Tahniah! Intan Ladyana Sah Isteri Harris Alif

0


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz pelakon cantik Intan Ladyana sah bergelar isteri kepada penyanyi dan pengacara Harris Alif. 

Pasangan ini dinikahkan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi oleh Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum.

Mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 6 Februari yang diumumkan sebelum ini tetapi terpaksa diawalkan sehari kerana SOP

Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Intan Ladyana kelihatan cantik memakai busana pengantin dari Hatta Dolmat.


Pada 27 Mei 2020, Harris Alif membuat pengakuan yang dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Intan Ladyana.

Selepas sebulan menyambut hari lahir Intan pada 2 Jun 2020, keluarga Harris menghantar rombongan merisik ke rumah Intan sekitar Julai 2020.

Menurut Harris, dia sudah lama mengenali Intan sejak 10 tahun yang lalu. Mereka kemudianya berjumpa semula dan mula rapat awal tahun 2020.

Nor Harris Alif bin Nor Rashidi dilahirkan pada 2 September 1999 dan tahun ini memasuki usia 22 tahun. Manakala Intan Ladyana dilahirkan pada 2 Jun 1982. Tahun ini dia memasuki usia 39 tahun.

Jarak umur mereka adalah 17 tahun. Bagi Intan, walaupon Harris lebih muda, dia seorang yang matang berdasarkan cara berkomunikasi. 

Sekadar info, Intan sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Kamal Adli selama 6 tahun.

Tahniah diucapkan buat pasangan ini!

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)