Artikel resepi kali ini Iday nak share Resepi Puding Caramel/ Puding Karamel yang senang dan sedap. Resepi ini hanya perlukan 3 bahan utama sahaja

Puding Karamel atau Puding Gula Hangus memang menjadi kegemaran Iday dari dulu. Tapi Iday tak berapa suka dengan puding yang dijual di luar. Ada yang terlalu manis dan juga mahal.

So, Iday buat keputusan untuk belajar sendiri resepi ini dan rupa-rupanya memang tak susah pon. Hehehe

Bahan-bahan yang diperlukan :


Bahan Caramel/Gula Hangus
→ 7 sudu makan gula

Bahan Puding

→ 1 tin susu cair
→ 6 biji telur
→ 4 sudu makan gula (korang boleh tambah kalau korang suka manis)





Ada yang letak 1 sudu kecil esen vanila, tapi Iday tak letak. So, terpulang kepada korang.



Cara masakan :



1. Panaskan gula di dalam kuali dengan api sederhana sehingga perang dan cair.




2. Tuangkan air gula hangus tersebut ke dalam loyang yang hendak digunakan.

3. Panaskan air di dalam pemanggang ajaib/pengukus.

4. Masukkan susu cair, gula dan telur di dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.

5. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

6. Masukkan ke dalam pemanggang ajaib/pengukus. Kukus selama 30 minit

7. Setelah masak, sejukkan di dalam peti ais beberapa minit.

8. Terbalikkan puding perlahan-perlahan di atas pinggan.

9. Siap dan boleh hidang!


Senang kan! Tak susah pon nak buat Puding Karamel/

Selamat mencuba!