Pakej Percutian Budget Murah di Pulau Perhentian

24

Kalau tengok title, dah terang-terang yang iday nak share 1 pakej percutian budget dan murah di Pulau Terengganu. Walaupon murah, pakej ni lengkap dengan snorkeling trip, breakfast, lunch dan dinner. Siap ada BBQ Dinner lagi. 



Korang boleh check article iday sebelum ni : 10 Tips Pertama Kali Ke Pulau Perhentian untuk tahu tips pertama kali ke Pulau Perhentian. 







Atau boleh baca pengalaman Iday dan Islam snorkeling/swimming bersama Shark di Pulau Perhentian : Swimming with Shark


Before iday datang ke sini, Iday buat research dulu lokasi yang iday nak pergi di Pulau Perhentian. Untuk pengetahuan korang, Pulau Perhentian ni ada banyak bahagian taw.

Iday pilih Full Package 3 hari 2 Malam RM320 untuk 4 pax (weekdays rate). Disebabkan Iday and Islam je pergi and kebetulan ex-boss rapat dengan salah seorang staff dekat Sealife Inn, kitorang just bayar RM160. Kiranya half la. Terima Kasih En.Jeff! :)

UPDATE : Ramai yang komen tanya, harga tu per person ke? Ye, RM320 per person. Sekarang iday tak sure harga pakej yang baru, tapi korang boleh check website diorang or contact En.Nazri :)

Ini senarai harga untuk FullBoard Package 3 hari 2 Malam :


Murah kan! Paling best pakej ni termasuk : 

+ 2 ways speedboat transfer from Kuala Besut Jetty
+ 3D2N stay at Sealife Inn (aircond rooms)
+ 2 Breakfast
+ 2 Lunch
+ 1 Dinner
+ 1 BBQ Dinner
+ 1x Snorkeling trip by the boat (5-6 snorkelling points)

Korang boleh check package-package lain jugak and berita baik untuk student sebab ada student pakej.


Boleh check package lain dekat sini : Sealife Inn Pulau Perhentian Package

Okay, sekarang iday nak cerita pengalaman iday menetap di Sealife Inn di Pulau Perhentian selama 3 hari. Kalau korang berminat, iday akan share pakej yang ada di Sealife Inn ni di penghujung entry ye :)

Iday bergerak dari Jeti Besut pukul 2. Pengalaman best sebab nak pergi ke Pulau Perhentian kena naik bot laju. Tiket pergi balik naik bot ni memang termasuk dalam pakej Sealife Inn taw. Hehehe


Kena pakai jaket keselamatan. Adik comel ni pon pakai taw. Hehehe











Yeay, nampak pulau dah! Hahaha


Dah sampai Fisherman Village and Sealife Inn tu memang dekat sangat dengan jeti. Sealife Inn tu tingkat atas bangunan ni. Kalau kat bawah tu ada banyak kedai makan dan kedai runcit. Paling best, harga murah mengikut harga kampung. Hehehe

Iday dapat tahu, ramai student yang booking dekat Sealife Inn sebab murah dan ada pakej student. Hari tu pon nampak 2 -3 group student.



Ini pula bilik Sealife Inn, macam dorm. Memang bersih dan luas. Sealife Inn ni ada 3 jenis bilik iaitu bilik untuk 10 orang, 8 orang dan 6 orang. Kalau tak nak sewa pakej, boleh sewa by bilik. Check sini : http://perhentiansealifeinn.com/hotel/sealife-inn/

Gambar bawah ni adalah bilik yang boleh muat 10 orang, ada 5 katil. 


Iday suka warna bilik biru yang lembut macam ni. Ada aircond dan kipas. 



Setiap katil akan disediakan tuala dan sabun macam ni and siap ada sejadah lagi taw. Kalau non-muslim, dia takkan letak la sejadah dalam bilik. Kiranya dorang alert la keperluan customer diorang. 



Simple je kan. Kalau pergi dengan kawan-kawan, seronok semua 1 bilik. Boleh sembang-sembang and lepak. Tapi sepanjang ida dekat sini, selalu balik bilik untuk rehat je sebab aktiviti dekat pulau memang penuh. Nanti iday story :)


Bilik ni actually dah attach dengan shower and toilet. 



Kalau nak buat trip family ke,kawan-kawan ke, memang iday recommend sangat sealife inn. Masa iday datang sini, ada 2 group student yang stay sini. Release tension katanyaaaa. Hahaha Lagipon bilik kat Sealife Inn ni memang murah. 

Aktiviti Snorkeling iday start keesokan harinya, so hari yang iday sampai tu, iday pusing-pusing pulau and jalan-jalan dekat kawasan kampung. :)



Masjid ni baru lagi dibina dekat Pulau Perhentian, khas untuk orang kampung. Memang cantik :)




Ya Allah, masa ni bulatnya muka aku. Hahahaha













Tenang sangat, sini memang susah tengok mat salleh and tak ramai sangat pelancong. Maybe sebab tempat penginapan tak banyak + kawasan kampung ni memang dilarang pakai seksi so diorang prefer area long beach. Kawasan situ memang hidup waktu malam banyak foreigner lepak minum (alkohol). 




Jalan sampai hujung kampung, nampak batu besar ni. terus panjat. Hehehe





Depan iday ni memang laut seluas-luasnya. Memang cantik! :)

Ini pulak gambar makanan sepanjang iday makan dekat sini. Punya la senang nak cari makanan dekat kawasan fisherman village. Yang penting murah ye. Satu kelebihan kalau stay dekat Sealife Inn adalah senang nak dapat makanan murah. 

