Hi korang,
Siapa suka makan Ayam Percik? Sebenarnya, mudah sangat nak buat ayam percik kat rumah. So, kali ini Iday nak share resepi mudah masak ayam percik.
Bukan apa, baru-baru ni kan viral ada yang beli ayam percik dekat bazar tapi tak betul-betul masak. Apa kata korang buat sendiri je, lagi puas hati hehehe.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Siapa suka makan Ayam Percik? Sebenarnya, mudah sangat nak buat ayam percik kat rumah. So, kali ini Iday nak share resepi mudah masak ayam percik.
Bukan apa, baru-baru ni kan viral ada yang beli ayam percik dekat bazar tapi tak betul-betul masak. Apa kata korang buat sendiri je, lagi puas hati hehehe.
Bahan-bahan yang diperlukan :
→ 6 ketul ayam
→ 6 biji cili kering
→ 2 biji bawang
→ 2 batang serai (1 akan dikisar, 1 lagi akan di tumis)
→ 1 asam keping
→ 6 biji cili api (kalau nak pedas, boleh letak lebih)
→ 1 inci halia
→ 2 inci kunyit hidup
→ 2 helai daun kunyit
→ 3 ulas bawang putih
→ 1 kotak santan
→ 2 helai daun limau purut
→ gula dan garam
→ 6 biji cili kering
→ 2 biji bawang
→ 2 batang serai (1 akan dikisar, 1 lagi akan di tumis)
→ 1 asam keping
→ 6 biji cili api (kalau nak pedas, boleh letak lebih)
→ 1 inci halia
→ 2 inci kunyit hidup
→ 2 helai daun kunyit
→ 3 ulas bawang putih
→ 1 kotak santan
→ 2 helai daun limau purut
→ gula dan garam
1. Kisar bahan-bahan ini terlebih dahulu :
1 inci halia,
6 biji cili kering(direbus terlebih dahulu)
2 inci kunyit hidup,
1 kotak santan - letak half pon boleh
6 biji cili api
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai (dipotong halus) - optional
Air satu cawan - optional
Ini memang cara Iday, kisar dengan santan. Kalau korang taknak kisar dengan santan, korang boleh letak santan semasa tumis nanti.
2. Hiris halus daun kunyit dan daun lima purut.
3. Ketuk 2 batang serai. Panaskan minyak dan goreng serai sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali. Korang boleh guna double sided pan atau mana-mana kuali.
Iday guna double sided pan sebab senang terus panggang ayam percik tersebut dan nak ayam masak cepat. Lagipon boleh tutup, so ayam tu elok diperap dalam kuah percik tadi.
5. Agak-agak dah pecah minyak, masukkan asam keping, ayam, daun limau purut dan daun kunyit. Gaul-gaul dan letak gula dan garam sebagai penambah perasa.
6. Bila ayam dah masak, asingkan dengan kuah percik tadi. Then korang bakar la ayam percik tadi dalam double sided pan atau oven. Nak bakar atas pemanggang pon boleh.
7. Kuah percik tadi, korang boleh masak sampai dia jadi kuning keperangan pekat.
8. Bila ayam dah masak, cuma perlu tuang kuah percik tadi. Simple kan. Hehehehe
Siap! Boleh makan dengan nasi! Nak makan dengan roti pon boleh. Hehehehe Mudah kan :)
Kalau korang suka resepi ni, korang boleh share ye! :)
Kalau ada cara masakan lain atau dah cuba resepi ni, boleh komen di ruangan komen di bawah :)
Terima kasih kerana singgah dan baca artikel Resepi Ayam Percik Mudah dan Cepat ini.
Selamat memasak!
WAH! nk try lah masak. hehe. Iday tulis dalam blog macam senang je :D
ReplyDeleteTrylaaaa, ni memang iday try buat yang jenis simpleeee. ehehehe
DeleteCantik lah gambar semua! Jealous nya TT_TT Ini ke guna husband photog bestnyaaa.
ReplyDeleteHahaha, ni sendiri shoot la nad. husband amik gambar event je, masak-masak ni dia tak berapa nak join, kang tunggu dia amik gambar, tak jadi masak laaaaa. sebab nak amik gambar betul2. hehehe
DeleteWah Iday masak ke ni? Nyum.. Nyum...
ReplyDeleteWah..bestnya...terliur tgok...
ReplyDeleteBest..suka2...nanti akak buat akak share eh iday
ReplyDeleteThamx iday.
ReplyDeleteSaya refer smbil masak. Anak2 kata sedap 😃
Nak try la ... Mcm menarikkk jeee
ReplyDeleteTak susah nak masak ni. Boleh cuba buat sendiri kan ayam percik ni.
ReplyDeletememang tak susah! yang penting, boleh banyakkan kuah kalau suka hehe
DeleteDah cuba masak ni 3 kali! So sedap alhamdulillah. I tried to tambah lengkuas too. Thank you for sharing :)
ReplyDeletetak pernah tambah lengkuas, nanti nak cuba hehe
Deletedah lebih 20 kali dah masak guna resepi ni..simple dan sedap..highly recommended.
ReplyDeletewahh sampai 20 kali. terima kasih sudi cuba resepi ni :)
DeleteNampak sedap.. Will definitely try
ReplyDeleteselamat mencuba!
DeleteDah try resepi ni..mmg sedap..husband & anak2 ckp mcm mkn kt kedai..thank you for the recipe
ReplyDeleteterima kasih sebab sudi cuba resepi ni hehehe
DeleteTerima kasih byk2 kerana kongsi ilmu. Semoga murah rezki..
ReplyDelete