Header Ads

Pengalaman Beli Langsir Warna Hitam Murah Secara Online - Review



Hi Korang!

Artikel kali ini Iday nak kongsikan pengalaman membeli langsir panjang warna hitam secara online di website Shopee. 

Sebenarnya Iday dah lama nak langsir warna hitam untuk bahagian ruang tamu rumah sebab nak sesuaikan dengan tema hitam-putih. Tapi bila tengok dekat kedai, harga memang boleh tahan mahal sampai beratus-ratus. Itu pon agak susah nak cari yang betul-betul warna hitam yang macam Iday nak.

Last-last, Iday jumpa langsir yang Iday nak dekat website Shopee. Yang penting Iday dapat penjual yang boleh dipercayai sebab lebih seribu orang yang dah beli langsir tu. Dan kebanyakan review yang ditinggalkan adalah positif siap ada gambar. So memang tak perlu risau la.

Cuma yang tak best sebab dari luar negara, jadi memang lambat sikit sampai. Tapi kalau harga murah dan berkualiti, memang tak rugi kalau tunggu kan. Kalau nak tahu, hari tu Iday order langsir 21 Oktober 2019 dan dapat pada 29 Oktober 2019, seminggu je kalau tunggu pon. 

Iday beli dari seller rita.my dan nama langsir tersebut adalah Modern Blackout Curtain Bedroom Sliding Door Customize Curtain Black 1 Piece. Panjang betul nama produk dia hehe

Paling best sebab ada banyak pilihan saiz dan kalau saiz yang korang nak tu takde dalam senarai, korang boleh mesej dan customize saiz yang korang nak. Ini adalah senarai saiz yang ada :

Size: W=Width, H=Height 
(W)100 * (H)120cm = 【1 Piece】100cm Width, and 120cm Height (◇it is Short Curtain) 
(W)100 * (H)250cm = 【1 Piece】100cm Width, and 250cm Height 
(W)150 * (H)250cm = 【1 Piece】150cm Width, and 250cm Height 
(W)200 * (H)250cm = 【1 Piece】200cm Width, and 250cm Height 
(W)250 * (H)250cm = 【1 Piece】250cm Width, and 250cm Height 
(W)260 * (H)300cm = 【1 Piece】260cm Width, and 300cm Height

Banyak kan pilihan saiz diorang! So, pastikan korang ukur dulu tingkap rumah korang dan dapatkan saiz yang betul.

Hari tu Iday ukur tingkap rumah dalam 180cm x 250cm. Tinggi tu Iday main agak je sebenarnya sebab tengok review ramai order 250cm dan itu pon dah cecah lantai. Iday memang nak langsir yang cecah lantai. Taknak yang tergantung sebab nanti nampak tak cantik.

So, Iday order 2 langsir yang siza 100cm x 250cm. Kenapa beli 2? Sebab Iday nak langsir belah kiri dan kanan. Barulah nampak cantik sikit hehehe

Then korang kena pastikan langsir korang ni jenis yang macam mana, jenis sangkut atau yang ada lubang-lubang tu. Kalau lubang-lubang tu, nama dia Grommet Top. Yang jenis sangkut pulak adalah Hook Top. Jangan salah pilih pulak nanti satu hal nak return balik.




Bila dah pilih jenis dan saiz langsir, Iday teruslah order dan buat pembayaran. Tengok tu, punya la banyak stock diorang, sampai 400 lebih. 

Lepas je setel pembayaran, tiba-tiba Iday dapat mesej dari penjual. Rupa-rupanya dia nak check betul ke tak information yang kita bagi tu. Bagus kan servis diorang ni. Memang patut la laku keras langsir diorang jual ni.



Memang senang la urusan pembelian langsir ni. Seronok sangat sebab jumpa langsir idaman hati ni dengan harga yang sangat murah. Oh Iday lupa nak share harga. Jumlah harga untuk 2 helai langsir dengan saiz 100cm x 250cm adalah RM69.30. Murah kan? 


Review/Ulasan

Selepas 8 hari tunggu, akhirnya langsir dah sampai. Iday lupa nak ambil gambar parcel tapi memang dibungkus elok la. Bila dah siap pasang, memang puas hati sangat-sangat sebab memang tepat saiz yang Iday nak.


Memang terbaik kualiti kain langsir tu. Kain dia pulak jenis berat elok dan tebal. Dari segi jahitan pula memang kemas hasil kerja diorang ni.

Material nampak macam mahal tapi sebenarnya harga sangat murah. Paling best, masa awal-awal pasang memang nampak kedut. Tapi lama-lama kesan kedutan tu hilang.

Memang Iday recommend sangat seller rita.my ni. 


Jadi pengalaman Iday kali pertama beli langsir secara online ni memang best sebab dapat jumpa seller yang betul-betul bagi servis terbaik.  Nanti memang nak repeat order lagi untuk langsir bilik pulak. Iday bagi 5 bintang untuk rating seller ni.

Kalau korang berminat nak beli langsir warna hitam macam ni, korang boleh la search nama produk atau nama seller ni dekat website Shopee. Oh, bukan warna hitam je, corak lain pon ada jugak.

Okay, itu je lah Iday nak share. Harap dapat bantu sesiapa yang nak beli langsir warna hitam dengan harga murah. Kalau korang ada jumpa tempat jual langsir yang lagi murah, boleh share dekat ruangan komen di bawah. 

Till then, Bye!



Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


1 comment: