12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan 'Outdoor'

0

25 Mei 2025 hari tu Qi Razali kahwin dan ramai la puji majlis nikah dia yang bertemakan 'alam bunian' tu. Memang lawa betul setup outdoor dia.


 
Sebenarnya ramai je artis Malaysia yang buat majlis nikah tema 'outdoor' dan yang paling min ingat sampai sekarang adalah pernikahan Yuna sebab pelamin berlatarbelakang gunung ganang dan kabus tebal

Jadi artikel kali ini, min nak senaraikan 12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan 'Outdoor'.

1. Qi Razali & Wardah Hayati

Pada 25 Mei 2025, Qi Razali & wanita pilihannya Wardah Hayati sah bergelar pasangan suami isteri.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup berkonsepkan ‘alam bunian’ hasil sentuhan The Calla di Gopeng, Perak.



2. Yuna & Adam Sinclair


Majlis pernikahan penyanyi popular Yuna & Adam Sinclair bertemakan ‘garden wedding’ bertempat di Puncak Rimba, Bentong.

Yuna atau nama sebenar Yunalis binti Mat Zara’ai dan Adam Sinclair (adik arwah Ashraf Sinclair) sah menjadi pasangan suami isteri pada 26 Januari 2018.

Menurut Pengarah kreatif The Calla, Firdaus Othman, anggaran harga pelamin ini kira-kira RM70,000 dan mengambil masa 3 hari untuk siap.

Tambahnya lagi, syarikatnya tidak akan membuat pelamin konsep sebegitu lagi kerana ianya direka eksklusif untuk Yuna sahaja.


3. Uqasha Senrose & Kamal Adli

Pada 5 November 2021, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah menjadi pasangan suami isteri.

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.

Pelamin dan dekorasi oleh Flair Design & Events.

Uqasha dan Kamal mempunyai seorang anak perempuan sulung, Hawra Uqaira.



5. Nabila Razali & Nik Iruwan

Nabila Razali sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Nik Iruwan Nik Izani dengan sekali lafaz pada hari Sabtu jam 10.11 pagi 18 November 2023.

Majlis pernikahan mereka yang bertemakan English Garden diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Nabila Razali selamat bersalin anak pertama bayi lelaki pada 23 Disember 2024



6. Intan Najuwa & Datuk Ahmad Azraf

Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos 2023.

Majlis pernikahan Intan bertemakan empat unsur alam diadakan di sebuah resort di Desaru, Kota Tinggi.

Pada 15 Disember 2024, Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata pertama bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara.



7. Sharifah Sakinah & Aliff Adha

Pada 28 Mac 2015, Sharifah Sakinah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Aliff Adha.

Majlis pernikahan berlangsung di Hotel Shangri-La berkonsepkan ‘garden wedding’.

Lebih menarik, sewaktu majlis pernikahan berlangsung, hujan turun renyai-renyai.

Namun hubungan mereka telah berakhir apabila pasangan ini sah bercerai sekitar Mei 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan Anais Adha.

Sharifah Sakinah kini isteri kepada pelukis terkenal.


8. Uyaina Arshad & Raja Syahiran

Pada 21 Disember 2021, dengan sekali lafaz Uyaina Arshad dan Raja Syahiran sah menjadi pasangan suami isteri.

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di The Colony, Star Boulevard KLCC.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan & Raja Urayyan



9. Ikmal Amry & Najla Shamsul

Pada 19 Disember 2020, pelakon Ikmal Amry sah bergelar suami kepada Najla Shamsul.

Majlis pernikahan diadakan di kediaman pangantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pelamin oleh Tar Terra Wedding.

Hasil perkahwinan Ikmal Amry dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Cailie & Gibran




10. Ali Sariah & Natasha Nurain

Pada 9 Ogos 2019, penyanyi kumpulan Kugiran Masdo iaitu Ali Sariah sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Natasha Nurain Mohd Azman.

Majlis pernikahan diadakan di Straits Hill Villa, Johor Bahru dan pelamin oleh strenna&co.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Muhammad dan Rumi.


11. Elfira Loy & Faris Khairol Anwar

Elfira Loy sah bergelar isteri kepada Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 kira-kira pukul 9.30 pagi.

Majlis pernikahan diadakan di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya.

Konsep ‘Pelamin Terapung’ dibawakan oleh Nas Great Idea.

Hasil perkahwinan Elfira dan Faris dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.


12. Sarah Suhairi & Aswad Anuar

Pada 26 Julai 2024 hari Jumaat, penyanyi Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada pensyarah UiTM iaitu Aswad Anuar dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.

Sarah Suhairi berkongsikan status suaminya yang seorang duda anak tiga dan mengaku bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak-anak tirinya.




Jadi ini antara 12 perkahwinan Artis Malaysia yang bertemakan 'Outdoor". Mana satu pilihan korang? 


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)