Drama-Drama Korea Wajib Tonton : Oktober 2017

6


Hi Korang!


Artikel kali ini Iday nak share tentang drama-drama korea best sepanjang bulan Oktober. Kiranya drama yang baru ditayangkan di bulan Oktober. 


Sebagai pengenalan kepada mereka yang baru masuk ke blog Iday ni, Iday seorang kaki drama korea. Iday memang tengok semua jenis genre drama korea, tak kisah la siapa hero atau heroin. So, Iday memang selalu update dengan drama-drama korea baru. Hehehe


Untuk bulan Oktober ni, banyak drama-drama Korea yang best-best. Kalau korang peminat drama Korea, boleh check senarai di bawah ye :) 





While You Were Sleeping

Drama ni sebenarnya ditayangkan pada 27 September 2017, tapi Iday tetap masuk dalam senarai drama-drama korea best bulan Oktober.




Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita (Bae Suzy) yang boleh melihat masa depan di dalam mimpinya. Kadang-kadang beliau boleh melihat kemalangan. Seorang peguam (Lee Jong-Suk) juga mengalami mimpi yang sama, berusaha untuk mengelakkan kemalangan tersebut berlaku. 




Bagi Iday, cerita ini best sebab kita tak akan dapat predict jalan cerita. Episod pertama pon dah mind-blowing gila. Kalau korang pernah tengok W lakonan Lee Jong-Suk sebelum ni, mesti korang akan suka drama ni.




Drama ini ditayangkan di Korea setiap hari Rabu dan Khamis. Kalau dekat Malaysia ni, korang boleh tengok online hari Khamis dan Jumaat. Korang boleh check link di bawah untuk tengok online : While You Were Sleeping 



20th Century Boy and Girl




Apa yang Iday suka tentang drama ini adalah, watak utama lelaki drama ini iaitu Kim Ji-Suk. Kalau korang nak tahu, Kim Ji-Suk ni selalu pegang watak sampingan and finally dia dapat pegang watak utama. Iday memang suka lakonan dia. 


Paling best dia dapat bergading dengan pelakon cantik Korea iaitu Han Ye-Seul. Suka semua drama lakonan Han Ye-Seul. 



Drama romatik komedi ini mengisahkan tentang hubungan antara 3 orang wanita yang lahir pada tahun 1983. Antara 3 orang wanita tu adalah Han Ye-Seul. Lelaki yang pernah mereka suka semasa remaja datang hidup diorang. Drama ni basically tentang hubungan cinta, hubungan antara kawan dan kekeluargaan. Memang best. 

Ulasan Iday tentang drama ni selepas tengok 4 episod, Iday suka! Serius best! Han Ye-Seul dalam drama ni kira selebriti popular yang dah lama dengan industri hiburan Korea. Dalam drama ni memang nampak watak Han Ye-Seul ni bijak selesaikan masalah. Kawan-kawan yang banyak tolong dan family yang memahami. Memang best. Hehe


Tapi awal-awal Iday cakap, drama ni 32 episod. Mula ditayangkan pada 9 Oktober. Ditayangkan di Korea pada hari Isnin dan Selasa ( 35 minit/2 episode sehari). Kalau dekat Malaysia, korang boleh tengok hari Selasa dan Rabu. Korang boleh check link di bawah untuk tengok online : 20th Century Boy and Girl







Because This Is My First Life 

Drama ini mengisahkan tentang Nam Se-Hee (Lee Min-Ki) seorang lelaki bujang pada usia 30-an yang memilih untuk tidak akan berkahwin sampai bila-bila. Dia memiliki sebuah rumah tetapi berhutang banyak kerana membuat pinjaman rumah dengan bank. 




Yoon Ji-Ho (Jung So-Min) seorang wanita bujang pada usia 30-an dan putus asa untuk bercinta kerana masalah kewangan yang menimpanya. Dalam satu situasi yang merumitkan, mereka telah menjadi rakan satu rumah. 

Ulasan Iday tentang drama ni setakat ini, cerita santai dan boleh layan. Tapi Iday suka dengan watak lelaki utama dalam drama ni. Seorang yang pelik tapi hensem. Haha


Watak utama drama ini pernah jadi pelakon utama Playfull Kiss.

