Drama Korea Terbaru Ditayangkan Pada Bulan November

1

Ada drama baru Lee Min Ho?




iday memang kaki drama korea, bukan iday je. Tapi islam sekali. HAHA so suami isteri punya kerja bila ada free time, tengok drama korea sama-sama. 

So, kitorang selalu update dengan drama-drama korea yang baru. jenis iday, iday tengok semua, and tak kisah sangat siapa hero & heroin. Kalau islam, dia memilih. Nak yang hensem and cantik je. Dia pon tak suka tengok drama yang jenis zaman lama-lama. 

iday nak share senarai drama korea terbaru yang ditayangkan pada bulan November. Ada drama baru Lee Kwang Soo and Lee Min Ho. Hehe

Entourage


Drama ini mengisahkan tentang Young-Bin (Seo Kang-Joon) seorang pelakon yang semakin popular di Korea Selatan. Dia telah berkawan baik dengan Ho-Jin (Park Jung-Min), Joon (Lee Kwang-Soo) and Geobook (Lee Dong-Hwi) sejak kecil. Young-Bin adalah artis dibawah kontrak dengan syarikat Kim Eun-Gab (Cho Jin-Woong) iaitu CEO.



Mula ditayangkan pada 4 Nov pada hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 11 malam.

Drama ini actually remake dari drama US iaitu Entourage. Ini adalah barisan pelakon Entourage :

 Nak tengok online? Check link bawah :




Komen iday : 

iday hanya tengok drama ni disebabkan ada Lee Kwang Soo and Seo Kang-Joon. First episode macam bosan. And tak boleh agak storyline lagi, kita tengok macam mana. Hehehe


Romantic Doctor, Teacher Kim


Boo Yong-Joo merupakan pakar bedah terkenal dengan gelaran "Hand of God". Beliau kemudiannya hilang dan tiada siapa yang tahu sebenarnya beliau menjadi Cikgu Kim dan mengelar dirinya sebagai Romantic Doctor.  Beliau gembira dengan hidupnya sekarang.

Kang Dong-Joo menjadi doktor untuk bersaing dengan seseorang manakala Yoo Seo-Jung menjadi doktor kerana ingin dikenali oleh seseorang. Selepas berjumpa Cikgu Kim, mereka mula belajar tentang nilai hidup dan kasih sayang.

Mempunyai 20 episode dan telah ditayangkan bermula 7 Nov 2016. 


 Nak tengok online? Check link bawah :





Komen iday : 
First episode pon dah best, so iday akan teruskan layan drama ni. Walaupon iday tak berapa suka dengan hero, sebab tak hensem sangat. HAHA Kita tengok je la next episode macam mana. Hehehe



The Legend of the Blue Sea

iday rasa ramai yang tunggu drama ni terutama peminat Lee Min Ho. Lagi-lagi ini adalah drama terakhir Lee Min Ho sebelum join military selama 2 tahun. 


The Legend of the Blue Sea mengisahkan tentang mermaid yang berjumpa dengan watak Lee Min Ho. Drama ini lebih kepada romance and fantasy. Bakal ditayangkan pada 16 November 2016. 




Macam seronok kan? Hehehe


Boleh check full trailer di video bawah :





komen iday :
Disebabkan ini drama terakhir Lee Min Ho sebelum join military, iday akan tengok. Lagi satu, iday memang suka drama fantasy macam ni. And dari trailer, cinematography macam smart. Hehe

Nak tengok online/download? Check link website dibawah :




Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo

iday seronok dengan drama ni sebab kedua-dua watak utama dari drama "Cheese in the trap" Hehe

Drama ini mengisahkan tentang ahli angkat berat wanita yang berusia 20-an jatuh cinta buat pertama kali dalam hidupnya. Drama ini akan mengantikan "Shopping King Loius" dan ditayangkan setiap hari rabu dan khamis bermula 16 November 2016 ini.


Drama ini mempunyai 16 episodes. Full trailer boleh check video dibawah :




4 drama korea ini adalah top list iday and iday memang nak tengok. Sebenarnya ada lagi drama lain, tapi iday tak berminat sangat. Hehehe

Korang boleh check list penuh drama-drama korea yang bakal ditayangkan di bulan November di link ini : Asian Wiki



Yang mana pilihan drama korang?

Post a Comment

1Comments
Post a Comment