14 Artis Malaysia Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

0




Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon hebat Ridzuan Hashim akibat serangan jantung.

Ramai yang terkejut kerana arwah merahsiahkan merahsiakan penyakit yang dihidapinya sejak 3 tahun lalu.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya ramai lagi artis Malaysia yang meninggal dunia akibat sakit jantung

Berikut adalah senarai 14 Artis Malaysia Yang Meninggal Dunia Akibat Penyakit Jantung : 


1. Pian Cecupak

Pelawak dan pengacara, Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman meninggal dunia akibat serangan jantung pada 26 Januari 2022 hari Rabu.


Arwah Pian ditemukan terbaring dalam bilik air oleh ibunya sekitar jam 8 malam dan dibawa ke hospital.

Doktor mengesahkan kematian arwah Pian pada 10.30 malam.

Arwah yang sudah berpisah dengan isterinya meninggalkan dua orang anak perempuan yang masing-masing berusia 22 tahun dan 25 tahun.

Arwah Pian meninggal dunia di usia 52 tahun.


2. Jit Murad

Aziz Mirzan bin Murad atau lebih dikenali sebagai Jit Murad merupakan pelakon, pengarah dan aktivis teater.


Pada 12 Februari 2022, dia ditemui tidak bernyawa oleh rakan-rakan di kediamannya di Bukit Damansara jam 2.15 petang

Hasil bedah siasat mendapati arwah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Arwah Jit Murad yang dilahirkan pada 17 Januari 1960 meninggal dunia di usia 62 tahun.


3. Aman Shah

Pelakon dan penyanyi era 80-an, Aman Shah menghembuskan nafas terakhir selepas melakukan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira jam 2.20 14 September 2022.


Difahamkan arwah sudah lebih setahun menghidap kencing manis dan jantung, malah beberapa kali berdepan beberapa serangan jantung.

Arwah Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah bin Abu Kassim dilahirkan pada 26 April 1954 meninggal dunia di usia 68 tahun.


4. Bob Lokman

Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian akibat komplikasi jantung pada 23 September 2022 jam 3 petang.


Arwah yang sudah lama mengidap penyakit jantung meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

Arwah Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman dilahirkan pada 15 April 1964 meninggal dunia di usia 58 tahun.




5. Abu Bakar Omar

Pelakon veteran popular, Abu Bakar Omar meninggal dunia pada pukul 9.04 pagi di Hospital Alor Setar, Kedah pada 16 April 2021 hari Jumaat.

 

Hasil pemeriksaan doktor, mendapati Allahyarham meninggal dunia akibat masalah jantung.

Allahyarham yang dilahirkan pada 25 April 1948 meninggal dunia di usia 72 tahun.


6. Hani Mohsin

Pelakon dan juga bekas suami Tiara Jacquelina iaitu Hani Mohsin meninggal dunia pada 25 Julai 2006 selepas pengsan di LCCT Sepang.


Arwah ketika itu bersama anak tunggalnya, Hani Karmila sedang menunggu penerbangan ke Alor Setar untuk bercuti di Pulau Langkawi.

Arwah Hani Mohsin meninggal dunia akibat serangan jantung di usia 41 tahun.

Lagi 8 artis Malaysia Yang Meninggal Dunia Akibat Penyakit Jantung , boleh tengok video penuh di bawah :



Jadi ini antara senarai  14 Artis Malaysia Yang Meninggal Dunia Akibat Penyakit Jantung 

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.



Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)