Artikel resepi kali ini Iday nak share Resepi Puding Caramel/ Puding Karamel yang senang dan sedap. Resepi ini hanya perlukan 3 bahan utama sahaja
Puding Karamel atau Puding Gula Hangus memang menjadi kegemaran Iday dari dulu. Tapi Iday tak berapa suka dengan puding yang dijual di luar. Ada yang terlalu manis dan juga mahal.
So, Iday buat keputusan untuk belajar sendiri resepi ini dan rupa-rupanya memang tak susah pon. Hehehe
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan Caramel/Gula Hangus
→ 7 sudu makan gula
Bahan Puding
→ 1 tin susu cair
→ 6 biji telur
→ 4 sudu makan gula (korang boleh tambah kalau korang suka manis)

Ada yang letak 1 sudu kecil esen vanila, tapi Iday tak letak. So, terpulang kepada korang.
Cara masakan :
1. Panaskan gula di dalam kuali dengan api sederhana sehingga perang dan cair.

2. Tuangkan air gula hangus tersebut ke dalam loyang yang hendak digunakan.
3. Panaskan air di dalam pemanggang ajaib/pengukus.
4. Masukkan susu cair, gula dan telur di dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
6. Masukkan ke dalam pemanggang ajaib/pengukus. Kukus selama 30 minit
7. Setelah masak, sejukkan di dalam peti ais beberapa minit.
8. Terbalikkan puding perlahan-perlahan di atas pinggan.
9. Siap dan boleh hidang!
Senang kan! Tak susah pon nak buat Puding Karamel/
Selamat mencuba!
Hi..iday mudahnya membuat karemel bahan pun tak banyak.saya subscribe channel awak dan subscribe channel saya juga (^_^).
ReplyDeleteWah...sedap ni...
ReplyDeleteBoleh try...
Husband suka makan ni
oh my, caramel pudding itu nampak sangat cantik dan sedap, akan cuba buat masa lapang. thanks!
ReplyDeleteAmboi dah buat tu pandai-pandai lah hantar sikit kat jiran ni hehehehe sedapnya bila nak ajak datang makan kat rumah jom...
ReplyDeleteSimple jer resepinya yer. Tak pernah buat lagi puding karemel nih.
ReplyDeleteThanks for the recipe. Pudding caramel is my favourite and I will try to make it.
ReplyDeleteLaa, senang je rupanya nak buat puding ni. Ahaha! Tak pernah buat sebab nampak macam susah. Okay boleh dah nak try buat esok. Thanks iday share resipi.😘
ReplyDeleteLa mudah je nak buat dia... Tapi tue la, kerajinan itu tiada hahahah
ReplyDeleteWahhh banyak nya gula dalam resepi puding ni ya
ReplyDeletesusu tu dah gula
telur tu ada karbo sikit
gula perang lagi.
Tapi memang sedaplah
Benda sedap selalu banyak kalori
Hehe. Iday makan berapa orang satu hidangan ni?
Hehehe sebenarnya saya punya ni tak berapa manis sebab yang 7 sudu tu lapisan luar je. Nanti bila kukuss dia jadi cair macam air. puding saya pulak memang okay-okay je rasa, tak terlalu manis. Ni saya makan ramai. Memang tak la nak makan sorang. hahaha. kalau sorang boleh tapi simpan dalam peti ais, 2 3 hari baru habis. hehehe
Deleteq for sharing kak IDay, lepas ni bolehlah try. Barangnya pun senang cari ;)
ReplyDeletesedapnya ^^
ReplyDeleteNampak sangat mudah. Maka Rawlins nak cuba. Sekali MALAS datang. Acaner tu? Hahaha.
ReplyDeleteMeh hantar sket kat saya. TQ
Tak sangka senang je nak buat. Ingatkan susah. Tapi saya tak suka yang dikedai, kuat betul bau telur. Camana nak kurangkan bau telur ya?
ReplyDeletesedap. tak pernah cuba buat sendiri lagi..
ReplyDeleteKalau pakai susu pekat boleh ke?
ReplyDelete