Sedapnya Shell Out @ Setia Alam!

3

Hi

Siapa suka makan Seafood? Okay, kita geng. Hehehe

Iday rasa dah beratus-ratus (konon) entry dalam blog Iday ni mention yang Iday suka makan seafood. Over taw. Hahaha Tapi tu la realitinya, Iday suka makan seafood, lagi-lagi ketam dan udang. 

Hari tu Iday ada nampak Hanis Zalikha post gambar makan dekat Shell Out. Iday apa lagi, terus pujuk rayu Islam, ajak dia makan Shell Out. Hahaha




Sebenarnya Iday dah 2 kali makan di Shell Out. Kali pertama Iday makan dekat PJ dengan Lin and Ayu. Time tu tak plan sangat, so memang tak bawa camera DSLR. Gambar tak berapa nak cantik la, gambar phoneeee. Hehehe

Check gambar masa kitorang makan dekat Shell Out PJ :

























Ada orang cakap Shell Out ni macam overpriced. Tapi sejujurnya Iday cakap, seafood memang mahal, lagi-lagi yang fresh macam dekat Shell Out. Tapi kalau korang pandai order, tak tamak sangat, pilih apa yang korang nak makan, harga dia memang berbaloi. 


1 lagi, punya la banyak kedai yang buat konsep macam Shell Out iaitu hidangkan atas meja yang berlapik kertas and makan guna tangan. Tapi bagi Iday, Shell Out memang dah lama, since 3 tahun beroperasi. So, Shell Out ni antara restoran yang lama guna konsep macam ni. Hehehehe


Masa makan dekat Shell Out The Strand Kota Damansara, Iday ambil semua favourite seafood Iday iaitu Crab, King Prawn, Lala, Craw Fish (Yabbies), Octopus and Scallops. Macam-macam order time ni, yelar first time kan datang Shell Out, main order je. Hahaha


Masa tu lebih kurang RM300, tapi Iday rasa berbaloi sebab Iday order ketam besar and sebenarnya portion yang kitorang makan tu besar. Hehehe so next time kalau makan shell out, kena order apa nak makan, jangan ikut nafsu sangat. Hehehehe


Kali ke-2 Iday makan dekat Shell Out Setia Alam, sebenarnya diorang baru lagi buka outlet kat Setia Alam. Kedai diorang pon lagi besar dari yang Damansara. 





















Ini rombongan keluarga yang baru je lepas makan di Shell Out. Ramai kan? Kalau plan nak datang dengan family macam ni, better buat reservation :)









Nampak kan, kedai yang dekat Setia Alam ni lagi luas and Iday suka bentuk kedai dia. Paling penting, ruangan parking kereta disediakan. Iday asa tanya staff dekat Shell Out, kena buat reservation ke nak makan sini. Sebab Iday dua kali makan dekat Shell Out memang akan call tanya kalau available.

Customer tak putus-putus datang. Then staff Shell Out reply la, dia cakap boleh je nak walk-in tapi risau kebetulan ramai orang. Kan tak pasal-pasal kena tunggu. 




Contengan di dinding restoran Shell Out oleh customer yang datang. Macam-macam diorang tulis and lukis. Hehehe



Sekarang, masa untuk kitorang enjoy the food. Tak sabar ni nak makan seafood. Padahal masa ni Iday baru sembuh demam kot. Haha







Islam order air kelapa and Iday order Coca-Cola. Heheheh Iday dari dulu, kalau makan seafood mesti nak order air Coke. Hehehe



Dekat menu ni, ada tulis cara-cara nak order or pilih seafood apa korang nak makan. 




Step 1 : What's your catch? Boleh pilih jenis seafood yang korang nak. Ada crab, king prawn, crawfish (yabbies), clam (lala), green mussels, giant scallop, scallop, bamboo clam, octopus, canadian lobster and king crab leg. 

Step 2 : Pick Your Sensation. Ada lemon pepper, butter garlic, shell bang (lemon pepper + butter garlic), black pepper and curry curry.  

Step 3 : Spice Up. Korang boleh request tahap pedas yang korang nak, mild, medium or OMG.

Step 4 : Add On. Boleh tambah brocolli, corn, potato atau sausage. 

Iday paling suka Lemon Pepper and Butter Garlic. Kalau nak mix dua-dia perasa, boleh pilih shell bang. Hehehehe

Masa makan hari tu, Iday order octopus, giant scallops, crab, and clam (lala). Makan berdua je, tak perlu banyak-banyak. Korang boleh order nasi jugak taw. Iday hari tu tak order sebab masa makan dekat Damansara tu memang kenyang nasi. Hahahaha Kali ni Iday and Islam nak enjoy seafood je. Hehehehe

Tengok gambar makanan yang kitorang pesan hari tu. Hehehehe





































Giant scallop ni sumpah sedap! Hahahaha :p








Isi ketam banyak and fresh. Sedap! Licin iday makan. Hehehehe

















Ada orang tak suka jenis makan macam ni. Tapi Iday suka, bagi Iday macam mana lagi nak makan ketam kalau tak guna both of our hands kan. Hehehehe

Iday suka Lemon Pepper, iday pilih Clam(lala) untuk dimasak dengan Lemon Pepper. Berebut-rebut dengan Islam. Hehehe Yang penting, Iday jadi diri sendiri masa makan ni, takde nak cover-cover. Hahahahaha 

Terima aku seadanya ye Islam :p

Iday sure akan datang lagi kalau nak makan seafood, Iday suka cara penyediaan and layanan dari staff Shell Out. Iday ingat lagi, masa tengah makan, ada staff datang and tanya kalau ada yang kurang. Dia risau kalau ada lagi order tak sampai. Bagus kan :)

So, Iday memang recommended  this place for seafood. Orang shah alam boleh la makan seafood dekat sini ye. Hehehehe Iday dari bukit jalil pon sanggup menapak datang sini. Hehehe

Boleh check info tentang restaurant Shell Out ni dibawah :



Facebook Shell Out Setia Alam :

 https://www.facebook.com/shelloutsetiaalam/

Alamat Shell Out Setia Alam

No.11, Jalan Setia Dagang, 
U13/AK, Setia Alam,, 40170 Shah Alam, Malaysia

Contact Number :

016-419-4616 or 03-5879-4394

Email :

shellout@ymail.com


Opening Hours Shell Out Setia Alam :

Mon-Thu : 12:00 pm - 10:00 pm
Fri-Sat: 12:00 pm - 11:00 pm

Sun:12:00 pm - 10:00 pm


Cara pembayaran :

Visa, Mastercard and Cash






Thanks Chris sebab banyak melayan karenah kitorang sepanjang makan kat sana. Hehehehe Iday memang puas hati and akan datang lagi. Hehehehe






Korang pernah makan sini? Komen sikit. Kalau suka entry ni, boleh share dekat kawan-kawan. Hehehe ;)
Tags

Post a Comment

3Comments
  1. wah..ada scallop sotong pun ada..kedai pun cm mewah..klu tak setanding dgn hrga memang tak berbaloi..tp tgk sedap je..terbaik

    ReplyDelete
  2. berapa price time makan kat setia alam?hehe

    ReplyDelete
  3. hai sis....
    tq share pasl shellout... sy suke cara miss terangkan mengenai shellout ni.. dgn info restoran sis letak terbaik!!!!!!!!!! tq tq tq sy suke blog sis...

    ReplyDelete
Post a Comment