Lulu Hypermarket & Department Store Pecah Rekod Kek Buah Segar Terpanjang Di Malaysia

1

Hi Korang!

Hari ini Iday nak share tentang Lulu Hypermarket & Department Store yang berjaya memecah rekod "The Malaysian Book Of Records" dengan menghasilkan Kek Buah Terpanjang Di Malaysia




16 September lepas Iday ke Lulu Hypermarket & Department Store sebab Iday dapat tahu pasaraya tersebut mengadakan jualan potongan sehingga 50% dan 30%.

Bila sampai dekat sana, memang ramai orang dan sangat meriah. Rupa-rupanya orang ramai nak menyaksikan kek buah terpanjang di Malaysia. Rekod tersebut sebelum ini di pegang oleh Colmar Tropicale, Berjaya Hills pada tahun 2014. 

Masa Iday datang tu lebih kurang pukul 11 pagi, chef yang terlibat masih dalam proses menyiapkan hiasan buah-buahan segar di atas kek. Iday ada tanya salah seorang cheff dekat sana, mereka sebenarnya dah mula membuat kek tersebut sejak pukul 6 pagi. Wahhh, kagum dengan usaha diorang. 



Sementara tunggu hiasan kek siap, Iday masuk dan membeli-belah di Lulu Hypermarket. Diskaun 50% dan 30% kot, mana boleh lupa. Hehehe

Lulu Hypermarket terletak di Persiaran Capsquare Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur bersebelahan dengan Jakel Mall. Lulu Hypermarket & Department Store adalah yang pertama di Malaysia dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak pada 25 Jun 2016. 



Sebenarnya Iday baru tahu kewujudan Lulu Hypermarket ni, tapi Iday tak sangka memang besar dan pelbagai barangan yang di jual di situ. Elok-elok dah ada list barang nak di beli, terus terbeli barangan lain sebab memang murah dan promosi kaw-kaw. 

Lagi best, barangan yang dijual berbeza dengan pasaraya lain di Malaysia. Contohnya ada satu sudut dalam Lulu Hypermarket menjual pelbagai manisan dari negara Arab. 




Menarik kan? Sekali sekala kita cuba manisan dari sana. Hehe Kemudian ada satu sudut yang menjual pelbagai jenis gula-gula dan kekacang. Memang banyak dan besar sudut "Roastery" tu. 




Pilih-pilih ye. Hehe





Iday paling seronok bila shopping barang basah dekat sini. Cara susunan barang kemas dan senang nak pilih. Kemudian banyak pilihan, tanda harga memang ada dan memudahkan pelanggan yang datang membeli. 







Paling Iday suka dekat sini, ada pelbagai jenis cheese! Serius kalau korang suka cuba pelbagai jenis cheese dari pelbagai jenis negara, patut datang Lulu Hypermarket. Harga pon okay ye. 






Disebelah kaunter cheese, ada kaunter 1000 jenis (over :p) sambal dan jeruk. Sambal belacan pon ada. So, dia jual dalam bekas dan timbang. 


Ini kalau nak masak, then malas nak beli seketul-seketul, kau beli je la yang siap di blend ni. Ada kunyit, garlic, chili paste dan banyak lagi. 





Dekat sini pon ada banyak pilihan sayur-sayuran, ubi, segala jenis atok nenek bawang, buah-buahan segar semua ada. Cempedak pon ada. Serius tempat ni memang syurga suri rumah, para isteri dan ibu-ibu. Haha










Ada satu sudut iaitu "Healthy Choice", dekat sini terjual segala jenis potongan buah segar dan jus serta minuman sihat. 






Salah satu sebab Iday suka membeli-belah dekat Lulu Market ni sebab diorang selalu tunjukkan apa barangan yang ada pada rak. Kiranya ada satu sign besar untuk memudahkan korang cari apa barang yang korang nak. 




Serius Lulu Hypermarket ni besar, dan memang banyak barang. Jangan korang sesat kat dalam ni sudah. Hehe




Mula-mula Iday ingat Lulu Hypermarket ni satu tingkat je, tapi rupa-rupanya diorang ada sampai tingkat 3. Iday saja-saja la naik sampai tingkat 3. Hehehe



Dekat tingkat atas ni kebanyakkan di jual pakaian wanita, lelaki, dan kanak-kanak. Bag dan kasut pon ada dijual dekat sini. 












Kemudian ada satu bahagian dekat Lulu ni nama dia "Celebrate", ini syurga untuk kaum India sebab pelbagai jenis pakaian tradisi India ada dijual dekat sini. Cantik-cantik pulak tu. Nanti nak ajak Usha datang sini. Hehe










Memang banyak la ada di Lulu Hypermarket ni, dari barangan kosmetik, perabot, barangan elektronik hingga ke smartphone laptop semua pon ada. Datang je Lulu Hypermarket, kau dah boleh beli macam-macam. Haha








Bila dah habis berjalan dekat Lulu Hypermarket ni, Iday membeli apa yang patut then Iday tak sabar apa dah jadi pada Kek Buah Terpanjang Di Malaysia. 




Elok sangat masa Iday datang, staff "The Malaysian Book Of Records" tengok nak ukur kepanjangan Kek Buah tersebut. Orang pon dah makin ramai sampai khimat RELA diperlukan. Risau jugak, kan ada yang pergi langgar kek tu. Hehe







Masa ni semua orang menunggu dengan sabar. 

Dan akhirnya, check video bawah untuk pengumuman rasmi dari pihak "The Malaysia Book Of Records".  Memang meriah!




Lulu Hypermarket berjaya memecah rekod dengan kepanjangan 123.3 meter dengan kelebaran 50cm dan ketebalan 15sm. Seramai 8 orang chef yang bertungkus-lumus menyiapkan Kek Buah Segar ini.  







Akhirnya kek tersebut dipotong dan diagihkan kepada orang ramai yang datang membeli belah di Lulu Hypermarket. Mereka juga mengadakan kutipan amal untuk didermakan ke Rumah Cheshire Selagor. 




Tahniah sekali lagi kepada Lulu Group Retail Sdn Bhd kerana berjaya memecah rekod Kek Buah Terpanjang di Malaysia. Program ini memang memeriahkan sambuatan Hari Malaysia serta berjaya meningkatkan imej Lulu Hypermarket di kalangan rakyat Malaysia. 


Tahniah juga kerana berjaya menjadi salah satu pasaraya yang akan Iday datang untuk membeli belah. Motif sangat. Hahaha


Oh, berita baik buat korang, sekarang Lulu Hypermarket tengah adakan promosi diskaun 50% dan 30%. Korang boleh check senarai barang di post di bawah ye. 




Datang ramai-ramai dan nikmati harga murah di Lulu Hypermarket! Info tentang Lulu Hypermarket di bawah :

Lulu Hypermarket & Department Store Sdn Bhd
Lot 159, Persiaran CapSquare, Jalan Munshi Abdullah
Kuala Lumpur 

website : http://www.luluhypermarket.com/MY/all
Instagram : https://www.instagram.com/luluhypermy/
Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketMA


Tags

Post a Comment

1Comments
  1. wahh ni mesti shopping sakan kan.. dapatlah merasa kek tu ye..rezeki.

    ReplyDelete
Post a Comment