Favourite food all the time! Hehe
Sebenarnya ramai yang cari Resepi Ayam Masak Kicap dekat blog iday, itu antara keyword yang selalu masuk blog iday. Yelah, sebelum ni kan iday ada post entry Resepi Ayam Kicap Berempah tapi ramai yang nak Resepi Ayam Masak Kicap jugak. Hehehe
Ada dua versi yang Iday suka iaitu :
A. Versi Ayam Digoreng Terlebih Dahulu + Tomato
B. Versi Ayam Belum Digoreng + Daun Sup
So, Iday akan kongsi 2 jenis resepi ni dibawah. Korang boleh cuba mana yang korang suka :)
A. Versi Ayam Digoreng Terlebih Dahulu + Tomato
Bahan-bahan
Ayam - potong sederhana (5-6 ketul)
1 biji bawang merah besar - dihiris
3 biji lada - nak pedas letak extra
Lada hitam - ditumbuk, kalau takde yang macam ni, boleh pakai yang serbuk
1 inci halia
2 ulas bawang putih - diketuk/hiris
Kicap
1 biji Tomato - dihiris 8
Garam dan Gula secukup rasa
Cara-cara memasak Ayam Masak Kicap Mudah Dan Cepat :
1. Gaulkan ayam bersama sedikit kunyit dan garam. Goreng sehingga kekuningan dan asingkan.
2. Hiris bawang, halia, bawang putih. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik bau atau bawang layu. Jangan hangus pulak. Hehe
3. Masukkan kicap dan sedikit air. Jangan lupa secubit garam.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau sehingga ayam masak.
5. Letakkan lada dan tomato.
Siap! Hehehe
B. Versi Ayam Belum Digoreng + Daun Sup
Bahan-bahan
Ayam - iday suka potong kecil-kecil, terpulang pada korang
Daun sup
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji lada - nak pedas letak extra
Lada hitam - ditumbuk, kalau takde yang macam ni, boleh pakai yang serbuk
1 inci halia
2 ulas bawang putih - diketuk/hiris
Kicap
Garam dan Gula secukup rasa
optional : sayur seperti kacang panjang atau cendawan
Iday lagi suka pakai biji lada hitam macam ni compare dengan yang serbuk. Yang ni lagi pedas dan sedap. Hehehe
Cara-cara memasak Ayam Masak Kicap Mudah Dan Cepat :
1. Hiris bawang, halia, bawang putih dan lada. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik bau atau bawang layu. Jangan hangus pulak. Hehe
2. Masukkan ayam, kicap, daun sup, lada hitam dan secawan air. Letak cendawan pon boleh. iday pernah letak shitake dan cendawan butang. Sedap!
Jangan lupa letak garam dan gula. iday jarang letak gula sebab guna kicap kipas udang yang manis tu. so, letak garam je. Hehe
3. Biarkan sehingga ayam masak, nak lagi sedap nanti boleh letak sayur seperti kacang panjang.
Sebelum letak sayur, korang boleh biarkan lama sikit supaya ayam tu meresap kuah kicap. Kadang-kadang iday biar lama then baru letak sayur.
Then, siap dan boleh hidang! Simple sangat kan! Ada orang letak tepung sebab nak bagi pekat, tapi kalau korang biar lama-lama nanti pon pekat jugak. Hehehe
Mudah kan? Hehehe Korang boleh la buat during weekend ni. Makan dengan nasi panas memang sedap! Hehehe
iday ada post resepi-resepi lain jugak, boleh check link dibawah ni :
Selamat mencuba! Hehehe
LeYa pun memang minat dengan ayam masak kicap ni... Dah lama juga xbuat ni...hehe..
ReplyDeletenampak pun sedap.sertai segmen ucing nak bloglist (^_^)
ReplyDeleteWow sangat sedap, thanks for sharing the great resepi, nanti saya try masak
ReplyDeleteWaahhhhh.cptnye
ReplyDelete