New Video On Youtube.com/Sayaiday

Apa Kesan Ubat Tahan Sakit (Period Pain Pil) Pada Rahim?


Hi Korang!



Korang ada masalah senggugut (period pain) tak? Iday memang ada masalah ni dah lama and alhamdulillah sekarang tak seteruk dulu. 

Kalau dulu, setiap kali datang period je, Iday akan tahan dan tak makan ubat sebab ada la kawan-kawan yang cakap kalau makan ubat, nanti ada effect dekat rahim. So, memang sanggup la menahan sampai meraung sebab sakit. 




Padahal emak selalu hulurkan panodol or ubat tahan sakit, kita ni tetap taknak makan sebab percaya sangat dengan kata-kata orang. Since risau la, kalau selalu makan nanti effect dekat rahim, susah nak mengandung. 




Bila dah kahwin dan kerja, sakit senggugut ni sedikit menganggu kehidupan seharian Iday sampai wajib cuti satu hari sebulan di sebabkan period pain. Then, ada la one time Iday makan juga ubat sebab memang tak tahan sangat dah. 


Pernah tanya doktor dekat klinik

Bila Iday google and ada artikel yang mention, ubat takde effect dekat rahim. Tapi macam biasa la, masih rasa was-was. Pernah sekali Iday tanya doktor dekat klinik tentang isu ni. 


Iday : Doktor, kalau selalu makan ubat ni, akan ada kesan pada rahim ke?


Doktor : Siapa yang cakap macam tu? *nada dia tegas time ni


Iday : Ada kawan yang cakap.....


Doktor : Dia doktor ke? Pandai-pandai je cakap macam tu


Eh, emo pulak doktor ni. Masa tu Iday macam, lantak kau la. Aku taknak makan ubat kau. So, masih lagi was-was nak makan ubat tahan sakit. Ada la makan tapi tak selalu. Bila dah teruk sangat sampai nak fikir nak potong perut tu, baru makan. 




Serius tak tipu HAHAHA

Sesi soal jawab dengan Dr Sado Helok

Baru-baru ini pula segmen Buruk Cantik dalam Thinker Studio, dalam segmen tersebut Syafa dan Adriana ada buat sesi soal jawab dengan Dr Shazril Shaharuddin. 



Helok betul Doktor ni, tapi dah kahwin ye. Hehehe




Salah satu soalan adalah : Adakah ubat tahan sakid ada side-effect kepada rahim dan ini adalah jawapan Dr Shazril Shaharuddin.



So, lepas ni memang dah takde was-was. Kalau betul-betul sakit, Iday akan makan ubat tahan sakit. Tapi ada cara untuk korang elakkan dari mendapat period pain ni. Kena minum air masak 2-3 liter sehari. Iday dah amalkan minum air masak ni, and Alhamdulillah dah kurang rasa sakit. Hehehe

Tapi jangan time period baru korang nak minum air masak. Korang kena amalkan setiap hari. Hehehe

Okay, itu je perkongsian Iday untuk kali ini. InsyaAllah nanti Iday akan share lagi info-info seperti ini di blog Iday. Hehehe

Oh, kalau korang ada tips macam mana nak kurangkan rasa sakit senggugut, boleh komen di bawah ye! Hehehe

Bye!

13 comments:

  1. Alhamdulillah stkt ni kita senggugut tak teruk... Dtg senggugut pon kadang2 . Takde tahap sakit guling2.. Dan tk pernah amik period pain ni sbb panadol pon jrg amik..apatah lg pil period pain..huhu

    ReplyDelete
  2. Betullah, memang kawan-kawan duku cakap, jangan makan ubat tu. Tak elok. Kita yang tak tahu ni pun ikutlah kan.

    ReplyDelete
  3. Zaza jrg kena sakit time period.. Tp klu dh dtg tu mmg sakit sgt kena mkn gak la ubt tahan sakit..

    ReplyDelete
  4. Saya Kalau period jarang sakit cuma tak s3lesa dan mesti nak gi tandas buang Air besar

    ReplyDelete
  5. samela kita sis..klu period terpaksa cuti sehari,,panadol pink tu mmg wajib ade dlm peti

    ReplyDelete
  6. Nak kena dr yang sado cakap baru nak percaya ye Iday..hahahahh

    ReplyDelete
  7. Pernah makan sekali ubat senggugut ni , sekali dapat tahucdgn mak ccl dimarahnya .. katanya ubt ni akan effect pda rahim

    ReplyDelete
  8. Nad pun tahan sakit je bila senggugut. Lepas tu bubuh minyak mustajab panas then tidur

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kongsi info ni sebab akak ni pun jenis tak tahan sakit tapi takut nak makan ubat. So, boleh ambil ubat tapi kena amalkan air masak yg mencukupi.

    ReplyDelete
  10. hehehe
    sama lah
    saya pun tengok buruk cantik yang ada doktor nih
    sesi bual bicara yang santai tapi ilmiah

    ReplyDelete
  11. laa.. TB pun macam tu gak.. x nak biasakan makan panadol kalau time period. tapi tak tahu lah sekarang ni kalau period je mesti kena gak telan panadol.. sebab dia tangkap kepala woo. sakit kepala sampai takleh tido.. huhuu akhirnya surrender.. telan panadol..

    ooo.. minum air masak byk tiap2 hari.. bkn time period je minum byk ek.. hahaha. TB ingat macam tu gak

    ReplyDelete
  12. Dila pun kalau dtg period pain tak berani juga nak makan ubat rela lah terguling-guling... tapi tu masa zamanremaja lah dah besar ni malas nak layan masalah period pain apa yang dila buat amalkan minum air masak lebih memang ok

    ReplyDelete
  13. Sy pun x biasa amal kn mkn ubt tahan sakit ni.tuam air suam je kat perut

    ReplyDelete