New Video On Youtube.com/Sayaiday

Tahniah Perak - Juara Piala Malaysia 2018!


Hi Korang! 

Baru je selesai menyaksikan perlawanan antara Terengganu menentang Perak untuk pentas akhir Piala Malaysia 2018. 



Memang sengit gila sebab tak sangka pada minit terakhir, dalam few second je Perak dapat sumbat gol seri 3-3. Dan bila penalti, Perak mendahului dan jadi juara Piala Malaysia 2018.

Iday memang sokong Terengganu sebab kampung I kot. Hehehe Islam pulak sokong Perak sebab Mak Mertua orang sana. Hehehe pon boleh la sayang oi. 

Iday tengok LIVE je dekat Youtube sebab takde Astro. Kalau korang nak tengok ulangan perlawanan, boleh check video di bawah :


Kali terakhir perlawanan antara Perak dan Terengganu adalah pada tahun 2001. Terengganu ketika itu menjadi juara. Hehehe

Ini antara maklumat score sepanjang perlawanan tadi :

• Minit ke 0.42 - Gol pertama bagi pasukan Terengganu oleh Tchetche Kipre (TFC 1-0 Perak)
• Minit ke 42Gol ke-2 bagi pasukan Terengganu oleh Tchetche Kipre (TFC 2-0 Perak)
• Minit ke 46Gol pertama bagi pasukan Perak oleh Muhd Firdaus Saiyadi (TFC 2-1Perak)
• Minit ke 91 -  Gol ke-2 bagi pasukan Perak oleh Brendan Gan (TFC 2-2 Perak)
• Masa tambahan 5 minit
• TFC dan Perak memulakan aksi masa tambahan 30 minit
• Minit ke 91 -  Gol ke-3 bagi pasukan Terengganu oleh Faiz Nasir (TFC 3-2 Perak)
• Minit ke 121 Gol ke-3 bagi pasukan Perak, gol sendiri oleh Igor Zonjic  (TFC 3-3 Perak)



• Tamat perlawanan terikat 3-3 dengan pemenang akan ditentukan menerusi penalti.
• Perak menjulang Piala Malaysia 2018 apabila menewaskan TFC 4-1 dalam penentuan penalti selepas terikat 3-3 masa tambahan.

Memang sengit perlawanan final kali ini. Iday memang kecewa tetapi tetap terima keputusan ini dan Perak memang layak menang malam ni sebab tengok usaha diorang padu habis Hahahaha



Tahniah Perak!


Takpe Terengganu, tahun depan kita cuba lagi Hehehe 


1 comment: