Dato’ Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua, Ini Wajah Comel Anak Keduanya Itu

1


Alhamdulillah, pagi ini kita menerima berita baik yang Dato Siti Nurhaliza telah melahirkan cahaya mata keduanya.

Berita baik ini disampaikan sendiri menerusi satu video yang dimuatnaik di akaun Instagram Dato Siti Nurhaliza sebentar tadi. 

Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki pada pukul 6.21 pagi pada hari ini Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadhan. 

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Dato Siti Nurhaliza dan juga bayi berada dalam keadaan sihat.

Suami Dato Siti, Dato Khalid berasa bersyukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan bayi kedua mereka. Dia juga berterima kasih atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai. 

Wajah comel bayi lelaki Dato Siti Nurhaliza dikongsikan oleh anak tiri Dato Siti, Ashraf Khalid. Memang comel sangat.

Ini antara wajah comel anak kedua Dato Sri Siti Nurhaliza.





Sebelum ini pada 1 Disember 2020, Dato Siti Nurhaliza mengumumkan yang dia sedang hamil 4 bulan.

Sekadar info, Dato Siti dan Dato Khalid telah bernikah pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan.


Dato Siti selamat melahirkan anak pertamanya Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas 11 tahun usia perkahwinan.

Blog Sayaiday mendoakan Dato Siti dan baby dikurniakan kesihatan yang baik, selamat berpantang buat Dato Siti dan tahniah sekali lagi atas berita ini. 


Post a Comment

1Comments
  1. Kakak Aafiah dapat adik lelaki.. Sepasang sudah anak Dato’ Ct..

    ReplyDelete
Post a Comment