Remy Ishak Sah Suami Ezza Yusof Dengan Sekali Lafaz

0



Akhirnya hero pujaan ramai, Remy Ishak telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya seorang usahawan kasut berjaya, Ezza Yusof


Alhamdulillah Remy Ishak sah bergelar suami kepada Roszaliza Yusof atau lebih dikenali dengan Ezza Yusof dalam satu majlis akad nikah secara tertutup di  Masjid Negara, Kuala Lumpur.



Pasangan ini dinikahkan oleh wali yang juga abang kandung Ezza iaitu Rozman Yusof kira-kira pukul 1 petang, sabtu.

Remy Ishak segak memakai baju melayu serba putih.

Sekitar November 2014, Remy Ishak ada membuat pengakuan yang dia dalam proses mengenali hati budi Ezza Yusof dan ketika itu mereka baru kenal 3 bulan. 

Mereka akhirnya bertunang pada 1 Mei 2017. Namun selepas hampir 2 tahun, pertunangan mereka telah putus sekitar tahun 2019. 

Menurut Remy, hubungan mereka berakhir bukan disebabkan orang ketiga tetapi berdepan dengan pelbagai masalah.

Hubungan mereka dikatakan kembali pulih apabila Remy ada membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran pada 24 Mac 2021. 

Remy Ishak apabila ditanya memberitahu yang Ezza sentiasa berada disisinya setiap kali dia ada masalah. Ezza sahaja yang faham dan kenal dirinya. 

Lapan tahun perjalanan hidup mereka dan hari ini akhirnya Remy Ishak sah menjadi suami kepada Ezza Yusof. 

Sekadar info, Ezza Yusof dilahirkan pada 24 Mac 1983 memasuki usia 38 tahun pada tahun ini. Remy Ishak pula dilahirkan pada 11 April 1982 memasuki usia 39 tahun pada tahun ini. 

Selamat pengantin baru buat Remy Ishak dan Ezza Yusof dan selamat menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Apa komen korang?


*Nanti admin update gambar-gambar perkahwinan Remy Ishak dan Ezza Yusof.


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)