Hi Korang!
Siapa pernah pergi beli bunga dekat Sungai Buloh?
Ingat macam tempat kedai bunga biasa je tapi sebenarnya luas besar betul. Dia ada satu tempat tu, dalam kawasan tu ada lebih 10 kedai. Then korang macam window shopping la, tengok-tengok bunga di setiap kedai. Hahaha
First time datang Sungai Buloh untuk bawa mak cari pokok bunga. Hahaha
Atau korang nak cuba beli online melalu Shopee, boleh check link di bawah : Beli Pokok Hidup Secara Online Di Shopee
Nak jadikan cerita, Iday sebenarnya buat suprise dekat mak. Dari awal dia datang KL (mak stay di Terengganu), dia ada sebut la tentang nak cari kedai bunga.
Tapi Iday saja nak main-mainkan perasaan mak (hahaha) dan buat tak endah je permintaan dia.
"Ala, tak tahu la kedai bunga dekat KL ni"
Mak macam biasa la, pretend yang dia okay. Padahal merajuk dalam hati yang anak-anak taknak bawak gi cari pokok bunga.
Then esoknya, masa nak keluar pergi makan dekat luar. Cakap dekat mak, nak jumpa kawan Islam dekat Sungai Buloh. Hahahaha
Tengok je la video bawah ni, macam mana seronoknya dia :
So, kalau korang nak cari pokok bunga or apa-apa jenis tanaman sekalipon. Datang la sini, confirm puas hati. Haha
Iday hari tu waze "Leong Nursery". Tapi bila korang dah sampai Sungai Buloh, memang banyak gila kedai-kedai bunga. Hehehe
Bawa la isteri atau mak datang sini. Diorang mesti suka. Hehehe
Next time pon Iday nak datang sini kalau nak cari pokok bunga untuk rumah nanti Hehehe
Iday hari tu waze "Leong Nursery". Tapi bila korang dah sampai Sungai Buloh, memang banyak gila kedai-kedai bunga. Hehehe
Bawa la isteri atau mak datang sini. Diorang mesti suka. Hehehe
Next time pon Iday nak datang sini kalau nak cari pokok bunga untuk rumah nanti Hehehe
-----------------------------------------
ADA SOALAN NI!
Korang pernah datang sini? Atau ada tempat lain yang best untuk cari pokok bunga?
-----------------------------------------
Jangan lupa share di ruangan komen di bawah okay! Bye!
dah macam dekat CH pulak :D
ReplyDeleteSalam Jumaat Iday,
ReplyDeleteInilah tempat kesukaan LZ bila stress.. LZ suka tanam bunga rose.
Sumber roses beli dari Sg. Buloh.. Memang puas hati dan rambang mata.
Kena standby duit lebih bila ke sini..