7 Artis Malaysia Meninggal Dunia Kerana Kanser

0


Sebelum ini, Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian bintang hebat Adibah Noor akibat kanser ovari tahap 4. Ramai yang terkejut kerana arwah Adibah Noor merahsiakan yang dia menghidap kanser ovari.

Kalau korang nak tahu, Sebenarnya ramai lagi artis Malaysia yang meninggal dunia akibat kanser. 

Jadi artikel kali ini nak senaraikan 7 Artis Malaysia yang meninggal dunia akibat kanser di usia muda bawah umur 60 tahun. 

Kalau ada nama tertinggal, korang boleh komen di bawah.


1. Yanie Mentor

Pemenang tempat-3 musim pertama Mentor, Yanie atau nama sebenarnya Siti Suriane Julkarim meninggal dunia di usia yang agak muda.

Beliau meninggal dunia pada 21 Mac 2010 di Hospital Besar Keningau, Sabah pada pukul 4 petang akibat ketumbuhan paru-paru. 

Menurut suami arwah Irfin Abdul Manan, Yanie mula mengetahui tentang penyakitnya pada Disember 2009 dan mula tenat sejak Februari 2010.

Arwah yang mempunyai seorang anak perempuan Iris Sofea yang berusia 2 tahun ketika itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Likas, Sabah. 

Yanie dilahirkan pada 14 November 1985 meninggal dunia di usia 24 tahun.


2. Maimon Mutalib

Di usia 56 tahun, pelakon Maimon Mutalib meninggal dunia pada pukul 2.20 petang 7 September 2013 di rumahnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.


Arwah Maimon Mutalib disahkan menghidap kanser payu dara tahap ke-4 pada tahun 2012. 

Beliau meninggalkan lima orang anak yang ketika itu berusia 34 tahun, 32 tahun, 25 tahun dan sepasang kembar berusia 16 tahun.

Jenazah arwah dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak, Johor.


3. Mr. Os 

Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid meninggal dunia pada 8 April 2016 sekitar jam 3 petang di Hospital Selayang.


Arwah yang dilahirkan pada 5 April 1961 meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap empat di usia 55 tahun. 

DifahamkanMr. Os sudah menjalani sebanyak 22 kali rawatan kimoterapi sepanjang arwah sakit. 

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Gombak.


4. Ary Malik

Sekitar Mei 2016, pengacara pelakon Ary Malik dikesan menghidap kanser ovari dan menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju. 

Kemudiannya pada 18 Februari 2017, Ery Malik disahkan menghidap kanser ovari tahap 4  dan turut dikesan menghidap tumor. Tahap kesihatan Ery Malik selepas itu semakin teruk.

Selepas 10 hari, pada 28 Februari 2017 pada pukul 7.17 malam, Ary Malik meninggal dunia di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap ke-4.

Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Kuala Lumpur. 

Arwah meninggalkan suami dan 3 orang anak perempuan yang ketika itu berusia 19 tahun,  13 tahun dan 11 tahun.

Arwah Ary Malik atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik dilahirkan pada 16 Oktober 1971 meninggalkan dunia di usia 45 tahun.


Lagi 3 Artis Malaysia yang  yang meninggal dunia akibat kanser di usia muda bawah umur 60 tahun, dalam video di bawah :

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.


 

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)