Enter your keyword

Boat Noodle Berjaya Times Square | New Menu

Pernah makan di Boat Noodle? Korang taw tak, outlet Boat Noodle baru sahaja dibuka di Berjaya Time Square, istimewa untuk mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Yelah, lagi-lagi macam iday yang kerja dan tinggal di Kuala Lumpur, dekat je nak datang makan. Hehehe


boat noodle




Ini adalah kali ke-2 Iday makan di Boat Noodle, kali pertama iday makan dekat Publika. Gigih taw datang dari jauh (Bukit Jalil je pun) semata-mata nak cuba Boat Noodle dekat Publika. Hehehe Iday ada buat review dekat artikel ni : Boat Noodle Publika 

Lepas je taw, ada outlet baru Boat Noodle dibuka di Time Square, memang la happy, sebab dekat sangat dengan office. Yang bestnya, ada menu terbaru diperkenalkan di outlet baru ni.


boat noodle

Jom iday nak share sikit apa menu terbaru dekat Boat Noodle Time Square ni. So, korang bukan makan the main dishes je, korang boleh order makanan lain juga. Banyak pilihan untuk makan di Boat Noodle.



Thai Popeye’s Tempura or Yum Kangkong


boat noodle

Ni favourite snack Iday and Islam! Sedap, banyak ni boleh makan sorang. Hahaha Makanan ringan ni paling sedap dimakan ketika panas, then cicah pulak dengan sos thai, Soot Yot. Kalau korang datang Boat Noodle Berjaya Time Square, wajib makan yang ni. RM6.90 and portion dia untuk 2 orang makan. 

Yum Mama



Classic Thai Mee Segera dimasak dengan kangkung, baby tomato, sosej, crab stick dan ayam. Sedap! Ada rasa rempah ratus dari Thailand. 

Yum Woon Sen



Siapa suka makan seafood and pedas, patut try this dishes. Ni favourite iday jugak sebab iday memang suka makan glass noodle or nama dia kat sini Woon Sen. Iday suka rasa masam sos thai dalam Yum Woon Sen ni. Sedap dan pedas! 

Yum Meatball



Siapa suka makan meatball? Hahaha Masa Islam ambil gambar hidangan ni, Iday dah makan sikit. Yelah, nampak sedap, and iday habiskan sorang je. Hidangan ni simple je, ada meatball and ada ayam sikit, sos thai masam. :)

Boat Noodle Sangkaya



edit by sayaiday- (image :source)

Sesuai kalau nak makan ketika brunch, tea time or lepak minum malam. Korang boleh makan lepas makan boat noodle bertingkat-tingkat tu. Hehehe Dekat Thailand, Sangkaya ni maksud dia "custard" dan disediakan bersama roti. Roti cicah? Hehehe

Bangkok Omelet with "Sood Yut"


edit by sayaiday- (image :source)

Basically macam Nasi Pattaya tetapi disediakan bersama sos "Sood Yut". Sos tu yang sedap! 

Kra-Pow Chicken Rice


edit by sayaiday- (image :source)

My favourite! amboi, semua favourite kan. Nak buat macam mana, dah semua sedap. Hehehe Kra Pow adalah Thai Basil Leaf and memang common street food in Thailand. Yang ni la ramuan yang meyedapkan Kra-Pow Chicken Rice. Kenyang!

Ni antara menu-menu baru yang diperkenalkan di Boat Noodle Berjaya Time Square. So, lepas ni nak datang, bukan nak makan boat noodle bertingkat-tingkat tu je, korang boleh makan pelbagai jenis makanan berasaskan makanan Thailand. 

Oh, ada minuman baru yang diperkenalkan di Boat Noodle iaitu Ice-Blended Green Tea and refreshing Ice-Blended Coconut. Islam suka Ice-Blended Coconut, 100% air kelapa taw! 



Iday lak tetap setia dengan Thai Ice Tea - Chai Yen. Dua gelas besar sekali minum. Hahaha



Oh ada satu lagi minuman best dekat Boat Noodle, sesuai untuk mereka yang suka coffee. Boat Noodle ada special drink iaitu Ice Blended Thai Coffee! 



Iday paling suka datang kedai yang sediakan air dengan gelas besar macam ni, then harga pulak reasonable. Good job Boat Noodle! Hehe And mestilah order menu-menu lain jugak. 



Serius memang puas hati makan dekat Boat Noodle, service diorang tip top! Cepat je makanan sampai. Then dekorasi kedai diorang cantik. Bersih. Cuma satu je tak best, queue panjang. Tempat best, mestilah ramai nak datang. Hehehehe

So, waktu sesuai datang during weekday. Kalau lunch tu, pergi la dalam pukul 12. Hehehe Weekend? Sila la bertabah. Hehehe

Oh, meh iday senaraikan outlet-outlet lain selain di Berjaya Time Square. So, korang boleh datang mana yang terdekat dengan korang. 


Berjaya Time Square
Empire Damansara
The School at Jaya One
Ikon Cheras
Publika, 
Sutera Mall at Johor Bahru
Gamuda Walk at Kota Kemuning
Klang Parade
D’Pulze Cyberjaya

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Boat Noodle ni or korang nak taw kot-kot ada voucher ke ape tentang Boat Noodle, boleh lah like or follow page Boat Noodle dengan klik link di bawah :



Terima kasih kepada pihak Boat Noodle and Bro Framestone sebab bagi peluang untuk iday merasa menu baru Boat Noodle, iday boleh cakap ni antara food review terbaik yang iday pernah join dan iday sangat berpuas hati dengan menu terbaru Boat Noodle ni. Serius sedap!


























Thanks Boat Noodle for having us! :) 



Untuk maklumat lebih lanjut tentang Boat Noodle ni or korang nak taw kot-kot ada voucher ke ape tentang Boat Noodle, boleh lah like or follow page Boat Noodle dengan klik link di bawah :



1 comment:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List