Kalau nak tahu, drama Melastik Ke Hatimu merupakan drama pertama lakonan Andi Bernadee. 

Mula-mula ingatkan dia berlakon kayu sebab first drama tapi rupa-rupanya elok je dia berlakon, siap nampak neutral lagi. Memang lepas ni confirm producer drama cari dia lagi. 

Drama Melastik Ke Hatimu diadaptasi dari novel dan drama ini merupakan arahan pengarah popular Azmi Hatta. Drama 13 episod ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 pada 21 Januari 2021 setiap hari Rabu hingga Sabtu.

Drama ini mengisahkan tentang Haura lakonan Janna Nick, seorang gadis kilang yang mempunyai perangai kasar tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang inginkan menantu kaya. 

Haira kemudiannya dipaksa kahwin dengan Ziyyad lakonan Andi Bernadee seorang bos di sebuah kilang tempat Haura bekerja. Walaupon ketika itu Haura sudah mempunyai teman lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat.

So, nanti macam-macam la berlaku dalam rumah tangga Ziyyad dan Haura. 

Artikel kali ni nak senaraikan info pelakon-pelakon utama drama Melastik Ke Hatimu. Kalau ada nama tertinggal, boleh la komen di bawah ye.


1. Noniswara sebagai Nik Shaima


Pelakon veteran Datin Seri Noniswara memegang watak sebagai Nik Shaima, isteri pertama Kadir dan juga ibu yang penyayang kepada Ziyyad.

Datin Seri Noniswara dilahirkan pada 1 April 1970 memasuki usia 51 tahun pada tahun ini.


2. Ezzrin Loy sebagai Nadim


Pelakon Ezzrin Loy membawa watak Nadim, adik bongsu kepada Haura. Dia yang juga adik kepada Elfira Loy dilahirkan pada 30 Jun 1997 memasuki usia 24 tahun pada tahun ini.

Dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara popular, Ain Edruce. Dia kemudiannya bercinta dengan pelakon Rita Nadira namun hubungan mereka putus ditengah jalan. 


3. Cassia Iman sebagai Inayah


Pelakon cilik Cassia Iman memegang watak Inayah, anak kepada Ziyyad hasil perkahwinan pertama. 

Cassia Iman dilahirkan pada 12 Mei 2014 memasuki usia 7 tahun pada tahun ini.

4. Afifah Nasir sebagai Ain


Pelakon Afifah Nasir membawa watak kawan baik Haura, Ain yang turut bekerja bersama Haura di kilang.

Afifah Nasir yang juga adik kepada kepada pelakon jelita Anzalna Nasir dilahirkan pada 15 Februari 1993 dan memasuki usia 28 tahun pada tahun ini.


5. Wanna Ali sebagai Natasya


Watak Natasya adalah watak yang sering bergaduh dengan Haura di tempat kerja iaitu di kilang. Dia juga suka menggedik dengan Ziyyad. Watak Natasya dilakonkan oleh pelakon cantik Wanna Ali.

Wanna Ali atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali dilahirkan pada 25 Disember 1997 dan tahun ini berusia 24 tahun.

6. Jalaludin Hassan - Wan Asri


Pelakon hebat Dato’ Jalaluddin Hassan melakonkan watak ayah kepada Haura, Wan Asri. Watak dia adalah seorang ayah yang lumpur separuh badan akibat kemalangan 3 tahun yang lalu. 

Dato’ Jalaluddin Hassan dilahirkan pada 18 Februari 1954 dan tahun ini memasuki usia 67 tahun.


7. Azizah Mahzan - Mak Limah

Pelakon veteran Azizah Mahzan memegang watak mak kepada Haura, Mak Limah. Seorang yang tegas dan ingin anak-anaknya berkahwin dengan orang kaya. 

Azizah Mahzan yang berasal dari Taiping, Perak dilahirkan pada 4 November 1963. Tahun ini dia berusia 58 tahun.

Dia pernah berkahwin dengan pelakon Nasir Bilal Khan namun perkahwinan berakhir dengan penceraian. 


8. Aleza Shadan - Sofia

Watak Sofia, isteri kedua ayah Ziyyad dilakonkan oleh pelakon Aleza Shadan. Dia dilahirkan pada 21 November 1975 dan memasuki usia 46 pada tahun ini. 


9. Ridzuan Hashim - Kadir

Watak Ayah Ziyyad, Kadir dibawakan oleh pelakon hebat Ridzuan Hashim. Watak Kadir adalah seorang businessman dan mempunyai 2 orang isteri.

Ridzuan Hashim dilahirkan pada 19 Mei 1964 dan tahun ini memasuki usia 57 tahun. 

Dia pernah berkahwin dengan pelakon Didie Alias pada tahun 1991 namun bercerai pada tahun 2000.


10. Idzham Ismail - Loqman

Watak Loqman, kawan baik Ziyyad dilakonkan oleh pelakon Idzham Ismail. Dia mula dikenali menerusi watak Panjang dalam drama Juvana pada tahun 2011. 

Idzham Ismail yang berasal dari Kajang, Selangor dilahirkan pada 9 Ogos 1988 dan tahun ini memasuki usia 33 tahun.

Idzham Ismail telah berkahwin dengan gadis pilihannya, Siti Nur Abillah Binti Shamsuddin pada 27 Ogos 2016.

Lagi 7 watak utama, korang boleh tengok dalam video di bawah :



Korang boleh tengok drama ini secara ulangan di aplikasi Iqiyi, Iday ada kongsikan link di bawah :


Selamat menonton!