Tempat Makan Best Di KL - Daging Salai Masak Lemak

2



Mana nak cari tempat makan best di KL? Lagi-lagi bila ada makanan yang susah nak jumpa seperti daging salai masak lemak dan asam pedas yang sedap tapi harga berpatutan?




Iday dah jumpa tempat makan best dan nak kongsikan dekat korang lokasi dan review tempat makan ni. Sebenarnya Iday tahu tentang tempat makan ni dari Facebook, bila ada salah seorang kawan Iday kongsikan menu daging salai masak lemak. Memang nampak sedap. Terus Iday tanya dia and pergi sendiri ke tempat tersebut. 

Nama kedai makan tersebut sebenarnya Orde Heritage Recipes yang terletak di Medan Selera, Jalan Haji Hashim, Kampung Baru. 



Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam dan menyajikan pelbagai jenis menu makanan tengahari. Tapi yang paling popular dekat sini adalah Daging Salai Masak Lemak. Memang terbaik!




Sejak dari tu, dah 3 kali datang makan dekat Orde Heritage Recipes and akan datang lagi bila teringin nak makan daging salai tu. Hehehe


Iday nak share dekat korang, 4 menu paling best dan popular dekat sini. So, nanti korang boleh la order menu-menu ni bila datang dekat Orde Heritage Recipes. 


#4 Ayam Goreng Kunyit




Iday suka ayam goreng kunyit dekat sini kerana tidak terlalu berminyak dan sedap. Ketulan ayam dan sayur pon banyak. Harga 1 set dengan nasi cuma RM5. Murah kan? 




Korang boleh tambah telur mata dan kicap. Memang sedap. Yang penting kenyang. Hehe


#3 Asam Pedas - Ikan Jenahak, Ikan Pari dan Ikan Kembong




Asam pedas kat sini memang terbaik la. Resepi original orang Melaka sebab owner dia memang orang Melaka. Kuah memang pekat dan sedap. 




Disediakan dalam claypot supaya sentiasa panas. Makan panas-panas dengan nasi putih, memang sedap la. Saiz ikan pula memang besar, puas hati. Adik Iday memang suka sangat la. 3 kali datang sini, 3 kali order asam pedas. Korang patut try menu ni. Hehe Harga 1 set pon dari RM9-11 mengikut jenis ikan.


#2 Daging Tetel




Ini memang menu kegemaran Islam. Sampai licin dia makan masakan Daging Tetel ni. Sup yang sedap pekat. Isi daging pula empuk dan banyak. Memang terbaik.  




Antara menu yang korang wajib order. Juga disediakan di dalam claypot supaya sentiasa hangat. Baru la best bila makan dengan nasi putih + sambal belacan. Memang kick habis.  


#1 Daging Salai Masak Lemak




Ini sumpah sedap gila. Sebab tu Iday letakkan di kedudukan menu no 1 pilihan Iday. Mana nak cari menu Daging Salai Masak Lemak yang sedap, portion besar tapi murah dekat KL? 

Owner kedai ni sendiri yang salai daging ni atas bara kayu api. Setiap hari diorang akan salai 20kg-50kg. Permintaan untuk lauk ni memang sentiasa ada. Lagi-lagi bila korang boleh order untuk delivery. 

Iday pernah datang 3 kali, kali kedua datang, daging salai dah habis. Padahal datang awal je. Kecewa tetapi order menu lain. Kali ketiga datang, terus order dua mangkuk. 

Oh, diorang serve guna claypot untuk maintain kepanasan lauk. Baru la sedap! Hehe


Owner dekat sini sampai dah kenal kitorang yang datang. Yelah, asyik muka sama yang datang. Then masing-masing memang puas hati dengan menu dan servis dekat Orde Heritages Recipes ni.

Korang boleh datang lunch dekat sini dengan kawan-kawan atau family. 


Masing-masing muka happy lepas makan. Hehe


Yang kelakarnya, owner kedai siap bagi pes daging salai masak lemak disebabkan kitorang selalu datang. Memang baik hati betul. Dapat la Islam merasa air tangan Iday masak Daging Salai Masak Lemak (konon je) Haha


Hari keesoknya, Islam dah request Daging Salai Masak Lemak. Terus Iday masak dekat rumah. Hehehe Memang sedap. 



Owner kedai tu pon memang ada plan untuk komersialkan diorang punya pes. Lepas ni kalau diorang pasarkan pes masakan diorang. Memang Iday antara orang pertama yang borong. Hehehe

Okay la, Iday ada kongsikan maklumat tentang kedai ni kalau korang nak datang dan cuba sendiri di bawah :


Waze Alamat : 
Jalan Haji Hashim, KL / Medan Selera Jalan Haji Hashim

Lokasi Kedai :
Kedai No 8 & 9. Pusat Penjaja Selera Muda, Jalan Haji Hashim, Kampung Baru

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad (10 pagi - 8 malam)
Sabtu Cuti

Call dan Whatsapp Untuk Booking/Delivery :
 0162073499 (Abg Din & Kak Lin)

Facebook :
https://www.facebook.com/ordefooddelivery/





Kalau korang pernah makan dekat sini, boleh kongsi pengalaman korang  di bawah ye! Atau korang ada cadangan tempat makan best di sekitar KL? Boleh komen dibawah. 

Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page Iday dan follow my Instagram :) 


Terima Kasih!

Tags

Post a Comment

2Comments
  1. awook.. pepagi kita scroll tengok makanan. dapnyeee hhhu.. suka tu ayam kunyit. main concern cari makan kat KL ni tempat parking. tapi nampak kedai ni cem okay..

    ReplyDelete
Post a Comment