Food Review : Ayam Penyet Best Summit

2

Ayam penyet antara makanan kegemaran Iday dan selalu menjadi pilihan makanan apabila Iday keluar makan dengan Islam. Iday suka dengan rasa rangup ayam penyet dan sambal lada yang pedas tapi sedap. 

Sebenarnya banyak restoran ayam penyet yang ada di Malaysia ni, tetapi yang paling Iday suka and selalu makan adalah Ayam Penyet Best di Summit USJ. 



Kali pertama Iday makan di situ adalah ketika waktu makan tengahari sewaktu bekerja di Subang. Lepas dah makan sekali, terus jadi lokasi makan lunch dengan kawan-kawan 1 office. Bukan hari-hari tapi at least sebulan sekali. Hehehe


Harga makanan dekat sini memang reasonable, puas hati dengan rasa, kualiti dan portion. Iday paling suka dengan buku menu dia sebab penuh dengan gambar. Senang customer nak order makanan. 


Kalau nak order kena isi form yang diorang bagi, simple je. Tak faham, boleh tanya and staff diorang memang peramah and sudi nak bantu korang.



Yang penting, restoran ini mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM. So, takde la rasa was-was nak makan dekat sini. 



Hidangan paling popular dekat sini semestinya Nasi Ayam Penyet sendiri (RM11.50). Dalam Nasi Ayam Penyet akan ada nasi, ayam penyet, tempe goreng, tauhu goreng, sayur, sup dan sambal. 





Sambal dia memang terbaik. Pedas tapi sedap. Kalau suka pedas, boleh minta extra. Hehe

Selain Nasi Ayam Penyet, korang boleh cuba menu lain juga. Tapi dekat bawah ni, senarai makanan yang Iday recommend dekat korang untuk cuba sendiri. Hehehe

Terung Penyet (RM 8.90)



Gado-gado (RM 9.00) - Portion besar, sayur-sayuran bersama sos kacang. 


Udang Belado (RM 11.90) - Udang goreng bersama sambal cili.



Dendeng Berlado (RM 11.50)



Lele Penyet (RM 11.50) - Ikan keli



Diorang juga ada menu goreng-goreng seperti Nasi Goreng Kampung Penyet, Nasi Goreng Cina Penyet, Bihun Goreng Penyet, Mee Goreng Penyet dan macam-macam lagi. Harga setiap hidangan adalah RM10-RM12. Murah kan?

Kalau tak nak goreng, korang boleh cuba menu sup-sup seperti Sup Sayur Asam, Sup Rawon (beef), Asam Pedas Ikan Pari, Sup Ekor Lembu, Bakso dan Soto Ayam. Banyak kan menu dekat sini, bukan sekadar Nasi Ayam Penyet je taw.



Boleh la bawa family dan rakan - rakan untuk makan di sini. Memang confirm sedap dan takkan menyesal. Hehe




Sayaiday Review
Outlook: 4/5
Creativity: 3/5
Taste: 5/5
Price: 4.5/5 ($$)
Overall: 4/5

Ambiance : 
Ruang makan selesa and banyak meja tersedia untuk lepak.

Service : 
Isi form untuk order, staff bertindak cepat untuk ambil order.

Food Service Speed : 

Cepat tetapi bergantung kepada crowd customer.  Ayam digoreng setiap kali ada order.

Will revisit? : 
Yes, sambal lada memang terbaik.


Cafe/Restaurant Details

Ayam Penyet Best Summit
Lot 37 & 39, B Lower Ground Floor
The Summit USJ, Persiaran Kewajipan usj1
47600, Subang Jaya, Selangor

Contact : 03-80117566

Hours : Daily 10 am - 10 pm

Website : www.ayampenyetbest.com.my 

Facebook : www.facebook.com/AyamPenyetBest





p/s : Sekarang kan bulan Ramadhan, boleh la berbuka puasa dekat sini :)
Tags

Post a Comment

2Comments
  1. Nampak menyelerkan ayam penyet tu Iday..
    LZ pun penggemar ayam penyet sebab ragup dan isi ayam tu rasa rempah..
    Sedap.. Satu lagi tarikan LZ ke Summit Subang..

    ReplyDelete
  2. nyum nyum sedapnyaaaa.......

    ReplyDelete
Post a Comment