Taikom Disc Plate Original

0

Taikom Disc Plate Original Merecik Geng

Assalamualaikum, untuk pengetahuan anda semua Taikom telah mengeluarkan disc plate yang cantik dan menarik untuk pengguna yamaha 135LC dan Y15ZR. 

Aku dah beli dan merasai sendiri kualiti disc plate dari keluaran taikom ni, apa yang aku nampak disc ni agak berkualiti. Antara ciri-ciri yang menarik ialah disc ni didatangkan dengan pelbagai warna yang boleh digandingkan dengan motor kita.

Selain itu disc ini berukuran 267mm sama dengan disc standard 125ZR,LC 5s, dan LC 4s ES. Jadi boleh PNP dekat 3 model motor ni. Bukan itu sahaja apa yang paling menarik Disc ini di datangkan dengan lurah atau longkang seperti disc original dari King Drag menarik bukan.

Dengan harga yang berpatutan, disc taikom ni didatangkan dengan jenis floating disc kawan-kawan. Mana nak cari floating disc yang harga mampu milik tapi taikom dah keluarkan dan original itu pasti kawan-kawan.

Jadi untuk lebih lanjut boleh tengok vide saya di bawah.



Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)