Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Wan Emir Dengan Sekali Lafaz - Tahniah!

0


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz pelakon popular Mira Filzah sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya Wan Emir.



Tak sangka, akhirnya kahwin jugak Mira ni kan. 

Majlis pernikahan diadakan di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


Kalau nak tahu, Wan emir yang memulakan perkenalan dengan DM Mira di Instagram tetapi pada awalnya Mira tidak melayan kerana menganggap Wan Emir tidak lebih dari seorang peminat.



Wan emir tidak berputus asa dan terus DM ibu Mira. Ibu Mira memberitahu Mira yang dia mengenali arwah bapa Emir dan menceritakan latar belakang keluarga Wan Emir

Akhirnya Mira membuat keputusan untuk berjumpa dengan Wan Emir. Selepas 5 kali berjumpa, Mira memberitahu ibunya hasrat ingin berkahwin dengan Wan Emir.

Kalau nak tahu, pada Oktober 2019 mereka berjumpa buat kali pertama. Kemudian pada bulan Disember, Wan Emir menghantar rombongan merisik Mira Filzah.

Pada Julai 2020, mereka bertunang di satu majlis yang dirahsiakan dari media.

Mira yang dilahirkan pada 2 April 1993 berusia 27 tahun pada tahun ini. Wan Emir Astar pula berusia 30 tahun. 

Tahniah Iday ucapkan buat pasangan ini.



Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)