Tahniah! Lisa Surihani Hamil Anak Ketiga

0



Tahniah admin ucapkan buat pasangan popular Yusry dan Lisa Surihani kerana bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Berita tersebut dikongsikan oleh Yusry sendiri melalui satu post di Instagram sekitar 5.30 petang tadi. 


Menurut Yusry, selepas memuatnaik gambar sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada yang meneka samaada Lisa mengandung. Dan hari ini ada beberapa wartawan menghubungi Yusry bagi mendapatkan pengesahan.

Tanpa niat untuk bersembunyi, Yusry dan Lisa hanya berfikir tidak perlu pengumuman kerana lambat laun, orang akan tahu juga.

Alhamdulillah, selepas hampir 4 tahun selepas kelahiran anak kedua, Yusry dan Lisa akhirnya diberikan rezeki cahaya mata ketiga. 

Sekadar info, Lisa Surihani dilahirkan pada 23 Mac 1986 dan tahun ini memasuki usia 34 tahun. Manakala Yusry bin Abdul Halim dilahirkan pada 15 Jun 1973 memasuki usia 48 tahun pada tahun ini.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan anak pertama, Yahaira Leanne pada 15 September 2015. Lisa kemudian selamat bersalin anak kedua Yusof Leonne pada 23 April 2017. 

Apa pon, tahniah admin ucapkan buat pasangan ini. Semoga Lisa sentiasa dalam keadaan sihat dan admin  doakan hanya kebahgian untuk pasangan ini.


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)