Ice Cream : Artico It's Nitro Cool @ SS15 Courtyard

3

Hi korang!

Kalau weekend atau waktu lunch, biasanya korang akan lepak di mana?

Kalau belum ada plan kemana-mana, Iday nak suggest dekat korang untuk cuba makan Ice Cream di Artico It's Nitro Cool yang bertempat di SS15 Courtyard. Cafe ais krim ini terletak berhadapan dengan restaurant Jibby & Chow.


Kalau nak tahu Artico ni baru lagi dekat Malaysia. Kalau cafe baru ni, memang wajib kita cuba. Lagi-lagi Ice Cream! Hehehe

Terletak di level G dan mempunyai ruang lepak yang selesa. Siap ada wifi taw! Hehe


Iday ada cuba beberapa jenis aiskrim di sini and memang sedap. Diorang ni selalu bereksperimen dengan bahan-bahan membuat aiskrim, so memang akan ada new menu. 

Paling best, Aiskrim dekat sini hanya dibuat bila ada order. Maksudnya, bukan jenis aiskrim yang siap-siap beku dalam bekas aiskrim tu. Bahan-bahan yang digunakan pon baru dan segar. 


Tapi macam mana proses pembekuan tu boleh jadi cepat?

Mestilah menggunakan kaedah nitrogen, itu yang berasap-rasap kedai Artico ni. Hehehe



Okaylah, Iday nak share apa aiskrim yang iday makan dekat sini dan yang mana favorite Iday. Nanti senang la kalau korang nak buat pilihan. Hehehe


#Mango Granola Parfait

Ini memang favorite Iday, rasa manis buah mix dengan masam yogurt. Sedap! Sangat recommended dekat korang untuk cuba. Mango Granaola Parfait adalah combinantion yogurt, mango, granola nuts, chocolate sauce and corn flakes.



#Fresh Chocolate Gelato Cup With different Topping
Rasa chocolate memang pekat dan korang boleh jenis topping yang korang nak. Tak terlalu manis tetapi sedap! Kena cuba jugak. Hehehe




#Vanilla Chocolate chip cookie Gelato sandwich


Kalau korang suka makan cookies, korang boleh pilih ais krim ni. Aiskrim vanilla diapit dengan chocolate chip cookie. Rasa ais krim agak manis bagi Iday tetapi tetap sedap.


3 pilihan ais krim ni memang favorites Iday especially Mango Granola Parfait. Kalau datang SS15 Courtyard, jangan lupa singgah ke Artico. Hehe



With Eddy :)




Sayaiday Review

Outlook: 4/5
Creativity: 4/5
Taste: 5/5
Price: 3.5/5 ($$)
Overall: 4/5

Ambiance : 
Ruang makan selesa and banyak meja tersedia untuk lepak.

Service : 
Kena queue untuk order dan staff yang bertugas yang ada mesra. Self service.


Food Service Speed : 
Cepat kerana penyediaan ais krim menggunakan Nitro

Will revisit? : 
Yes, sebab ais krim sedap dan tidak terlalu manis (ada wifi :p)


Cafe/Restaurant Details

Artico It's Nitro-cool, SS15 Courtyard 
Lot G-13A, SS15 Courtyard, 
Jalan SS15/4G, SS15, 
47500 Subang Jaya, Selangor. 

Contact : +603-5036 1255 
Hours : Daily 10AM – 10PM


Video : Artico It's Nitro Cool @ SS15 Courtyard


Best kan?? Hehehe 





Till then, Bye from Islam & Iday!

Tags

Post a Comment

3Comments
  1. Ya Allah.. sedapnyaa.. tunggulah teman abes pantang setahun nanti.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. menarik eskemnya ....boleh cuba kalau lalu2 sana

    ReplyDelete
  3. sha baru lepas makan aiskrim tapi bila tengok ni terus rasa nak makan lagi, tengok hiasan di aiskrim tu pun dah rasa nak marah hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment