Tips Kenalpasti Madu Asli di Wesley's Wild Honey | Cafe dan Pembekal Madu Tualang Asli 100%

1

Hi 

Korang pernah dengar Madu Tualang? Madu Tualang ni adalah madu asli hutan. Madu jenis ni bukannya dibuat menggunakan sarang buatan tu. Madu Tualang adalah asli dari sarang lebah di pokok di hutan. Khasiat Madu Tualang sangat tunggi kerana penghasilannya lebih natural dan asli berbanding madu dari lebah ternak. 

Eh, kenapa iday cerita tentang madu ni?

Sebenarnya, baru-baru ini Iday berpeluang untuk mengetahui lebih detail tentang Madu Tualang dan khasiatnya semasa Iday datang ke Wesley's Wild Honey yang terletak di Damansara Utama. Wesley's Wild Honey bukan sahaja membekalkan atau menjual Madu Tualang tetapi tempat ini juga menyediakan makanan dan minuman yang semulajadi sihat dan natural seperti konsep madu itu sendiri iaitu sihat dan asli. 





Paling best, Iday didedahkan bagaimana untuk bezakan madu tiruan dan madu asli. Selama ni kita main makan je, kita tak taw yang mana asli yang mana yang dicampur air gula.

 

Masa mula-mula iday jejak kaki ke Wesley's Wild Honey, Iday ingat iday masuk ke satu galeri yang dipenuhi dengan pelbagai jenis Madu. Kalau nak tahu madu di Wesley's Wild Honey adalah 100% jenis madu yang belum diproses, maksudnya madu asli dan dijual tanpa ada bahan pengawet atau mana-mana bahan campuran. 100% peratus asli okay. Hehehe Kitorang siap buat eksperimen mengenalpasti kualiti madu. Semua ni atas tunjuk ajar owner Wesley's Wild Honey iaitu Mr.Wesley. Hehehe


Ada 2 eksperimen :

1. Madu Asli tidak akan membeku bila diletakkan didalam freezer semalaman. 



Kitorang test dengan beberapa jenis madu yang diletakkan didalam freezer semalaman.



Kalau madu tu tidak asli, dia akan membeku and bila kita nak masukkan sudu, madu tu mengeras. Silap haribulan boleh patah sudu kalau madu tu keras. Hehehe 

Kalau madu asli, tekstur dia tetap sama. Masih pekat dan tak membeku. Tengok gambar madu tualang 100% dekat Wesley's Wild Honey ni.

So, memang sahih madu dekat sini adalah madu asli yang belum diproses. 100% dari hutan. 



2. Madu Asli yang dicampur dengan air mempunyai Sparkling Bubbles atau buih-buih udara.






Cuba check video ni :




Nampak kan buih-buih air dari gelas air yang diisi madu 100% asli yang belum diproses, berbeza dengan madu yang telah diprosess dan bukan 100% asli.

Kalau nak tahu, di Wesley's Wild Honey bukan sahaja membekalkan Madu Tualang 100% Asli tetapi mereka juga menjadikan tempat tu sebagai cafe yang menyediakan makanan yang boleh dimakan bersama madu dan minuman berkhasiat. 

Paling best, Iday dapat minum jus favourite Iday yang memang susah nak dapat kat mana-mana iaitu Jus Markisa ataupon Passion Fruit. Segar sangat dapat minum buah 100%  tanpa bahan perasa. Jus Delima pon ada okay :)




Iday nak share 2 jenis hidangan yang memang Iday suka tiap kali datang ke Wesley's Wild Honey iaitu French Toast dan Waffles. Semua hidangan ni disediakan bersama 1 gelas kecil madu Tualang. Sedap!



Bila nak makan tu, korang boleh curahkan madu diatas toast atau korang boleh cicah je. Iday suka curah banyak-banyak atas toast. Hehehe



Isi luar crispy tapi isi dalam lembut. Lagi sedap di makan dengan madu 100% asli taw! Hehehe Korang boleh share sebab portion boleh tahan besar. Cuma sebab dia sedap, so jangan share okay. Beli je satu2 set seorang. Hahahaha. 




Then, Iday try Wesley's Wild Honey restaurant's signature waffle. Sempat iday curi-curi tengok cara penyediaan. Hehehe



Waffle dan topping Ice Cream Vanilla! :)





Cara best untuk makan waffle ni adalah curahkan madu tadi atas ice cream vanilla ni. Sedapnya!!



Iday suka waffle dekat sini kerana bukan hanya ice cream tetapi diletakkan sekali buah-buahan seperti blueberries, kiwi (my favourite!), strawberry and banana. 




Boleh check menu lain yang ada dekat sini dengan check website Wesley's Wild Honey dekat sini : http://www.wesleyswildhoney.com/#!honey-gallery/bgmcq

Iday sangat recommend dekat korang untuk try waffle di Wesley's Wild Honey ni. Sambil-sambil fikir berapa botol madu korang nak beli, korang boleh try makan hidangan ni bersama madu dekat sini. Konon-konon nak test la.  Hehehehe



Iday memang happy sebab banyak belajar tentang madu di Wesley's Wild Honey ni sambil-sambil boleh rasa signature dish yang popular dekat sini iaitu Fresh Toast dan Waffle ni. Korang patut cuba. Harga pon tak mahal taw! Mana lagi nak rasa madu original dekat KL ni. Hehehehe

Kalau korang nak datang sini, iday ada bagi info dibawah untuk rujukan korang :

19, Jalan SS21 / 56B, Damansara Utama

Tel: +6016 - 220 2535 / +60111 222 7878







Terima kasih team Seeties dan Wesley's Wild Honey for the invitation. Seronok dapat jumpa semua orang and enjoy the food. Next time jumpa lagi okay!! :)
Tags

Post a Comment

1Comments
  1. Bagus amalkan makan dan minum madu asli ni. Saya snediri ada simpanan beberapa jenis madu. Ada madu tualang, ada madu dari pokok bunga matahari.

    :) selalunya saya dapatkan kat Cameron Highlands, ada penguasaha tempatan jual madu asli kat sana.

    ReplyDelete
Post a Comment