Resepi Ayam Masak Kicap Paling Mudah, Cepat Dan Sedap • RESEPI

4

Favourite food all the time! Hehe



Sebenarnya ramai yang cari Resepi Ayam Masak Kicap dekat blog iday, itu antara keyword yang selalu masuk blog iday. Yelah, sebelum ni kan iday ada post entry Resepi Ayam Kicap Berempah tapi ramai yang nak Resepi Ayam Masak Kicap jugak. Hehehe

Ada dua versi yang Iday suka iaitu :

A. Versi Ayam Digoreng Terlebih Dahulu + Tomato
B. Versi Ayam Belum Digoreng + Daun Sup 

So, Iday akan kongsi 2 jenis resepi ni dibawah. Korang boleh cuba mana yang korang suka :)

A. Versi Ayam Digoreng Terlebih Dahulu + Tomato

Bahan-bahan

Ayam - potong sederhana (5-6 ketul)
1 biji bawang merah besar - dihiris
3 biji lada - nak pedas letak extra
Lada hitam - ditumbuk, kalau takde yang macam ni, boleh pakai yang serbuk
1 inci halia
2 ulas bawang putih - diketuk/hiris
Kicap
1 biji Tomato dihiris 8
Garam dan Gula secukup rasa

 Cara-cara memasak Ayam Masak Kicap Mudah Dan Cepat :

1. Gaulkan ayam bersama sedikit kunyit dan garam. Goreng sehingga kekuningan dan asingkan.

2. Hiris bawang, halia, bawang putih. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik bau atau bawang layu. Jangan hangus pulak. Hehe 

3. Masukkan kicap dan sedikit air. Jangan lupa secubit garam. 

4. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau sehingga ayam masak. 

5. Letakkan lada dan tomato.

Siap! Hehehe


B. Versi Ayam Belum Digoreng + Daun Sup 

Bahan-bahan

Ayam - iday suka potong kecil-kecil, terpulang pada korang
Daun sup
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji lada - nak pedas letak extra
Lada hitam - ditumbuk, kalau takde yang macam ni, boleh pakai yang serbuk
1 inci halia
2 ulas bawang putih - diketuk/hiris
Kicap
Garam dan Gula secukup rasa

optional : sayur seperti kacang panjang atau cendawan


Iday lagi suka pakai biji lada hitam macam ni compare dengan yang serbuk. Yang ni lagi pedas dan sedap. Hehehe



Cara-cara memasak Ayam Masak Kicap Mudah Dan Cepat :


1. Hiris bawang, halia, bawang putih dan lada. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik bau atau bawang layu. Jangan hangus pulak. Hehe 




2. Masukkan ayam, kicap, daun sup, lada hitam dan secawan air. Letak cendawan pon boleh. iday pernah letak shitake dan cendawan butang. Sedap!


Jangan lupa letak garam dan gula. iday jarang letak gula sebab guna kicap kipas udang yang manis tu. so, letak garam je. Hehe






3. Biarkan sehingga ayam masak, nak lagi sedap nanti boleh letak sayur seperti kacang panjang.


Sebelum letak sayur, korang boleh biarkan lama sikit supaya ayam tu meresap kuah kicap. Kadang-kadang iday biar lama then baru letak sayur. 



Then, siap dan boleh hidang! Simple sangat kan! Ada orang letak tepung sebab nak bagi pekat, tapi kalau korang biar lama-lama nanti pon pekat jugak. Hehehe





Mudah kan? Hehehe Korang boleh la buat during weekend ni. Makan dengan nasi panas memang sedap! Hehehe

iday ada post resepi-resepi lain jugak, boleh check link dibawah ni :



Selamat mencuba! Hehehe




Tags

Post a Comment

4Comments
  1. LeYa pun memang minat dengan ayam masak kicap ni... Dah lama juga xbuat ni...hehe..

    ReplyDelete
  2. nampak pun sedap.sertai segmen ucing nak bloglist (^_^)

    ReplyDelete
  3. Wow sangat sedap, thanks for sharing the great resepi, nanti saya try masak

    ReplyDelete
Post a Comment