Kali Pertama Tengok Pertunjukan Memasak | Pasific West Cook Show with Celebrity Chefs

0


Hi Korang!

Kalau korang perasan la, blog Iday ni sebenarnya banyak terkumpul pelbagai jenis resepi. Ada lebih dari 30 resepi, emm macam tak banyak je. Hahaha Tapi point iday ialah, Iday memang suka masak, suka cuba pelbagai jenis resepi dari pelbagai jenis bahan. 

Bila kawan blogger iday iaitu Ayue Idris, ajak tengok pertunjukan memasak oleh selebriti chef di SACC Centre di Shah Alam, Iday memang terus setuju. Lagi-lagi bila pertunjukan memasak tersebut di anjurkan oleh Pasific West dan Tefal. Iday memang menggunakan produk dari kedua-dua jenama ini. 



Alang-alang tu, Iday sempat membeli produk Pasific West dan Tefal. Hehehe



Pertunjukan memasak oleh selebriti chef ini akan menunjukkan cara memasak pelbagai produk dari Pasific West menggunakan produk Tefal. Selama ni kita ingat cuma goreng produk Pasific West dan makan. Tapi tak pernah terfikir yang kita boleh masak pelbagai hidangan menggunakan produk Pasific West, yang penting cepat, senang dan sedap. 

Ada 3 chef yang membuat pertunjukan masakan iaitu Chef Leong, Chef Dr Ezani dan Chef Bryan. Memang seronok pelbagai resepi dari chef-chef berpengalaman ini. 



Chef Leong mempersembahkan cara memasak 3 resepi iaitu Trio Canapé Cheezy Fish Fillets, Cheezy Fish Wholemeal Sandwich dan Cheezy Fish, Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower. 


 Trio Canapé Cheezy Fish Fillets

Cheezy Fish Wholemeal Sandwich 


Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower

Menu-menu amat sesuai dengan kanak-kanak dan sesuai dimakan ketika breakfast atau minum petang. 

Chef kedua adalah Juara Masterchef Malaysia Musim Pertama iaitu Chef Dr Ezani. Iday memang follow dari dulu chef Ezani, dah la cantik, bijak dan pandai masak. Hehehe



Chef Dr Ezani mempersembahan  cara memasak 2 jenis resepi iaitu Salt & Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce dan Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillets. Resepi ini lebih kepada tekak orang Melayu. 




Paling best, masa Chef Dr Ezani perform cara masak, 1 dewan berbau masakan sedap. Memang mengiurkan betul Hehe 

Iday memang nak cuba kedua-dua resepi tersebut especially Salted Egg Yolk Black Pepper tu. Selama ni buat dengan ayam dan udang, kali ini Iday nak cuba dengan Tempura Fish Fillets pula. Hehehe

Chef yang terakhir adalah Chef Bryan, sejujurnya ini kali pertama Iday tahu tentang Chef Bryan. Rupanya Chef Bryan adalah chef untuk Yum Yum Publications. 



Chef Bryan menunjukkan 2 resepi iaitu Crispy Calamari with Pickles dan Tempura Fish Fillets and Mixed Vege Spring Rolls. 



Resepi yang diajar bagi Iday sangat menarik terutama boleh makan bersama pickles atau jeruk sayur. Boleh makan sebagai makanan santai-santai. Hehe



Memang seronok bila belajar memasak seperti ini, kita boleh tahu cara memasak dengan betul, tips masakan dan banyak lagi. Paling best, chef yang mengajar adalah chef yang berpengalaman. 

Lepas je habis cookshow, Iday terus shopping produk Pasific West dan Tefal. Bila lagi nak ada promosi seperti ini kan. Hehehe








Kalau korang nak tahu, produk Pasific West mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM dan memenuhi piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa dengan pengesahan BRC, IFS, HACCP dan YUM. 

Kalau korang berminat nak dapatkan produk Pasific West, ada dijual di semua kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Grocer Village dan banyak lagi. 

Berita baik untuk mereka yang suka join contest dan dalam masa yang sama sukakan produk Pasific West, korang boleh join contest yang dianjurkan oleh Pasific West dan Holiday Tours & Travel Sdn Bhd. Contest ini bermula dari 15 Novermber 2017 hingga 15 Januari 2018 dan hadiah utama adalah berpeluang melancong ke Australia Barat, Perth (4D3N) atau Bali (4D3N). Hanya perlu beli sekurang-kurangnya satu (1) produk Pacific West.




Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan contest ini, sila hubungi Pacific Careline di 1800 888 389 atau log masuk ke laman web rasmi www.pacificwestfoods.com dan laman Facebook www.fb.com/PacificWest.my





Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)