Reka Bentuk Mukaab Dikritik, Dikatakan Menyerupai Kaabah

0


Putera Mahkora Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah mendapat kritikan daripada banyak pihak kerana melancarkan projek 'New Murabba' dengan seni bina Mukaab yang dilihat terlalu sama dengan seni bina Kaabah.

Video tentang projek 'New Murabba' telah dimuatnaik di Youtube dan mendapat hampir satu juta tontonan.


Reka bentuk Mukaab ini bakal menjadi antara struktu binaan terbesar di dunia dengan ketinggian 400m, lebar 400m dan panjang 400m.

Malah, ia dikatakan boleh mememuatkan 20 bangunan Empire State (Empire State Building).



Memang betul-betul mega projek diorang ni.

Projek  'New Murabba' menempatkan lebih 100 ribu unit kediaman, 9000 bilik hotel dan 1.4 juta persegi ruangan pejabat serta 80 puluh tempat hiburan dan kebudayaan. 

Projek tersebut dijangka siap pada tahun 2030.

Tapi itulah, seni bina Mukaab tu memang hampir sama dengan seni bina Kaabah iaitu kiblat bagi umat Islam. Sebab tu ramai yang tak berpuas hati dan kritik projek ni.


Apa pandangan korang?

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)