TERKINI | Cara Permohonon i-Lestari Tanpa Perlu Daftar i-Akaun

0


Cara Permohonon i-Lestari Tanpa Perlu Daftar i-Akaun, lagi senang sebab tak perlu susah pergi beratur dekat kiosk untuk daftar no telefon.

Bagus betul pihak KWSP ni memudahkan pemohon untuk memohon dengan hanya mengisi borang secara online.

Jadi artikel kali ni Ida nak kongsikan cara membuat permohonan i-Lestari Tanpa Perlu Daftar i-Akaun yang memang lagi mudah dan cepat.

1. Buka website ini : https://ilestari.kwsp.gov.my/


2. Pilih dan klik "Permohonan Baru"


3. Isi borang dengan maklumat-maklumat yang diperlukan. Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon adalah betul dan tepat.



4. Bila dah siap isi semua maklumat, boleh tekan butang "HANTAR"


Siap! Senang kan nak memohon tanpa perlu daftar i-Akaun.


Macam mana nak semak status permohonan i-Lestari? 

1. Buka website ini : https://ilestari.kwsp.gov.my/


2. Pilih dan klik "SEMAK PERMOHONAN"



Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat. 


Bila duit i-Lestari akan masuk dalam akaun bank?

Bayaran pengeluaran i-Lestari akan dimasukkan ke dalam akaun bank bermula 4 Mei 2020.


Ida ucapkan terima kasih kepada pihak KWSP kerana memudahkan permohonan i-Lestari kepada permohon. Lagi mudah dari cara sebelum ini.

Ida harap korang faham cara nak memohon i-Lestari secara online seperti yang Iday tunjukkan langkah demi langkah di atas.




Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)