Kronologi Kes Pergaduhan | Pemilik Myvi & Pemandu Teksi

0

Iday rasa, banyak-banyak kes viral video, yang ni paling menarik. Salah satu sebab adalah banyak cerita berbeza dari kedua-dua pihak. Tambahan lagi dengan pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang kononya terkesan dengan kejadian tu. Hehehehe sampai kutuk2 dekat twitter, facebook and mana-mana social media. 




Biasalah, orang kurang pandai ni, bila tengok video, terus share walaupon tak tahu hujung pangkal cerita. Iday nak cerita kronologi cerita ni dari awal sampai la keluarga pemandu buat sidang media tentang kes ni. 


Kronologi cerita ni berdasarkan apa yang iday baca dan tengok serta sumber-sumber yang ada di internet. Iday tak kata apa yang iday tulis ni betul sebab sekarang pon kes ni masih dibawah siasatan polis. 

1. Video amukan 3 wanita yang menaiki MyVi mula viral di laman social. Ramai pihak mengutuk kerana bahasa makian yang digunakan oleh ketiga-tiga wanita tersebut.  Tapi tak ramai yang dengar betul-betul video tu. Diorang cuma dengar "Pukimak" "Sial" "Haji tak pukul orang" . 

Then ada part bila perempuan yang rambut panjang tu tolak phone. Ada dengar tak suara makcik yang rakam tu cakap? 


"Makcik tak cakap pape er, makcik rakam je"

Aah, Makcik rakam pastu bagi viral. Semua tengok then maki dan buat andaian atau fitnah. Seronok kumpul dosa. Tapi iday suka yang cuba leraikan masalah tu. Last2 dia cakap "Dah2, Melayu sama Melayu abang" .





Reaksi iday mula-mula tengok video ni? 

Jujur iday pon turut maki-maki perempuan2 ni, iday cakap diorang takde adab, tak hormat orang tua, mak bapak tak ajar. Tapi takde post or share video tu. Sebab kita tak tahu cerita sebenar kan, so iday check la dekat twitter or facebook. Kot-kot ada yang post latest update pasal video tu. Malaysia ni kan ramai CSI. Lambat laun ada la cerita terbaru. 

2. Sangkaan iday tepat sebab Ohmedia share full video. Ada 3 video , dari phone makcik tu and phone pemandu Myvi



Cerita dari Ohmedia : Teksi tu melanggar kereta Myvi, kemudian pergaduhan tercetus kerana pemandu teksi tersebut memukul salah seorang dari penumpang Myvi.

Ni pulak screenshot Facebook status dari keluarga pemilik Myvi tu. 





okay. bila ohmedia dah kecoh pasal penjelasan sebenar kes ni. Semua pon berpihak pada gadis-gadis Myvi. Kutuk uncle teksi tu pulak. 

3. Tiba-tiba ada pulak kawan kepada Uncle teksi ni, Pakcik Azmi, post 1 cerita. Dia kata pemilik kereta myvi dan keluarga diorang penipu dan buat fitnah. 


Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seorang kakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitorang panggil dia cikgu sebab dia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan cara yang betul. Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorang bekas tentera.

Kisahnya bermula apabila kereta Myvi budak-budak itu melanggar teksi Cikgu Azmi dan blah macam tu je. Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecut menghala ke Shah Alam.

Last-last dapat block kereta mereka di Petron Seksyen 7 Shah Alam. Keluar je dari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan.

Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami. Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telah retak. Kos baikpulih pula menelan belanja RM600.

Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telah memecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kekelakaran di situ.

Habis on-scene punya cerita.

Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapa budak-budak itu yang bergelar Datuk. Datang bising-bising terus menumbuk muka Cikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi. Darah bercucuran di lantai balai polis.

Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalam kes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul.

Demikian penjelasan dari individu bernama Hurairah bagi sebelah pihak pemandu teksi terbabit.

So, Ramai orang share cerita Hurairah ni dan berpihak pada pakcik teksi ni. Hehehe tapi aku kelakar, sebab dalam video penuh tu dah terang-terang budak-budak myvi ni nak setel ambil no teksi dan buat report. Tapi sebab pakcik Azmi ni provoke dengan langgar lagi kereta sambil rakam video, diorang keluar. Seronok cari pasal dengan budak-budak muda. 

4. Ahli keluarga pemilik myvi buat press conference dan ada saksi kejadian. Boleh klik gambar ni untuk ke AstroAwani site.


Ahli keluarga pemilik Myvi tersebut turut memuatkan status tentang press conference yang telah dijalankan. 





Bapa gadis dalam insiden pergaduhan sekumpulan gadis 20-an dengan pemandu teksi yang menjadi 'viral' sejak beberapa hari lalu memberi kenyataan ditemani abang dan peguamnya.
Posted by Harian Metro * myMetro on Wednesday, April 1, 2015
So sekarang, dah jadi kes polis dan biar polis yang setelkan hal ni. So, pada mereka yang takde kena mengena pon dengan kes ni, jangan la terkesan sangat sampai nak maki hamun semua orang. 

Start dari maki perempuan takde adab, pemandu teksi dayus, bekas askar baran, keluarga datuk kaya, haji tak pukul orang, handphone saya lagi mahal dan macam-macam kenyataan yang keluar. 

Korang takde kat tempat kejadian pon, anggapan berdasarkan video dan kata orang semata-mata. Jangan tunjuk sangat kurang pandai tu. Hehehe

Cuma bagi iday la kan, kalau betul uncle teksi tu serang dan pukul. Macam contoh adik iday kena maki dan pukul, iday memang mengamuk. Sebab bila family kita kena macam tu, tak sempat nak fikir dah. Cakap ikut sedap mulut, nak pakai tenaga tak mampu, yang pukul tu badan besar. 

Cuma silap kat sini, bahasa diorang la yang teruk sikit, tu yang viral. Cuba kalau diorang mengamuk tak carut, viral? agak-agak viral tak? bukan setakat tak viral, takde kot gaduh-gaduh macam ni. tapi macam iday cakap sebelum ni, kita tak tahu cerita. Cuma kita just amik iktibar dari kejadian macam ni. 

p/s: iday pernah kena road bully. tapi iday diam dah biar orang tu maki iday sebab takut dia pukul iday. Dasar penakut. Hahaha
Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)