Drama ini ditayangkan pada hari Isnin dan Selasa waktu Korea. Korang boleh tengok secara online di link bawah : Because This Is My First Life


Black 


Satu lagi drama fantasi iaitu mengisahkan tentang seorang lelaki yang dirasuk oleh Grim Reaper. Ha-Ram pula boleh melihat bayangan kematian. Kedua-dua orang ini berusaha menyelamatkan orang walaupon bercanggah dengan hukum alam. 



Ini drama ke-2 Iday tengok dekat channel OCN selepas "Save Me". Save Me memang terbaik so Iday cuba untuk tengok drama ni. Iday suka dengan genre drama ni iaitu fantasi, romantik dan thriller. 




Best sebab watak utama wanita drama ni boleh tengok bayangan hitam kematian tu. So, dia kena pakai spek mata hitam. Tapi memang seram bila part yang dia nampak semua bayangan hitam tu, sebab memang muka hantu.  




Drama ini ditayangkan pada hari sabtu dan ahad waktu Korea. Korang boleh tengok secara online di link bawah : Black




Go Back Couple

Antara drama kegemaran Iday untuk bulan Oktober ni. Ini pon genre fantasi. Drama ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Choi Ban-Do (Son Ho-Jun) dan Ma Jin-Joo (Jang Na-Ra) yang masing-masing berusia 38 tahun. Mereka mempunyai seorang anak. 

Kehidupan mereka berubah selepas kahwin walaupon mereka saling mencintai ketika sebelum kahwin. Keadaan menjadi teruk apabila mereka bercerai. 



Namun, pada satu hari, mereka bangun dan menyedari yang mereka telah kembali ke zaman 20-an. 

Cerita ni kelakar tapi ada satu part sedih sampai Iday nangis okay. Mak Ma Jin-Joo dah meninggal, so bila dia balik ke zaman 20-an, dia macam berkepit dengan mak dia sampai mak dia rasa pelik. Comel tapi sedih. 


Drama 16 episod ini ditayangkan pada hari jumaat dan sabtu. Korang boleh tengok secara online di link bawah : Go Back Couple



The Package



Satu sebab utama Iday nak tengok drama ini adalah watak utama dipegang oleh Jung Yong-Hwa. Dah lama tak tengok dia berlakon. 



Drama 12 episode ini mengisahkan tentang Yoon So-So (Lee Yeon-Hee) seorang wanita yang berkerja sebaga tour guide di Paris. Kemudian dia ditugaskan untuk menjadi travel guide untuk beberapa traveller yang membeli pakej dari syarikatnya. 




Seramai 7 orang traveller dan masing-masing mempunyai kisah tersendiri. San Ma-Roo (Jung Yong-Hwa) datang ke Paris selepas ditinggalkan oleh teman wanitanya. 

So, nanti ada story la sepanjang lawatan Paris. Iday dah tengok sampai episod 2 tapi belum dapat agak jalan cerita macam mana. 

Drama ni ditayangkan pada hari Jumaat dan Sabtu. Korang boleh tengok online di link bawah : The Package


Drama-drama lain yang best dan korang boleh tengok di senarai bawah :


















So, yang mana drama kegemaran korang?

Post a Comment

6Comments
  1. Nak tengok mad dog dengan black.. namapak ohsem sangat..

    ReplyDelete
  2. While you were sleeping favourite saya! Waa banyak lagi daram korea yang menarik. Mesti tonton ni :)

    ReplyDelete
  3. omg. semuanya best best ni. tak smpt lg nk layan drama2 bru ni. bru layan while u were sleeping je

    ReplyDelete
  4. Masuk juga dalam list! While you were sleeping tu memang power! :D

    ReplyDelete
  5. Alaaa... Macam best jer semua cerita-cerita korea ni. Dah lama tak layan drama korea ni. Nanti kalau dah layan jebak terus. Payah ☺☺

    ReplyDelete
  6. Antara list tu Mrs. A tak pernah missed lagi While You were sleeping sebab ada Lee Jong Suk ngeh! ngeh! ngeh! macam W last time layan banyak kali pun tak jemu-jemu.

    Black pun Mrs. A follow juga.

    ReplyDelete
Post a Comment