Senarai 12 Peserta Gegar Vaganza 5 (2018) • HIBURAN

1

Gegar Vaganza akan mula ditayangkan pada 30 September dan nama-nama kesemua 12 peserta telah diumumkan. Sebenarnya Iday terkejut dengan pilihan peserta kali ini kerana kebanyakkanya adalah otai dan orang lama di industri musik Malaysia. 


Yang pastinya Iday dah pilih peserta pilihan Iday sendiri. Nak tahu siapa peserta-peserta Gegar Vaganza 5 tahun ini? Tengok senarai di bawah :


Mya Matahari - @mya_matahari
- Popular pada tahun 90-an dengan lagu Matahari



 Farawahida - @realfarawahida
- Farawahida banyak menyanyikan lagu ntuk Ost Drama & Filem dan lagu popular beliau adalah Tanpamu dan Semuanya Ada Disini




Dia Fadila - @diafadila
- Mewakili Malaysia ke ASEAN Golden Melodies Festival 2008 dan menang Piala Emas untuk katergori Pop & Piala Silver untuk kategori Tradisional




Amelina Amir - @amelinaamirsharipuddin
- Penyanyi dangdut wanita pertama di Malaysia




Safura - @safurashah
- Mula menjadi penyanyi pada usia 26 tahun menerusi album Sedalam Mana Cintamu pada tahun 1997. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2006




Noryn Aziz - @norynaziz
- Penyanyi jaz Malaysia dan pernah memenangi Artis Wanita Baru Terbaik ketika Anugerah Planet Muzik 2007




Hetty Sarlene - @hettysarlene_oakes
- Pernah popular dalam drama Sembilu. Dua lagu popular beliau adalah Rindu Aku Rindu (2000) dan Demi Cinta Kita ft Anuar Zain




Shafie RIO - @shafierioofficial
- Vocalist utama kumpulan RIO yang popular dengan lagu Layu Dihujung Mekar.


Zamani - @zamanislam_official
- Antara penyanyi terbaik dan lagenda di Malaysia. Bermula sebagai salah anggota kumpulan Slam dan kemudian bergerak secara solo




Forteen - @official.forteen
- Aktif pada tahun 2011 di bawah syarikat rakaman KRU Records dan kini bergerak secara solo dalam bidang nyanyian dan lakonan




Elite - @elitesuperwarriors
- Kumpulan Elite merupakan artis rakaman KRU Records yang sulung, ditubuhkan pada tahun 1996




Billy Zulkarnain - @billyzulkarnainofficial
- Nine dan Billy merupakan 2 penyanyi utama kumpulan Phyne Ballerz (dibubarkan pada tahun 2004). Kemudian, pada Februari 2005, KRU menubuhkan kumpulan duo Billy Zulkarnain



Siapa #TeamZamani ? Kita geng okay! Hehehe 

Kalau tengok senarai di atas, agak-agak siapa yang bakal bergelar juara? Awal-awal ni memang susah la cakap. Mungkin kena tunggu persembahan pertama dulu. Hehehe

Pengacara Gegar Vaganza untuk musim kali ini dikekalkan iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Manakala juri tetap adalah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim. 

Penaja utama untuk Gegar Vaganza 5 adalah D'Herbs. 

Gegar Vaganza 5 akan bermula 30 September 2018, Ahad, 9 Malam di Astro Ria dan Ria HD.

Post a Comment

1Comments
  1. Gegar Vaganza 5 gabungan artis-artis lama dan baru..
    Persaingan sengit.. Penaja pun tukar D'herb no longer Dato' Vida..

    ReplyDelete
Post a Comment