Tips Dan Cara Masak Telur Separuh Masak Dengan Sempurna

1

Hi Korang!

Hari ini Iday nak share Tips Dan Cara Memasak Telur Separuh Masak Dengan Betul. Sebenarnya Iday dapat tips ni dari Insta Stories Hanis Zalikha, Iday suka follow IG Keknis sebab dia selalu share resepi dan tips. 




Iday cuba sendiri tips dari Hanis Zalikha dan sebenarnya ini kali pertama Iday masak telur separuh masak. Tak sangka berjaya dengan sempurna. Sebelum ni kalau masak, mesti jadi masak penuh atau masak sikit. Belum ada yang betul2 separuh masak. 

So, ini step yang Hanis Zalikha ajar dari Insta Stories dan korang juga boleh check video di bawah :)


1. Telur mesti dalam keadaan room temperature. Kalau simpan telur dalam peti ais, make sure letak luar dulu untuk beberapa seketika

2. Gunakan periuk biasa dan masak sehingga air mendidih

3. Kemudian tutup api. Kalau korang tak tutup api, nanti telur akan jadi telur rebus (masak sepenuhnya)

4. Bila dah tutup api, boleh masukkan telur.

5. Set timer selama 7 minit. Rendam telur di dalam air panas tersebut selama 7 minit. 

nota : Kalau korang lagi suka cair, korang boleh rendam selama 4 minit. Iday macam Keknis, lagi suka berketul-ketul and masak sikit, so rendam selama 7 minit.





6. Selepas 7 minit, korang dah boleh pecahkan telur di dalam mangkuk. 

7. Letakkan kicap dan lada putih (atau ikut citarasa korang)

Siap pon! Senang kan! 

Kalau tahu cara, memang senang rupanya nak masak telur separuh masak ni. Terima kasih Keknis share tips. Lepas ni senang la nak buat breakfast untuk suami. Hehehe Asyik nasi goreng je. HAHA

Korang juga boleh check video di bawah :




Senang je kan! Korang boleh la follow Instagram Hanis Zalikha lepas ni. Hehehe


Selamat mencuba :)

Tags

Post a Comment

1Comments
Post a Comment