Beli "Led Grow Light" Untuk Pokok Dalam Rumah - Review

1


Sejujurnya, Iday dah beli 2 kali "Grow Light" dari penjual sama di Shopee. 

Sejak Iday muatnaik gambar "Grow Light" dekat InstaStory hari tu, ada yang tanya apa fungsi dan macam mana nak beli "Grow Light" ni.

Jadi kali ini Iday nak ceritakan atau ulas produk yang Iday beli ni. 


Kenapa Beli "Grow Light"?

Pada mereka yang follow Instagram Iday, mesti tahu yang Iday mula dengan hobi indoor plant ni sejak November 2019. Masa tu Iday baru 2 bulan pindah ke Kedah. 

Dan dekat rumah baru ni lah Iday start menghias rumah dan dapatkan ilham dari Pinterest. Iday paling tertarik dengan rumah yang banyak indoor plant. Jadi Iday decide nak penuhkan ruang rumah Iday ni dengan pokok-pokok hijau. 

Sebenarnya rumah Iday ni memang dapat cahaya pagi tapi akan sedikit gelap dari tengahari ke waktu petang. Sebab tu Iday banyak pilih pokok yang boleh bertahan dengan kadar cahaya yang sederhana.

Tapi nanti lambat la tumbesaran pokok tu. Jadi bila Iday banyak baca tip tentang indoor plant ni, Iday mula tahu tentang "Grow Light".

"Grow Light" ni sebenarnya pengganti cahaya matahari yang meransang pertumbuhan dengan memancarkan cahaya yang sesuai untuk tujuan fotosintesis.


Okay Ke Guna "Grow Light"?

Kali pertama Iday beli "Grow Light" melalui website Shopee sekitar 11 Mei 2020. Disebabkan Iday beli dengan seller dari China, Iday dapat lambat sikit iaitu pada 17 June 2020. 

Iday guna "Grow Light" untuk pokok Philodendron Burle Marx Variegated. Memang nampak perubahan dari segi pertumbuhan pokok. Makin banyak daun baru dan memang nampak sihat

Kemudian Iday beli buat kali kedua dengan penjual sama. 


Kali ini Iday beli untuk pokok Anthurium Crystallinum dan Monstera Adansonii . Iday nak bagi pokok Monstera Adansonii merayap dekat dinding. 



Masa mula-mula dulu, pokok kecil je tak banyak daun, sejak pakai "grow light" ni memang cepat ye dia menjalar. 

So, bagi Iday penggunaan "Grow Light" memang berkesan kepada pertumbuhan pokok.

Malah waktu Iday tinggalkan rumah 3 hari, Iday biar je "Grow Light" menyala.  Bila balik rumah, pokok maintain je nampak sihat.

Pengunaan elektrik pon tak banyak. Iday tak guna aircond tetapi sepenuhnya guna dapur elektrik. Bil elektrik Iday cuma RM30-RM50 sebulan sahaja.


Beli "Grow Light" Di Shopee

Seperti Iday sebut sebelum ni, Iday memang beli dari penjual yang sama. Memang lambat sikit sebab dari luar negara, tetapi berbaloi kerana harga murah dan berkualiti.

Kali pertama Iday beli, lagi murah sebab ada promosi.



Paling utama, produk dibungkus dengan kemas dan berfungsi dengan baik. Setakat ni dah lebih 1000 pembelian atas produk ni dan banyak review yang positif 


Kalau korang nak beli, bole klik link di bawah:

LED Grow Light Shopee



Kalau korang pernah beli led grow light ni, boleh share pengalaman di ruangan komen di bawah. bye!

Post a Comment

1Comments
  1. Hi, sy nk tnya, grow light ni kna pakai waktu siang atau malam yea

    ReplyDelete
Post a Comment