Food Review : KyoChon Malaysia

21

Siapa pernah makan di restoran ayam goreng KyoChon? Best ke? Sebenarnya, Iday dah berkali-kali makan di KyoChon. Tak pernah bosan dan puas hati dengan rasa Ayam Goreng Kyochon. Hahaha 



First time makan dekat KyoChon @ Pavilion dengan Linda dan Lana. Then makan lagi dengan diorang for the second time, celebrate birthday Aainaa. Haha




Kali ketiga, Iday berbuka puasa dekat KyoChon @ Pearl Shopping Gallery dengan Islam dan Ami. Kali pertama bawa diorang makan and diorang memang suka. Cuma Islam tak tahan pedas. Haha Kesian dia. Berpeluh makan.



So, entry kali ni, Iday nak tulis review pengalaman makan di KyoChon. Iday juga akan cadangkan menu yang best yang korang boleh cuba di sini. 

Kalau korang kaki tengok drama korea, pasti perasan ada scene makan ayam goreng. Bila Iday tengok tu, memang terliur. Memang nak sangat cuba makan macam dalam drama korea. Bila Iday tahu restoran ayam goreng sebegitu sebenarnya ada di Malaysia, Iday rasa excited sangat sebab tak sabar nak cuba. 

KyoChon sebenarnya ada beberapa cawangan di Malaysia, yang selalu Iday makan di Pavilion sebab berdekatan dengan tempat kerja. Iday juga pernah makan di Pearl Shopping Gallery. Nanti Iday akan senaraikan semua cawangan KyoChon di bawah. 

Kalau makan sini ketika waktu tengahari memang ramai, especially dekat Pavilion. Iday pernah datang and terpaksa beratur. Tapi tak lama sangat, lebih kurang 10 minit. Bergantung kepada crowd. 





Bila dah dapat tempat duduk, pelayan yang ada memang akan terus datang tanpa kita panggil. Dia akan bagi menu and tolong kita buat pilihan. 



Awal-awal dulu, kitorang just follow apa yang pelayan suggest makan. Lepas-lepas tu dah terer order sendiri. Hehe

Bila dah order, diorang akan sediakan sepasang sarung tangan plastik dan tisu basah. 



Ayam goreng lagi best bila makan pakai tangan. So, sarung tangan plastik tu memang berguna sangat. Hehehe



Menu utama dekat sini memang simple, ada 4 jenis masakan ayam goreng iaitu :

1. Soy Garlic Series - Pernah order tapi tak pedas sangat. Untuk yang tak makan pedas, boleh cuba. Ini kira original flavour and signature dekat KyoChon.


2. Red Pepper Series - Tiap kali datang KyoChon, ini menu wajib yang Iday order. Memang pedas menyengat. Sangat recommend untuk mereka yang suka makan pedas. 



Masa mula-mula datang makan di KyoChon, kitorang order Half Red Pepper Whole Chicken. Saja taknak order specific drumstick atau wingette. Kalau ada whole chicken, akan dapat bahagian isi juga. Bila order half memang tak cukup sebab sedap. Hahaha



Then lepas tu, kitorang dah start order Full Red Pepper Whole Chicken, ada 25 pieces. Lagi berbaloi. Kalau full, dapat bucket macam ni. Ini pon kejap je dah habis :p




3. Honey Series -  Ini ada rasa manis madu tapi tak terlalu manis. Memang elok-elok je. Iday tak berapa gemar sebab Iday suka pedas. Hehe Yang ini, budak-budak boleh makan. Hehehe



4. Salsal Series - Linda paling suka order yang ini sebab senang takde tulang. Iday kurang suka sebab Iday memang dari dulu suka bahagian tulang. 



Bila Iday makan ni, rasa macam makan nugget pon ada. Hehehe Tapi sesuai untuk kanak-kanak untuk makan ni. Tak pedas and takde tulang. 



Kalau datang, wajib order sebab Linda suka. Hahaha Iday pernah makan sekali je lepas tu macam muak dah. Hehe :p



Selain menu-menu utama di atas, ada menu ala-carte yang available juga iaitu Dakganjeong, Wedges, Dakgalbi, Bulgogi, Salad, Nasi goreng dan Nasi putih. Kalau korang nak tengok menu penuh, boleh check gambar menu pada link ini : Menu Dan Harga Makanan Kyochon Malaysia



Review Keseluruhan

Rating :

Outlook: 5/5
Apa yang kita dapat memang sama dengan gambar pada menu. Thumbs up!

Creativity: 5/5
Cara hidangan memang simple dan tidak sarat dengan hiasan. Nampak menyelerakan!



Taste: 5/5
Menu yang selalu Iday makan adalah Red Pepper Series, memang sedap dan takkan pernah bosan order yang ini. 3 kali datang, 3 kali Iday order menu yang sama. Iday belum pernah order menu lain, tapi Iday yakin yang lain mesti sedap.

