Nama & Umur Sebenar Pelakon Drama Nenek Bongkok Tiga

0


Drama Nenek Bongkok Tiga memulakan tayangan di Viu pada 9 Februari 2023 dan ditayangkan setiap hari Khamis dengan dua episod terbaru setiap minggu.

Drama ini mengisahkan tentang lapan orang yang menjadi tebusan di sebuah rumah agam ditengah hutan.

Jadi artikel kali ni, Iday nak senaraikan Nama & Umur Sebenar Pelakon Drama Nenek Bongkok Tiga.

Sofia Jane Sebagai Samira

Datin Sofia Jane binti Hisham merupakan seorang pelakon hebat sejak tahun 1989 di usia 16 tahun. Dalam drama Nenek Bongkok Tiga, dia memegang watak Samira.


Datin Sofia Jane dilahirkan pada 14 Februari 1972 dan tahun ini memasuki usia 51 tahun (2023).


Sherie Merlis sebagai Nenek

Watak Nenek dalam Nenek Bongkok Tiga dilakonkan oleh pelakon Sherie Merlis atau nama sebenarnya Sharifah Saadah binti Wan Zainal Abidin.


Dia memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1989 dan memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2012.

Sherie Merlis yang berasal dari Sibu Sarawak dilahirkan pada 23 Oktober 1972 memasuki usia 51 tahun pada tahun ini (2023).


Ashraf Muslim sebagai Haikal

Muhd Ashraf Muslim memegang watak Haikal dalam drama ini. Dia yang memulakan karier lakonan sejak tahun 2016 memasuki usia 42 tahun pada tahun ini (2023).


Ashraf Muslim dilahirkan pada 12 September 1981 dan berasal dari Teluk Mas, Melaka.
 

Syazwan Zulkifly sebagai Salim

Watak Salim dalam drama ini dilakonkan oleh pelakon Mohd Syazwan bin Zulkifly.


Syazwan Zulkifly yang memulakan karier lakonan sejak tahun 2011 dan sering membawa watak antagonis disebabkan mempunyai wajah baran.

Dia dilahirkan pada 20 Mei 1987 memasuki usia 36 tahun pada tahun ini (2023).


Sara Ali sebagai Alis

Sara Ali atau nama sebenarnya Siti Sarah binti Hairi Ali dilahirkan pada 11 Oktober 1990 dan berasal dari Batu Pahat, Johor.

Sara Ali memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2011 memegang watak Alis dalam drama ini.


Dia yang memasuki usia 33 pada tahun (2023) ini pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2015.


Syafie Naswip sebagai Sani

Watak Sani dilakonkan oleh pelakon yang terkenal dengan watak Mukhsin iaitu Syafie Naswip atau nama sebenarnya Mohammad Syafie bin Naswip.


Dia yang dilahirkan pada 2 Ogos 1992 memasuki usia 31 tahun pada tahun ini (2023).

Syafie Naswip mencatatkan sejarah sebagai pelakon termuda memenangi anugerah lakonan di Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin untuk pelakon lelaki terbaik di usia 16 tahun.


Sara Mack Lubis sebagai Malia

Sara Mack Lubis atau nama sebenarnya Sara Hamidah Mazlen memegang watak Malia dalam drama ni.


Dia yang memulakan kerjaya lakonan sejak Julai 2020 sebelum ini sebenarnya seorang peguam. Dia kini selain berlakon juga aktif sebagai wartawan dan sukarelawan.

Tahun ini Sara Mack memasuki usia 27 tahun pada tahun ini (2023).


Fimie Don Sebagai Mior

Watak Mior dilakonkan oleh pelakon popular sejak kanak-kanak, Fimie Don atau nama sebenarnya Shafimie bin Saedon.


Dia mula dikenali menerusi siri Hikayat Putera Shazlan pada tahun 2006, ketika itu dia berusia 8 tahun.

Dia yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dilahirkan pada 13 Februari 1998 dan tahun ini memasuki usia 25 tahun (2023).


Hun Haqeem sebagai Zamir

Watak Zamir yang mencari adiknya Zaid yang hilang dilakonkan oleh pelakon kacak kacukan Melayu-Cina, Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem bin Hermy.


Hun Haqeem yang berasal dari Kuching, Sarawak dilahirkan pada 7 Januari 1998 dan tahun ini memasuki usia 25 tahun (2023)

Dia memulakan karier lakonan menerusi telefilem Tasbih Usang yang ditayangkan pada tahun 2019.


Meerqeen Sebagai Adi

Watak Adi dilakonkan oleh Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam.


Meerqeen mula dikenali menerusi watak Firdaus dalam drama Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan bermula 27 Mei 2022.

Dia yang sebelum ini memenangi tempat ketiga Hero Remaja 2019/2020 dilahirkan pada 4 Jun 2001 dan tahun ini memasuki usia 22 tahun (2023)


Rykarl Iskandar sebagai Zaid

Nor Heidzriq Haikal bin Norhamizan atau lebih dikenali sebagai Rykarl Iskandar memegang watak Zaid dalam drama ini.

Rykarl merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia sejak berusia 5 tahun lagi.

Dia yang dilahirkan pada 10 Mac 2005 memasuki usia 18 tahun pada tahun ini (2023).


Nur Dhia Irdina sebagai Hana

Watak Hana dalam drama ini dilakonkan oleh Nur Dhia Irdina.

Dia dilahirkan pada 13 Oktober 2011 memasuki usia 12 tahun pada tahun ini (2023).


Sebenarnya ada lagi tapi ini hanya senarai untuk pelakon utama drama Nenek Bongkok Tiga. 

Korang dah tengok belum drama ni?




Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)