New Video On Youtube.com/Sayaiday

Beli Meja Kerja Baru Simple Dan Cantik Dengan Harga Berpatutan


Hi Korang,

Ini artikel kedua untuk tahun 2018, artikel kali ini Iday nak kongsikan 2 benda yang Iday baru beli guna duit yang Iday dapat sebagai blogger dan video creator dekat Youtube. Alhamdulillah sangat sebab ini yang Iday nak dari dulu. 

Sebelum ini Iday pernah guna Macbook Pro, tapi dah selamat kena siram dengan air masak. Memang sedih la sebab Iday guna Macbook tu untuk kerja blog semua. Then rosak macam tu je. 



So, untuk permulaan tahun 2018 ni Iday nekad nak pakai iMac. Salah satu sebab adalah Iday nak aktif buat video. Awal tahun lepas Iday beli kamera Sony A6000. Memang cantik video dan gambar. So, tahun ini boleh la iday edit video guna imac, siap install Final Cut Pro. Hehehe



Selain dari iMac, Iday beli meja kerja baru. Iday banyak buat survey dekat Mudah. Islam la terer kalau nak check barang dari Mudah. Biasanya kitorang akan check kedai yang berdekatan dengan area rumah kitorang sebab nak terus pergi kedai. Tunggu online ni macam malas sikit, lagi-lagi barang furniture ni. Hehe

Awal-awal, Iday nak beli meja kerja L-shape sebab lagi luas. 



Tapi bila sampai kedai, tuan kedai bagi tengok meja-meja yang ada di website dia and terus berminat dengan meja dengan rak 4 tingkat. Sebab dah boleh bayang nak letak buku-buku kerja, alat tulis dan banyak lagi. Hehehe



Design dia simple je tapi cantik. Iday memang terus cakap dekat Islam yang Iday nak yang ini. Hehehe 




Ini gambar penuh meja kerja Iday. Memang nampak kosong lagi sebab Iday tak letak banyak barang. Ini pon lokasi sementara sebab Iday ingat nak letak tepi tingkap. Hehehe




Ini rak 4 tingkat tu. Sebenarnya lagi sesui kalau korang letak tepi dinding. Kalau susunan macam ni, nampak open sangat rak tu. Hehe

Komen Iday tentang meja ni, memang luas. Iday pulak banyak buku-buku nota, memang letak je atas meja tu. Then meja ni memang agak kukuh. Takde rasa goyang ke. Nak pasang pon senang. Memang akan ada kertas, bagi step cara nak pasang. 




Memang 100% puas hati dengan meja kerja ni. Semangat betul nak buat kerja dapat meja macam ni. Hehehe



Kerusi pon Iday tak beli lagi. Sekarang pon tengah survey-survey kerusi yang sesuai di website Mudah atau Lazada. 


So, kitorang terus bayar cash dan beli meja tu. Hehehe

Tapi kalau korang betul-betul berminat, dekat Lazada pon ada. Iday ada letakkan gambar dan link untuk korang pilih di bawah. Cuma design yang hitam ni, Iday tak jumpa. And harga dekat Lazada lagi murah sebenarnya. Hahaha 


Contohnya meja Iday sebiji sama dengan yang no 3 diatas dan iday beli dengan harga RM219 dekat Mudah. So, harga dekat Lazada tu memang lagi murah, RM145 kot. Mana tahu ada voucher, boleh guna. Hehehe

InsyaAllah nanti Iday akan check kerusi dekat Lazada dan Shopee. Harap dapat yang murah. Hehehe

Tapi kalau korang berminat dengan meja Iday tu, boleh komen di bawah. Kalau ramai request, Iday akan share link. Hehehe

Update : Disebabkan ramai orang request link walaupon harga website ni mahal sikit, Iday letak link website di bawah :




Alamat Kedai :

Tralas Enterprise (002483013-V) 
Lot 3-108 (Wuber), 3rd Floor Endah Parade 
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur Malaysia 
Tel : 0123658316 (whatsapp) 
Email : mywuber@gmail.com



So, antara meja-meja di atas, design mana paling korang suka? Hehehe


Terima kasih singgah baca "Beli Meja Kerja Baru Simple Dan Cantik Dengan Harga Berpatutan" . Kalau suka artikel ni, boleh share :)


18 comments:

  1. Cantik juga meja kerja tuh.. LeYa pun belum ade kesempatan lagi nak adakan workstation. Emm...harga kat lazada tuh murah2.. Boleh juga nak beli ni.. Hehe... design no 3 tuh leya suka..

    ReplyDelete
  2. Cantik dan kemas design meja tu, boleh share link beli di mana, saya ingat nak cari L-shape sebab nak letak dekat corner yang ada tingkap. Kedai tu ada jual tak? Thanks and keep up the good write up.

    ReplyDelete
  3. suka yang warna putih tu..macam cantik je iday..

    ReplyDelete
  4. cantiknya! suka design nombor 3 tu..lebih kurang macam iday punya meja kan :)
    pstt..share link jangan lupa

    ReplyDelete
  5. femes meja ni. banyak kali tgk kat lazada

    ReplyDelete
  6. nampak lebih kemas! Buat meja makeup pun mesti nice ni..

    ReplyDelete
  7. Suka la tengok meja tu, harga iMac berapa cam best je

    ReplyDelete
  8. Harga imac berapa? Nk kumpul duit ni beli kt mna? Meja cantik

    ReplyDelete
  9. Cantiklah. Ada rak ni lagi best kan, boleh letak macam-macam. Boleh juga dijadikan mini library...

    ReplyDelete
  10. Saya pun tgh nak cari meja kerja..senang nak buat kerja kerja blogging nant

    ReplyDelete
  11. Cantikk.. Boleh lah masuk list meja2 ni.....

    ReplyDelete
  12. Byk kali dh tgk meja 4tgkat tu..bole buat utk meja bar kat dapur gak..masih mencari meja tuk workspace...

    ReplyDelete
  13. WOW...Cantiknya meja tu. Kalau my sister nampak confirm dia pun nak beli.

    ReplyDelete
  14. Nmpak kemas bila ada meja kerja sendiri kan? Sally ni meniarap je haaa..kahkahkah.. Kipidap Iday!

    ReplyDelete
  15. Nampak teratur bila ada meja yang sekali ngan rak. Plus senang nak capai barang dari rak tu..

    ReplyDelete
  16. Oo nampak dah keseluruha meja.. idea bgus la de rak tepi tu

    ReplyDelete