Ada Benjolan Pada Jari, Rupa-rupanya CYST

4


Hi Korang, 

Selama ni Iday ingat CYST dekat rahim je. Ye la, ada yang share bila diorang ada rasa sakit dekat bahagian rahim, doktor check ada ketulan CYST. 



Tapi korang tahu ke CYST tu ape?

Definisi CYST :  

* Sejenis ketumbuhan atau kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. 

Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput. 

Ia dipanggil cyst sebab ketumbuhanan ini mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur protien, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. 

Ia boleh disertai dengan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll. 

Faham? So, CYST yang biasa kita tahu di bahagian dalaman iaitu di ovari. 


Tapi, rupa-rupanya benjolan dekat jari pon boleh dianggap CYST. Mohd Nazir Mamat share gambar di Facebook beliau. Dalam gambar tersebut, jelas ada benjolan di jari yang mengandungi CYST. 



Ini gambar benjolan yang telah di buka dan ketulan CYST. Encik Nazir merupakan ejen Insurans dan ini adalah salah satu client beliau.




Iday ada buat research tentang CYST, rupanya ada term untuk symptom macam ni iaitu GANGLION CYSTS. 

Boleh berlaku kepada semua tak kira umur. Biasanya ada cecair dalam tu, ada yang sakit dan ada yang tak sakit. Ada juga yang Iday baca, membahayakan merebak sampai ke sendi. Itu yang tak bagus sebab nanti bakteria akan masuk dan beri kesan dekat sendi.

So, kalau tiba-tiba ada ketulan macam ni. Elok la jumpa dan dapatkan nasihat doktor okay!

Dulu Iday pernah ada dekat jari and kecil je. Tapi bila tengok post Nazir ni, check balik dekat jari, dah takde. Hahaha Tak perasan bila hilang.

Korang ada ketulan pada jari? Pernah ada pengalaman macam ni? Share dekat komen bawah ye :)



Tags

Post a Comment

4Comments
  1. terus belek tangan, takut ada benjolan huhuhu

    ReplyDelete
  2. Baru tahu..terima kasih perkongsian ya..lazimnya bila sebut cyst mesti sinonim dengan rahim wanita..sedangkan ianya melebihi dari itu.

    ReplyDelete
  3. lagi-lagi perempuan mudah terdedah... ramai orang sekeliling neeza hadapi cyst.. hmmm seram tapi itulah kena cegah dari awal, amal gaya hidup sihat

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info.. baru tahu benjolan ni tak boleh biarkan

    ReplyDelete
Post a Comment