Ais Kepal Ipoh @ Plan B

24

Cerita road trip Ipoh ni sebenarnya dah lama, tak silap iday before puasa hari tu. Kitorang just pergi satu hari je and dah plan which tempat yang kitorang nak singgah. Sebenarnya ini kali pertama kitorang datang ke Ipoh and maybe artikel ni sesuai untuk mereka yang ingin ke Ipoh buat kali pertama :)


Sebelum ke Ipoh, kena check dulu mana tempat korang nak pergi, kedai mana korang nak makan and pukul berapa korang nak gerak pergi or balik. Baru la smooth perjalanan. Hehe

Untuk post kali ni, Iday nak cerita pengalaman makan Ais Kepal dekat Ipoh. Haha


Sebenarnya iday tak plan nak makan Ais Kepal ni pon, tapi bila tengok semua orang beli, iday pon try, beli 1 je share dengan Islam. Hahaha


Kedai Ais Kepal ni comel dengan macam-macam dekorasi vintage. Iday suka dia letak basikal kat depan kedai tu. Hehehe


Sebenarnya ada beberapa perisa dengan nama-nama pelik, Hahaha Nishibomb la, Jineebee la. Hahaha kreatif sangat bagi nama. Setiap satu ais kepal adalah RM3. Iday share dengan Islam sebab iday tak rasa boleh habiskan sorang ais kepal tu. 



Besar jugak la. sejuk okay! Haha Iday ambil perisa JineeBee iaitu Anggur + Lychee. Time ni Lychee dah habis, so diorang gantikan dengan Assam.



Abang yang jual tu cakap kena, hisap then golek2 sebab nanti dia akan cair kat bawah. Iday rasa kalau cukup 40 hari aku duk menghisap macam ni, mulut aku dah boleh jadi mulut itik dah. Serius penat nak habiskan 1 ais kepal tu. Hahaha



Dalam hati cakap, bila nak abis ni. Hahaha



Last-last iday pecahkan and hisap satu-satu. Hahaha Islam dah give up awal-awal. 



Semua gigih nak habiskan. hehe



Tapi best la, dapat juga merasa ais kepal ni. Kalau dulu-dulu mana ada ais krim, ais kepal ni la jadi feveret atuk nenek kita dulu-dulu. Hehehe

Kalau korang nak try Ais Kepal ni, boleh datang dekat area Plan B, betul2 bersebelah dengan Sekeping Kong Heng, ada banyak kedai-kedai kat bawah tu. Kat situ pon sebenarnya banyak port tempat korang nak amik gambar. 



Sekian dari Iday, yang failed kalau bergambar. Hahaha




Nak makan di mana kalau ke Ipoh? Boleh try Mat Periuk Cafe, serius sedap dan murah. Klik link ini : http://www.sayaiday.com/2015/06/mat-periuk-cafe-ipoh.html


Korang pernah cuba ais kepal ni?
Tags

Post a Comment

24Comments
  1. sedapnyee ^_^

    *singgah sini zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hehehe, iday teringin nak makan Ais Kepal ABC. hehehe

      Delete
  3. husband saya orang Ipoh tapi kitaorg tak penah lagi rasa ais kepal ni..penah gak tengok ada masuk dlm rancangan apa ntah kat tv pasal ais kepal ni..popular gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, kena try la lepas ni. iday pon masa datang tak pernah tahu, tetiba nampak kedai ni jual. hehe :)

      Delete
  4. salah satu tmpt yg akan pergi nnt klu singgah kat ipoh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti cuba Ais Kepal. kat sini kalau shot gambar pon cantik. Hehe

      Delete
  5. walaupun syira dduk ipoh..tak pernah try lagiii

    ReplyDelete
  6. Terus teringat zaman sekolah dulu.. ;)
    Nampak nau dah lama tak makan ais kepal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh, dulu zaman sekolah pon ada makan ais kepal ni? Iday dulu time sekolah makan aiskrim poli je. Hahaha

      Delete
  7. akan ke ipoh minggu depan, boleh cuba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, kena cubaaa, kena rasa, hehehe. tapi memang penat nak habiskan. hehehe

      Delete
  8. wah..baru tahu..uniknya..mcm2 ado:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, tak silap idat, kat penang pon ada. hehe

      Delete
  9. Replies
    1. Panas-panas memang seronok dapat ais kepal ni. Hehehe :)

      Delete
  10. sy dekat dgn ipoh pun tak sampai sini lagi. hehehe :D tapi macam menarik la ais kepal, zaman mak ayah dulu, memang fames laaa tapi still diorang kata tak mampu beli

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  11. seronoknya Iday makan ais kepal. lagi syok makan ramai2 kan. throwback memory!

    ReplyDelete
  12. tempat yang cantik untuk amik gambar ..... cam besh tgk omputeh pun pulun dok hisap jugak kuikui

    ReplyDelete
  13. Orng ipoh, tp xtau ais kepal ni belah mna.. Alahai.. Sedih sungguh..

    ReplyDelete
Post a Comment