tak digalakkan kerana musim tengkujuh. Malah, ada resort yang tutup ketika waktu ini.

      Delete
  26. Salam...hi miss iday.saya baru plan nak ke pulau perhentian hujung minggu ni.tapi saya ada terbaca satu laman web yang menyatakan lepas pada bulan october tak digalakkan utk kesana disebabkan faktor cuaca.boleh mintak pendapat.

    ReplyDelete
  27. Salam...hi miss iday.saya baru plan nak ke pulau perhentian hujung minggu ni.tapi saya ada terbaca satu laman web yang menyatakan lepas pada bulan october tak digalakkan utk kesana disebabkan faktor cuaca.boleh mintak pendapat.

    ReplyDelete
  28. pakej sis ni ad include kayak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa iday tengok hari tu memang takde, tapi boleh check dengan diorang dulu ye :)

      Delete
  29. assalam..hi..boleh suggest x kat jeti kuala besut..atau kawasan yg berhampiran ade tempat menarik ke utk dilawati? sbb kami stay di pp 3h2m..tetapi flight kami kesokan hari nya..jadi kami ade 1 hari free

    ReplyDelete
  30. Website : http://perhentiansealifeinn.com/
    Whatsapp Enquiry : +60142128764 (Encik Nazir)


    Instagram : https://instagram.com/sealifeinn/

    ni owner ajen tu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, memang ejen yang ni. Kalau berminat boleh contact diorang :)

      Delete
  31. Terima kasih atas perkongsian sangat berguna, saya pernah ke sana tahun 2014 dekat Pulau Besar, kali ni nak ke sana bersama keluarga rasa sangat seronok ke sealifeinn

    ReplyDelete
  32. Thanks iday. Memang tengah plan ni. Overall kos berapa yang iday spent? Berapa hari stay sana masatu? Maaf lah, kot2 terlepas pandang.

    ReplyDelete
  33. tq for the entry, disebbkn entry ni cik timm amik swa dgn sealife inn tau..
    mmg berbaloi, btw sya backlink entry ni dlm blog tau! tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cik timm singgah blog ni and sudi backlink entry saya ni :)

      Delete
  34. hi..yang best stay dekat kampong nelayan ni ke(ambik bilik di sealife) atau stay di long beach lagi best?lagi satu...dari kampong nelayan nak lepak laut malam2 dekat ke? berape minit ye jalan ke pantai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Iza, sorry sebab lambat pula reply komen ni.

      Actually kalau nak makan, memang kampong nelayan sangat murah berbanding long beach. Tapi long beach ni kalau malam memang seronok sebab kawasan tu memang banyak kedai makan dan persembahan api.

      Kalau stay dekat sealife inn, boleh naik bot ke long beach pada waktu malam untuk tengok persembahan api. Lebih kurang 10-15 minit perjalanan.

      Delete
  35. Alhamdulillah terima kasih

    lengkap sangat maklumat

    saya memang nak ke sana dengan suami dan 6 anak

    sesuai tak agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat, ada dorm besar untuk family. apa-apa boleh contact ejen dekat sana and diorang akan uruskan :)

      Delete
  36. Cantik2nya gambar awak ambil! Tengah berangan nak ke sana ni.

    ReplyDelete
  37. Ohh Iday..teringat kenangan dekat jeti. Kaki tersagat dek terumbu karang.

    Luka berdarah teruk sampaikan orang kampung tolong panggil JPAM. Orang lain semua pakat kerumun.

    Huhuhu walaupun kaki berbalut tetap juga nak menyelam hihihi kenangan betul..

    ReplyDelete
  38. Salam ..nak tanya? Haritu pegi total duit smua brapa ea? Anggaran la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu guna pakej sekali boat pergi balik + makan 3 hari 2 malam : RM320

      Then parent hantar ke jeti, so dalam RM400 untuk 2 orang sekali dengan package. Ini anggaran la. hehe

      Delete
  39. Iday = sound "idei" / "e-deihh" kan... Thanks me later

    ReplyDelete
Post a Comment