New Video On Youtube.com/Sayaiday

Resepi Grape Strawberry Smoothie Yummy - Hanya 3 Bahan!


Hi Korang!

Hari ni Iday nak kongsi resepi istimewa yang Iday selalu buat untuk Islam (suami) dan memang menjadi kegemaran dia setiap masa iaitu Grape Strawberry Smoothie Yummy! Sebab apa Yummy? sebab memang sedap sangat rasa grape dan strawberry tu.



Sebelum ni kalau Iday buat, selalu pakai buah anggur yang biasa tu. Tapi kali ni Iday nak cuba guna minuman berperisa yogurt iaitu Yeo's Yeogurt perisa Anggur. Sebab kalau guna buah anggur leceh nak kena buang kulit. Kalau tak buat kulit, nanti nak kena tapis. Dahla Iday pakai blender biasa je. Hehe



Yang penting bila guna Yeo's Yeogurt ni, tak perlu letak gula sebab memang dah elok sedap rasanya.

Lagipon Yeo's Yeogurt ni memang senang nak beli sebab sentiasa ada dijual di kedai-kedai dan pasaraya besar. Iday selalu beli banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Tapi korang nak letak dekat luar peti ais pon boleh sebab minuman Yeo's Yogurt sentiasa segar walaupon berada dalam suhu bilik.



Kalau nak tahu minuman berperisa Yeo's Yeogurt ni diperkayakan dengan susu dan asid laktik  dan memang bagus untuk sistem penghadaman badan. Kiranya memang lawas sentiasa. Hehehe

So, Iday nak tunjukkan dekat korang cara-cara nak buat Apple Strawberry Smoothie Kaw!


Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

10 biji strawberry yang telah dipotong dan disejukbeku - untuk ganti ais
1/2 cawan Yeo's Yeogurt Asli
1/2 cawan  Yeo's Yeogurt Grape
1/2 sudu Jus Lemon (optional)
Hirisan strawberry untuk hiasan




Cara-cara untuk buat Apple Strawberry Smoothie Yummy ni korang boleh tengok di video bawah. Iday memang buat step-by-step supaya korang senang nak faham dan ikut. Hehe




Cara kalau taknak guna ais:

- Buah Strawberry dipotong kecil-kecil - supaya senang untuk dikisar nanti.
- Masukkan ke dalam peti beku seketika

1. Masuukan strawberry ke dalam pengisar
2. Masukkan 1/2 cawan Yeo's Yeogurt perisa asli
3. Masukkan 1/2 cawan Yeo's Yeogurt perisa Grape
4. Sedikit perahan limau
5. Kisar sehingga halus
6. Siap!!


Kalau korang malas nak tunggu buah Strawberry beku dalam peti ais, korang boleh guna ais. Hehe

Senang je kan? Hehe

Iday paling suka buat banyak-banyak, then letak dalam peti ais, bagi dia beku. Nanti jadi lagi pekat dan makan macam makan aiskrim hehehe



Iday selalu kalau beli buah, Iday akan potong kecil-kecik dan simpan dalam peti beku. So, anytime kalau rasa nak minum smoothie, Iday terus buat. Tapi yang penting Yeo's Yogurt kena sentiasa ada. Itu memang bahan penting. Hehehe

Selain perisa Grape, Yeo's Yogurt ni pon ada perisa lain seperti Oren, Laici dan Epal Hijau. Iday paling suka Epal Hijau tapi selalu habis. Geram pulak kita. Hahaha




Kalau korang dah cuba resepi ni, jangan lupa komen di bawah ye. 

Selamat mencuba!



3 comments:

  1. resepi iday ni ada tengok kat youtube. Nampak best dan menarik tapi belum cuba lagi. cari bahan dulu

    ReplyDelete
  2. Wah best sangat ni.. Masam2 manis gitu.. Boleh try.. Nanti nak cari la

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya, saya suka anggur memang sedap .Ni Kalau buat sekejap je abis

    ReplyDelete