Pakej Sealife Inn ni ada sekali dengan makanan taw, kalau korang nak pakej murah lagi murah, maybe korang boleh bincang dekat pengurus Sealife Inn and nak harga pakej tidak termasuk makanan. So, bila nak makan, pergi je mana-mana kedai makan dekat Fisherman Village ni, memang banyak. Hehehe




Time ni iday makan breakfast dekat gerai betul-betul mengadap pantai. Memang murah and best ada banyak pilihan seperti Nasi Lemak Sambal Ikan, Nasi Kerabu, Nasi Minyak dan Nasi Dagang. :)












Ini pula BBQ Dinner, memang ada sekali dalam Pakej Sealife Inn 3 Hari 2 Malam tu. Iday dapat makan ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar. 







Iday memang puas hati dapat Stay dekat Sealife Inn ni, bilik luas dan bersih. Pakej murah termasuk makanan dan aktiviti snorkeling. Kalau aktiviti malam, korang boleh tanya pengurus untuk sewa bot ke Long Beach untuk tengok pertunjukan api atau lepak layan persembahan dekat sana. 

Korang juga boleh sewa bot untuk ke kincir angin. Apa iday suka tentang sewa penginapan dekat sini adalah perkhidmatan sewa bot memang berpusat dekat sini. Kiranya apa korang nak memang ada dekat Fisherman Village ni. So, memang terbaik kalau stay dekat Sealife Inn ni. 


Satu lagi sebab kenapa Iday suka Pakej Sealife Inn adalah pakej snorkeling yang terbaik. 5-6 Checkpoint termasuk turtle dan shark. Iday dapat berenang bersama ikan jerung, kejar penyu dan tengok Nemo. Hahaha Serius best. 

Kalau nak baca pengalaman Iday dan Islam snorkeling/swimming bersama Shark di Pulau Perhentian boleh baca sini : Swimming with Shark




Gambar kenangan di hadapan Sealife Inn :)
















Ini lah pengurus Sealife Inn, Encik Nazir. Nanti kalau korang booking Sealife Inn, memang dia yang uruskan semua. Memang terbaik la. Layanan tip top. Walaupon pakej murah, tapi diorang bagi layanan yang bagus. Memang next time iday nak repeat lagi datang sini and sewa Sealife Inn. Hehehe



Iday and Islam :)



Kalau korang berminat nak booking atau nak check info tentang Pakej Sealife Inn ni, korang boleh check detail di bawah :

Whatsapp Enquiry : +60142128764 (Encik Nazir)

Perhentian Sea Life Inn is now open for booking! So kena cepat-cepat sebab memang selling fast. hehehe Kalau benda murah berpatutan memang orang suka :)


Post a Comment

24Comments
  1. Iday... ermmm challet ni mmg min person per room 6 org ke acaner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada bilik min 4 orang. Boleh contact no en nazri untuk tanya +60142128764 :)

      Delete
  2. Ni area perhentian kecil ke besar?

    ReplyDelete
  3. okay...mmg detail gilaaa...nnt sally nak usha la lepas musim tengkujuh :)

    ReplyDelete
  4. pergh dapat half price, best giler :D

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Untuk 2 orang ada, boleh contact no ni untuk info :

      Website : http://perhentiansealifeinn.com/
      Whatsapp Enquiry : +60142128764 (Encik Nazir)
      Instagram : https://instagram.com/sealifeinn/

      Delete
  6. Erm package ni nak kena book awal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebolehnya book awal, tapi boleh contact en.nazri untuk sebarang pertanyaan +60142128764 ;)

      Delete
  7. ada no owner untuk package ni tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afiq boleh contact no ni : +60142128764 encik nazri :)

      Delete
  8. bole dpt half gk ke kalau saya pegi? ^_^

    ReplyDelete
  9. bole dpt half gk ke kalau saya pegi? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yang tu kena tanya empunya resort. mana tau diorang ada promosi :)

      Delete
  10. 4 pax utk 4 org, kan? Kalau RM 340 tu maknanya utk 4 org la kan? Bukan setiap org kena bayar RM 340. Betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tahu jugak yang ni..

      Delete
    2. Rasanya RM340 per person. Boleh contact en.nazri untuk sebarang pertanyaan +60142128764 ;)

      Delete
    3. kenapa kena ada rasanya? kan dah pi walaupun iday dpt 50%... juz nak tahu yang 340 tu per pax atau harga utk 4 org tu 340?

      Delete
    4. Memang RM340 per person. Dah lupa dah sebenarnya. Nanti iday edit post ni takut korang confuse. Tapi macam iday cakap la, anything contact en.nazri tu. :)

      Delete
  11. Wah menarik jugak yer perhentian besar ni. Dulu pergi pun stayu dekat Perhentian Kecil. Mesti kalau travel ini bawa macam-macam gadget hp, camere, digi cam dll. Sekarang saya dah pakai produk INNERGIE Life Hub Plus lebih mudah dan senang, sudah cukup untuk saya charge 3 device/gadget dalam masa serentak.

    ReplyDelete
  12. Pulau Perhentian mmg berbaloi kalau nak bercuti...best ah!

    ReplyDelete
Post a Comment