Header Ads

Resepi Ayam Goreng Korea Yang Mudah Dan Sedap



Ayam goreng korea ni memang popular dekat Malaysia. Memang banyak restoran dekat Malaysia berkonsepkan Ayam Goreng Korea yang pedas dan sedap. Salah satu restoran yang Iday selalu pergi adalah restoran Kyochon. Iday ada share pengalaman Iday makan dekat sana dalam blog Iday

Artikel berkaitan : Food Review : KyoChon Malaysia

Kali ini, Iday nak kongsikan resepi Ayam Goreng Korea yang memang mudah dan sedap. Masa buat kali pertama, Islam (suami) cuba makan dan terus suka siap request banyak kali. Ayam Goreng Korea ni sedap dimakan dengan nasi, ramen atau makan macam tu je. Hehe

Bahan-bahan yang diperlukan

• minyak masak secukupnya

Bahan untuk ayam goreng :

• 8 ketul ayam (bahagian wing dan drummets)
• 1 biji telur
• 1 sudu kecil lada hitam
• 1/2 cawan tepung jagung
• garam secukup rasa

Bahan untuk sos pedas :

• 3 ulas bawang putih
• 3 biji cili merah
• 3 sudu serbuk lada
• 4 sudu besar sos cili
• 3 sudu besar madu
• 1 sudu kecil lada putih
• sedikit perahan limau
• sedikit bijan
• garam secukup rasa


Cara-cara membuat Ayam Goreng Korea

Cara sangat mudah, boleh rujuk video atau resepi bertulis di bawah :



1. Gaul ayam bersama lada hitam atau lada putih, telur, sedikit garam dan tepung jagung.

2. Goreng sehingga masak keperangan

3. Asingkan ayam goreng tersebut dan mula tumis sos pedas

4. Tumis bawang putih dan cili api sehingga wangi

5. Masukkan serbuk lada dan kacau sebati

6. Masukkan sos cili dan madu. Gaul rata

7. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa

8. Boleh masukkan perahan limau kalau suka

9. Masukkan ayam dan gaul rata biar sos melekat pada ayam goreng


10. Masukkan bijan

Siap!

Nak lagi pedas, boleh tambah serbuk lada atau cili api. Senang je kan? Setakat ni, Iday dah cuba banyak kali resepi ni dan memang sedap. Yang penting lagi murah dari dekat restoran.

Kalau korang suka cheese, boleh letak cheese dan bakar ayam dalam microwave. Iday pon ada pernah buat sebelum ni.



 Sedap kan?

Selamat mencuba!





Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


3 comments

Anonymous said...

Nampak senang. Nanti nak try

Syafiera Yamin said...

Oh kena letak telur eh gaul.. hahaha haritu tak letak telur tu jadi pelik je hahaha thanks for sharing

I am LZ said...

Tak pernah makan ayam goreng asli versi Korea tapi boleh cuba resepi ni..
Nampak pun sedap..