Enter your keyword

Babak Blergh dalam Batman Vs Superman : Dawn Of Justice

Hi  

Siapa dah tengok Batman Vs Superman : Dawn Of Justice?



Iday sebenarnya plan taknak tengok sebab bila baca review, banyak yang cakap tak best siap ada yang tertido-tido. Tapi sebab Islam nak tengok sangat and Halim pon ajak after food review. Iday pon fikir, tengok je la. Nanti kalau tak best boleh buat review. Hehehehe

So, best ke tidak?

Bagi Iday, movie ni lagi best dari Man of Steel. Serius Man of Steel tu kerja bergaduh bertumbuk je. Kalau korang dah tengok Man Of Steel, kan ada part Superman lawan dengan General Zod. So, masa diorang lawan-lawan, ada part yang diorang pergi gaduh dengan Bruce Wayne punya building, sampai habis runtuh and time tu la Bruce Wayne benci dekat Superman. 

Kali ni Iday nak share beberapa scene yang Iday rasa Blerghhhh . 
Blergh : a combination of the words blah, argh, and ugh. Can mean a variety of things including bored, dissatisfied, unhappy, angry. (Urban Dictionary)


Ada dua sebab kenapa Iday rasa blergh :

+ Tak logik or tak masuk akal or "takkan la wey?"

+ Scene yang Iday tak sangka or "Gila kentang, biar betul?"

Hehehehe drama sangat kan :p Okay, check senarai babak/scene yang iday rasa blergh dibawah :

1. Mimpi ngeri Batman

Iday sebenarnya sangat confuse dengan movie ni sebab Batman ni banyak sangat mimpi ngeri. Sampai dah tak tahu yang mana real and mimpi. Ada satu scene yang dia jatuh dalam lubang, tetiba semua kelawar terbang and dia pon terbang sekali, time tu Iday fikir, oh, dia dapat power time tu, tapi sebenarnya mimpi. 

Ada satu mimpi lagi yang dia curi barang Lex tapi kena tangkap, and Superman yang plan tangkap dia, masa tu aku tengah fikir, "ni mimpi ke real, mimpi ke real". Superman cuba nak bunuh dia dengan tumbuh dada Batman then dia terjaga tapi lepas tu dia nampak The Flash dekat skrin laptop, then terjaga dari mimpi lagi. Haishhhh. 

Tak silap Iday, jumlah mimpi ngeri Batman dalam movie tu empat, kan? ke lebih? Haha

2. Letupan Wheel Chair

Iday suka sangat scene ni sebab Iday tak expect yang senator tu akan mati, dengan cara paling tragis pulak tu. Even, Lex tu pulak sanggup korbankan dia punya PA. Iday mati-mati ingat PA dia yang cantik tu macam ada play important part dalam cerita tu. Mana taw, pandai lawan ke macam PA Valentine dalam Kingsman. Hehehehe

Tapi serius, iday shock gila, sampai fikir,  "eh serius la meletup" Hahahaha 

Tapi, kenapa Superman tak perasan?

3. Martha - Batman and Superman ada mak, nama sama.

Scene ni paling Iday tak boleh terima, punya la diorang gaduh bertumbuk. Superman yang kuat tu masih tak dapat peluang nak bagitau yang mak dia dalam bahaya. 

Then, saat Superman almost nak kena tikam, tiba-tiba sebut nama "Martha". Batman pon macam terus maafkan Superman sebab mak dia pon nama Martha Hahaha Then terus baik dengan Batman. Okay memang la kalau fikir balik, Batman cuma taknak lagi sorang Martha terkorban sebab mak dia pon kena bunuh sebelum ni. 

Tapi serius kelakar part tu. gelak sakan aku dalam movie :p

4. Suara hati Lois Lane and Martha

Macam mana Superman boleh datang everytime Lois Lane ada masalah tapi bila mak dia kena culik, dia tak dapat nak kesan mak dia kat mana?

Ada satu scene, Lois Lane kena campak dari bangunan, Superman terus datang. Wahhhh :p



Kesian Martha. Hampir-hampir nak kena bakar Hehehehe

5. Bilik Database tepi dapur and tiada security langsung?

Okay, dalam movie ni ada part yang Batman nak curi file database dari Lex. So, dia curi masa Lex buat party and invite dia. Tapi yang kelakarnya, bilik database tu dekat dengan dapur je. Pintu pon tak kunci. Hahahaha

Bukan sepatutnya kena berkunci and maybe ada laser ke ape ke, tapi Batman relaks je datang and copy file. Hahahaha




Sebenarnya banyak lagi, tapi Iday dah malas. Lagi banyak aku tulis, lagi sakit hati pulak. Ni pandangan Iday je. Jangan kecam saya. Hahahahaha 

Tapi overall best jugak sebenarnya, lagi best dari Man of Steel. Hehehe

So, apa pandangan korang tentang movie ni? Apa scene yang paling korang suka? or scene yang paling korang tak suka?


3 comments:

  1. kite pon tengokkk/tak best. nak review, tapi upload gambar, nak taip malas sebab tak de mood hahaha. cerita tu tak membangkitkan mood nak cerita.

    ReplyDelete
  2. Hi! Thanks for leaving comment in my blog.

    I have not watch this movie yet. Will catch up on dvd as I heard of many mixed review. How can 2 superheroes fight against each other. Sigh! Some people is really run out of ideas!

    ReplyDelete
  3. hero besaq ajak pi tengok.. tapi hero kecik cakap tak payah.. dia banyak cakap2.. tgk! hero kecik pun pandai baca review kat blog..keh keh keh

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List