Hi Korang!
Berita baik untuk mereka yang tinggal di Kajang/Bangi kerana baru-baru ini telah berlaku pelancaran mall terbaru iaitu De Centrum Mall yang terletak di De Centrum City Kajang.
Mall 3 tingkat itu menempatkan lebih 120 lebih kedai dari pelbagai jenis restoran, supermarket, kedai buku, booth membeli-belah pakaian dan banyak lagi.
Pelbagai aktiviti dan acara yang berlaku semasa hari pelancaran De Centrum Mall iaitu :
→ Majlis Menandatangani Perjanjian diantara De Centrum Retail Sdn Bhd & Carlson Hotel Asia Pacific Investments Pte Ltd.
→ Acara pelancaran De Centrum Mall dan memotong reben
→ Pertunjukan Dinosaur
→ Acara pelancaran dan memotong reben SPP Bookstore
→ Tarian singa
Majlis Menandatangani Perjanjian diantara De Centrum Retail Sdn Bhd & Carlson Hotel Asia Pacific Investments Pte Ltd
Majlis perjanjian yang dihadiri oleh Mr Andrew Flaig iaitu Timbalan Presiden Calson Hotel, Inc (Asia) dan En Marc Kramer , Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan mewakili Carlson Hotel, Inc ini dilakukan bagi pembinaan Park Inn By Radisson Hotel iaitu hotel bertaraf 3 bintang di De Centrum City Kajang.
Pembinaan ini akan bermula pada 2018 dan dijangka siap pada tahun 2020. Pembinaan ini dijangka menelan belanja sebanyak RM30 juta.
Hotel ini sebenarnya pengubahsuaian hostel/asrama 9 tingkat yang diduduki oleh bekas pelajar IUCKL. Tempat ini memang sangat stategik lagi-lagi jangkaan penambahan kapasiti penduduk sekitar sebanyak 36, 000 di De Centrum Kajang selain lokasi yang berdekatan dengan Putrajaya dan lapangan kapal terbang.
Selain dari perancangan hotel ini, ada lagi projek dalam perancangan Protasco Group iaitu :
- De Centrum Unipark Condominium (Kajang)
- Sentrio Business Centre 2(Pasir Gudang Johor)
- D' Perdana Condominium (Kelantan)
Acara Pelancaran De Centrum Mall dan Memotong Reben
Majlis kemudiannya di sambung dengan acara pelancaran De Centrum Mall dan memotong reben di hadapan pintu masuk De Centrum Mall. Majlis dimeriahkan dengan tarian singa.
Selebriti terkenal, Elfira Loy juga turut hadir ketika majlis pelancaran. Acara pelancaran berjalan dengan lancar dan mendapat perhatian ramai pengunjung.
Acara Pelancaran dan Memotong Reben SPP Bookstore
Kalau korang nak tahu, dekat De Centrum Mall ni ada satu level kedai buku yang besar iaitu SPP Bookstore. SPP Bookstore menjual pelbagai jenis buku dan alat tulis dengan harga berpatutan.
Ini kali pertama Iday tengok kedai buku yang besar. Memang sesuai untuk pelajar datang dan mencari buku rujukan. Semuanya ada di De Centrum Mall.
Pertunjukan Dinosaur
Bagi menarik minat pengunjung khususnya ibu bapa ke hari pelancaran De Centrum Mall, satu pertunjukan dinosaur telah diadakan di tingkat bawah De Centrum Mall.
Sebenarnya Iday pon tertarik dengan pertunjukan Dinosaur sebab ini kali pertama Iday tengok replika dinosaur besar bergerak. Memang best. Iday harap diorang akan adakan lagi pertujukan Dinos ni. Hehe
Korang boleh tengok video pertunjukan di bawah :
Untuk info lanjut tentang projek-projek De Centrum ini, korang boleh check pautan di bawah :
Kalau korang nak check promosi atau diskaun di De Centrum Mall, korang juga boleh check link di atas. Yang pasti, Iday nak datang lagi ke De Centrum Malla sebab nak shopping buku di SPP Bookstore. Hehe
Wahhh...menarik..boleh lah singgah ni
ReplyDeleteQiss pergi jugak masa pelancaran hari tu sebab terpilih sebagai 1000 orang bertuah dapat gift sempena pembukaan. Bagusnya mall ni sebab dekat dengan penduduk sekitar. Dah nampak bayang-bayang pizza kat situ.haha
ReplyDeletewah... bestnya elfira pun ada... apapun macam best je mall ni, macam-macam ada
ReplyDeleteDe Centrum Mall tepi jalan selalu nampak bilaotw nak balik bangi. Oo ada ada kedai buku dan MR DIY boleh la nanti singgah.
ReplyDeletewah, mcm mcm ada rupanya..selalu lalu dpn ni. tp tak tahu pun dalamnya ada macam-macam
ReplyDeleteBanyak shopping mall telah dibuka. Lepas ni tidak perlu dah nak pergi membeli belah jauh-jauh dah kan. Hehehe
ReplyDeleteBertambah-tambah mall yang ada sekarang ni. Kalau rajin mmg boleh ronda rondi cuci mata.
ReplyDeleteBest gila tempat dinasour tu. Boleh tahan besar dia. Kalau aku bawak anak aku ni, mesti dia meraung menangis hahahaha
ReplyDeleteWaaah besar bener ni mall nya. Apalagi kalo ada diskon ya, pasti ramai sangat disana hhe
ReplyDeleteWow makin sesak kat Kajang ni makin maju bandar tu besar juga tengok mall baru ni lagi pun kat sana nak pergi senang naik MRT..
ReplyDeleteDekat dengan rumah jer ni. Pernah pergi masa awal-awal bukak dulu. Boleh lah pergi lagi ni sebab banyak kedai dah bukak ☺
ReplyDeletewow semakin banyak shopping mall dekat selangor! but good for Kajang ppl!
ReplyDelete4D3N Star Cruise 2017
Banyak betul shopping mall sekarang ni. Rakyat Malaysia memang suka shopping kot. Saya sendiri pun tak pernah pergi shopping mall yang baru buka setahun dua ni. Hehe. Btw, okla untk memudahkan orang Kajang n Bangi. Sebab kat sana sebelum ni ada mall kecik je tak silap sy.
ReplyDeleteAkak suka masuk mall besor sebab nak amik aircond aja haha.. sambil cuci2 mata.. besttt
ReplyDeletePerasmian meriah juga De Centrum Mall ni. Banyak mall menarik kt area Kl/Selangor ni.
ReplyDeleteWah shopping mall baru. Semoga semasa pembukaan byk sale. Boleh ika singgah heheh.
ReplyDeleteMenarik ini, nanti kena singgah ;)
ReplyDeletehi, can i take some of the photos to put in my ads?
ReplyDelete