Enter your keyword

Resepi Mudah Daging Stew Kentang Lobak Bersama Herba


Antara masakan kegemaran iday, cara masak sangat mudah tetapi sedap!



Resepi ini korang boleh guna samaada ayam atau daging. Cuma kalau masak daging kena lama sikit supaya daging dimasak empuk. 

Bahan-bahan untuk resepi ini :

Daging yang dipotong nipis
Minyak masak

A - 2 cawan tepung gandum
A - 1 sudu kecil lada hitam - lebih pon boleh, ikut selera masing-masin
A - 1/2 sudu kecil garam
A - 1 sudu kecil daun rosemary
A - 1 sudu kecil lemon & pepper seasoning (optional)

B - 4 biji kentang
B - 2 batang lobak
B - 2 ulas bawang merah besar
B - 1 biji bawang putih (dilenyek atau potong halus)

C - Air masak 2 cawan
C - 1 kiub ayam atau stop rebusan daging

D - 1 sudu kecil aregano
D - 1 sudu kecil daun rosemary
D - 1 sudu kecil daun parsley



Cara nak masak :

1. Mula-mula korang campurkan bahan A seperti gambar dibawah.


2. Gaulkan daging bersama tepung tersebut.



3. Panaskan minyak dan goreng didalam kuali sehingga warna keperangan. Jangan terlalu lama.



4. Potong lobak dan kentang - terpulang korang nak size macam mana. Ida suka masak kecil-kecil tapi tak terlalu nipis. 



5. Panaskan periuk atau kuali besar, goreng bahan B dengan tanpa minyak. Biar sampai warna kentang keperangan, kalau hangus sikit pon takpe. Hehe Gambar tak berapa nak cantik sebab pakai kamera phone. Hehe



6. Bila kentang dah warna perang, bawang pon dah lembut, boleh campurkan dengan bahan C . Biarkan mendidih.




7. Dah mendidih boleh letak bahan D dan daging yang digoreng tadi. Korang perlahankan api dah tutup kuali atau periuk. Biarkan seketika sampai daging masak. Nanti kuah akan jadi pekat. Boleh letak garam untuk sedapkan masakan. 



8. Kemudian siap! and dah boleh makan dengan nasi atau makan macam tu je. Hehehehe :)



Ini memang resepi kegemaran iday, iday selalu masak sama ada menggunakan daging atau ayam. Baru-baru ni kan Hari Raya Korban, so banyak dapat daging segar. Terus iday masak guna resepi ni. Hehehe sedap ! Cuba laaaa!

Iday ada banyak lagi share resepi-resepi mudah dekat blog ni, korang boleh check resepi lain di link bawah :




Selamat mencuba! Kalau suka, boleh share :)



p/s : resepi ini diolah dari sini.

1 comment:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List