[Drama Review] Red Velvet Episod 3 dan Episod 4

2


Hi Korang! 

Selesai sudah untuk siaran drama Red Velvet minggu pertama ini. Okay tak? Iday sebenarnya tak move on lagi dengan lagu sesungguhnya tu. Best dan memang kena dengan drama ni. Itu untung kalau, ambil penyanyi jadi pelakon drama. Boleh buat 2 dalam 1. Hehehe



So, untuk artikel kali ini, Iday nak buat drama review untuk episod 3 dan episod 4. Kalau korang setuju atau nak komen iday punya review ni, boleh komen di ruangan komen di bawah ye. 

Korang juga boleh tengok drama review untuk episod lain di link bawah ini :


Anyway, kalau nak tengok secara online, korang oleh check link dekat ruangan komen di bawah ye.





Episode 3 Red Velvet - Drama Review

Episod kali ni banyak pasal Helena tolong mak Izzat dekat food truck. Tapi kawan si Izzat, Daniel ni asyik datang sebab nak rapat dengan Helena. 

Cafe Izzat pula selalu didatangani oleh customer yang sama iaitu Sophie. Kalau tengok gaya, memang dah nampak yang Sophie suka dekat Izzat. 


Episod kali ni mendatar je, takde scene-scene yang bagi impak sangat. Mostly pasal hubungan Helena dan family Izzat, Izzat dengan Sophie dan Helena dengan Daniel. 

Ada jugak scene gaduh Helena dan Izzat. Memang diorang ni asyik bergaduh je. Pelik betul. 



Tapi lagi sekali aku nak mention, yang aku tak suka rantai si Izzat tu. Hahaha

Ramai cakap episod kali ini Neelofa macam tak pandai berlakon, tapi Iday tengok okay je. Cuma ada beberapa ekspresi muka dia macam buat-buat. Macam kurang best. 

Rating untuk episod 3 : 6/10


Episode 4 Red Velvet - Drama Review

Episod 3 berakhir dengan kemalangan kereta Daniel, itu la dia main phone sambil drive. Then Daniel call Izzat. Izzat datang and ada scene kelakar dia dengan Helena. 

Scene ni kelakar tapi macam dah nampak Izzat ada feeling dekat Helena. Hehehe



Nostalgia bila Izzat makan ais krim batang milo. Hahaha



Ada jugak scene antara Suhaila dan suami dia, last-last dia baru tahu yang suami dia kena pecat. Kesian pulak. 

Overall scene ni banyak dekat cafe Izzat, bila one of pekerja Izzat berhenti and diorang dapat order yang banyak. Then ada pulak pekerja Izzat yang sakit. So, Izzat perlukan bantuan Helena. Helena tolong tak?



Episod 4 berakhir dengan scene Daniel tanya soalan cinta dekat Helena? Nak taw? kena tengok la. Korang boleh tengok online, Iday akan share link dekat komen di bawah. 

Iday suka dengan lakonan pekerja Izzat, memang kena dengan watak. Helena pon okay dalam episod ni. Cuma outfit Helena, ada yang Iday tak berkenan, macam tak sesuai dengan imej dia. 

Korang setuju dengan review Iday tentang episod kali ni? Boleh share pandangan korang di komen di bawah ye :)


Post a Comment

2Comments
  1. Link Red Velvet Episod 1 : http://beta.lynk.my/mvHFuCzr
    Link Red Velvet Episod 2 : http://beta.lynk.my/3IBY7f
    Link Red Velvet Episod 3 : http://beta.lynk.my/TKetm
    Link Red Velvet Episod 4 : http://beta.lynk.my/lwBY0kk9

    ReplyDelete
  2. Link Red Velvet Episod 5 : http://beta.lynk.my/vyWy2sl

    ReplyDelete
Post a Comment