14 Perkara Dalam Pembetangan Bajet 2018 Untuk Penjawat Awam

1


Hi Korang!

Bajet 2018 Untuk Penjawat Awam

Perdana menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan Pembentangan Bajet 2018 (Belanjawan Malaysia) pada hari Jumaat 27 Oktober 2017 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. 

Pastinya pembetangan Bajet 2018 ini dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia khususnya penjawat awam. 

So, Iday ada senaraikan di bawah beberapa perkara dalam Bajet 2018 untuk penjawat awam. 

14 Perkara Dalam Pembetangan Bajet 2018 Untuk Penjawat Awam 


1Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.


2. Penjawat Awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seperti pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan.


3. Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.


4. Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun 


5. Buat pertama kali, kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.


6. Menambah satu lagi waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.


7. Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.


8. Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. Suami yang berkerja kerajaan juga dibenarkan balik awal sejam, dengan syarat suami dan isteri berkerja di lokasi berdekatan.


9. Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun


10. Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house.


11. Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1,000 sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.


12. Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu & bapa kepada pesara kerajaan



13. Bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam. Bayaran ini akan diberikan dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan (2018).


14. Bayaran khas sebanyak RM750 kepada pesara kerajaan iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018, manakala baki RM250 menjelang Hari Raya Aidilfitri 2018.



Wahhh bayaran khas RM1500 untuk penjawat awam. Untung siapa yang kerja kerajaan kan. Patutlah zaman-zaman dulu, mak bapak seronok sangat bila tahu anak dapat kerja kerajaan.  Lagi-lagi kalau dapat menantu kerja gomen. Kan? hehehe

So, apa pandangan korang? Yang kerja penjawat awam, gembira tak dengan pembentangan bajet 2018 kali ini? Boleh tinggalkan komen di bawah ye :)


Tags

Post a Comment

1Comments
  1. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html

    ReplyDelete
Post a Comment