Price: 4/5 ($$)
Harga berbaloi dengan rasa. Portion besar and boleh share-share duit dengan kawan-kawan. Average duit Iday spent untuk seorang makan adalah RM20 (kalau share dengan 3 orang)

Overall: 4.75/5

Komen Lain :

Ambiance :
Hiasan restoran simple berunsurkan warna kayu dan besi. Kerusi juga simple tapi selesa. Ruang makan yang sederhana luas dan banyak tempat duduk.




Service :
Staff layan dengan baik, jawab semua soalan yang diajukan. Setakat ni, tiada kesalahan dalam mengambil order. Bayar di kaunter, boleh menggunakan kad debit atau kredit.

Food Service Speed :
Makanan sampai sedikit lambat, mungkin sebab tak cukup pekerja atau bergantung kepada crowd. Ayam goreng dikatakan digoreng bila ada order.



Will revisit? :
Mestilah, mungkin sebulan sekali? Boleh jadi tempat reunion.

Senarai Outlet :

Nama mall dan no phone untuk reservation.

Pavilion KL: 017 - 2833 707
1 Utama Shopping Centre: 017 - 2833 676
Menara Hap Seng: 1700 81 8787
Sunway Pyramid: 012 - 6119 845
Penang Gurney G-Hotel: 04 - 291 6636
Pearl Shopping Gallery: 03 - 7971 5947
Genting SkyAvenue: 03 - 6101 1953
MyTown Shopping Centre: 03 - 2710 5513

Website dan Social Media :

http://www.kyochon.com.my/
https://www.facebook.com/KyoChonMalaysia/
https://www.instagram.com/mykyochon/



"Nak tahu makanan tu sedap ke tak, kalau takde lebihan makanan, memang betul sedap"

Before


After



Till Then, Bye!


Kalau suka artikel ni, boleh share! :)
Tags

Post a Comment

21Comments
  1. Wahhh...bestnyeee... LeYa boleh try ni

    ReplyDelete
  2. k lily dah cuba, masa tuh terorder yang pedas pulak... ermm amik ko minum air bergelen-gelen

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tgk....paling dekat penang je dr ipoh ni

    ReplyDelete
  4. Looks so good & tasty especially the spicy version & quite addictive too right?

    ReplyDelete
  5. Sedap makanan dekat sini, dia crunchy and cukup semua rasa (pedas, manis tu semua). Tapi satu je, ayam tu kecik sangat! Ngap sekali dah habis. haha. Tapi yang bestnya pakai glove tu buat makan nasi pun boleh gak.

    ReplyDelete
  6. I like Korean fried chicken, you made me miss KyoChon.
    You should try 4 Fingers too!

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  7. Kyochan is one of my favourite shop whenever I'm craving for chicken. Their honey drumstick is a must 😋

    ReplyDelete
  8. wah sedapnya tengok gambar2 pun dh leh meleleh air liur

    ReplyDelete
  9. I love KyoChon but haven't been there in a long time! Huhu..sometimes mahal jugak. Will go back again soon since your post make me rindu haha.

    ReplyDelete
  10. MyTown ada rupanya. Dah dekat dengan rumah. Nk try la nanti, nampak cam sedap je. Lagipun memang minat makan pedas-pedas ni. Kecur liur weh

    ReplyDelete
  11. First time nampak Kyochon ni kat SkyAvenue Genting Highland. Memula tak sure nak makan sebab takut tak halal, sekali boleh makan rupanya.

    ReplyDelete
  12. Sedapnye I tried this the first time the other day and I luvvvvvv it!

    ReplyDelete
  13. The other day, I had the opportunity to try KyoChon at SkyAvenue. The spicy version was sooooo hot, tears were streaming down my face. LOL

    ReplyDelete
  14. alaha iday.. lapar pulak kak TB tengok.. macam meamnggil2 plak ajak makan.. nyum2

    ReplyDelete
  15. The place looks spacious and not too crowded, with good lighting for IG food photos. Wow these looks all delicious!

    ReplyDelete
  16. Definitely my favorite Korean Fried Chicken!! Always eat during lunch hour with mt team haha.

    ReplyDelete
  17. Hari tu pergi cawangan Sunway Pyramid. Memang ramai. Mula2 nk try tp last2 x jadi..coz x tau nk order apa..bawak pulak budak kecik 3 orang..so last2 makan tempat lain..kalo berdua dengan husband ni, syok makan ni..

    ReplyDelete
  18. ayam kyochon memang terbaik.. selalu pergi cawangan Sunway Pyramid.. hish baca entri ini buat kita craving lah, tak sabar nak balik Shah Alam macam ni hahaha

    ReplyDelete
  19. nisa sukaa kyochon !! one of my fav niiii

    ReplyDelete
  20. Ada perbezaan ke dari segi menu dekat kyochon pavilion and kyochon pearl point?

    ReplyDelete
  21. Nanti lepas je order die akan bgi recipt eh untuk bayar dkt kaunter nanti

    ReplyDelete
Post a Comment